PERUBATAN ISLAM JARAK JAUH
 
HomepijjCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Share | 
 

 Soal Jawab Tasauf dalam Perspektif Usul Tahkik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts: 2
Join date: 2009-04-17

PostSubject: Soal Jawab Tasauf dalam Perspektif Usul Tahkik   Thu Sep 30, 2010 10:34 am

Soal Jawab Tasauf dalam Perspektif Usul Tahkik

1. Tanah, air, api, angin itu unsur asas yang empat, maka keempat-empat unsur ini adalah af’al. Apakah sifat yang membentuk af’al ini dan apakah zat asal kepada sifat ini?
Jawapan: Tanah, air, api, angin itu adalah unsur asas bagi jasad dan bukannya unsur bagi af’al. Ketika jasad Adam hendak dijadikan, diperintah Jibril AS untuk mendapatkan keempat-empat unsur tersebut dan Allah menempa jasad Adam dengan empat perkara tadi. Unsur bagi af’al terbentuk dengan sifat qudrat dan iradat Allah Ta’ala.

2. Allah itu ada 2 iaitu Allah Sifat dan Allah Zat. Allah Zat itu pula sebenarnya ada 2. Dalam diri Nabi Muhammad itu ada 2 iaitu zat dan sifat. Maka sifat itulah zat bagi kita dan yang kunhi zat itu adalah zat bagi Nabi Muhammad. Nabi Muhammad itu zahir dan batin adalah zat.
Jawapan: Qalam diatas sebenarnya menyalahi syarak kerana Maha Suci Allah yang bersifat Esa itu daripada bersifat berbilang-bilang. Dalam surah Al-Ikhlas jelas menyebut tentang keEsaan Allah inikan pula mengatakan Allah itu terbahagi kepada 2. Namun, sekiranya qalam ini terlatah dari mulut salik yang fana’fillah, maka qalamnya tertolak dengan maaf kerana bukanlah si salik itu melatahkan dengan keadaan sedar melainkan terpacul diatas kehendak Allah semata-mata. Seperti qalam Al-Hallaj yang melatahkan ‘Ana Al-Haq’ ketika beliau fana’ didalam lautan zat Allah Ta’ala. Akan tetapi, sekiranya qalam ini daripada mereka yang fana’ dalam lautan musyahadah, maka perkataannya tidak boleh difahami dengan kaedah fahaman golongan mubtadi’ kerana golongan ini masih lagi jahil dalam memahami qalam seorang ahli musyahadah bahkan perlu kepada kearifan daripada seorang ahli musyahadah juga untuk memahaminya. Secara ringkasnya, pada diri Allah itu dapat dikenali dengan zat dan sifatNya dan bukannya Allah itu ada 2 yang terbahagi kepada Allah zat dan Allah sifat. Maha Suci Allah daripada sedemikian. Bahawa sesungguhnya zat wajibal wujud itu meliputi sekalian alam akan tetapi tiadalah ia layak ditempatkan pada sebarang keadaan bahkan lemah sekalian makhluk untuk mencapai mahupun memahami sebarang sesuatu mengenai zat tersebut dan kekal ia suci dan tertinggi daripada sekalian alam dan makhluk. Adapun tajalli zat itu adalah kerana ia mahu dikenali, namun begitu tiada makhluk mampu mencapainya melainkan hanya buat tajalli sifatnya yang bernama Nur Muhammad. Maka dari pancaran cahaya Nur Muhammad lah terjadinya sekalian alam dan makhluk dan cahaya itulah zat pada diri kita yang disarungkan kedalam roh dan jasad.

3. Kita adalah Allah Sifat dan Kunhi Zat itu adalah Allah Zat?
Jawapan: Sifat Allah itu terbahagi kepada 2, iaitu Sifat Kaenat dan Sifat Kamalat. Maksud Sifat Kaenat ialah sifat yang dijadikan Allah Ta’ala dan Sifat Kamalat pula ialah sifat kesempurnaan Allah Ta’ala. Maksud kepada Allah Sifat sebenarnya adalah Sifat Kaenat yang Allah jadikan dan Kunhi Zat itu ialah keadaan hakikat zat yang Maha Tinggi yang lemah bagi makhluk untuk mengenalNya.

4. Allah Zat menjadikan sesuatu dengan qalam, Allah Sifat menjadikan sesuatu dengan Af’al?
Jawapan: Dalil daripada surah Yaasin, ayat 81: “Sesungguhnya Allah itu Maha Berkehendak, maka apabila Allah berkata ‘jadilah’ maka jadilah ia”. Ayat diatas jelas menunjukkan kebesaran Allah yang hakikatnya ialah zat yang Maha Agung cukup dengan hanya berkata (qalam) ‘jadilah’ maka terjadilah sekalian apa yang termaktub pada sifat Iradat Allah tersebut lalu zahir. Manakala kita hakikatnya makhluk yang juga merupakan Sifat Kaenat Allah yang dijadikan itu memerlukan kepada usaha ikhtiar dan bersusah payah mengusahakan hajat dengan perbuatan (af’al).

5. Apakah maksud Allah Sifat tidak wajib disembah tetapi wajib dikenal?
Jawapan: Bahawa sesungguhnya Zat Allah yang Maha Agung itu wajib dikenali, diEsakan dan disembah akan tetapi pada Sifat Kaenat Allah itu tetap wajib dikenali bagi mengenal hakikat sekalian yang dijadikan itu sebenarnya bergantung semata-mata kepada Allah. Menolak diri daripada menduakan Allah dengan mengisbatkan sekalian qudrat, iradat, ilmu, hidup, pendengaran, qalam dan penglihatan kepada Allah dan menafikan sifat tersebut ada daya-upaya pada diri yang menunjukkan betapa makhluk itu hakikat wujud dirinya sekalipun bergantung kepada kehendak Allah Ta’ala semata-mata.

6. Diri kita yang ketiga Nyawa atau Zat?
Jawapan: Pada diri insan itu terbahagi kepada jasad, roh dan nyawa atau disebut sebagai Adam, Muhammad dan Allah. Jasad itu dipanggil Adam sempena hakikat nama Adam sendiri membawa makna jasad yang kosong (adam/adum), roh disebut Muhammad kerana sifat terpuji roh yang mengenal Tuhannya dan nyawa dikenal Allah kerana hakikat nyawa itu merupakan pancaran limpahan ‘nur zat’ tempat bersandarnya roh bagi menggerakkan jasad.

7. Apa perbezaan diantara Usul Tahkik dengan Tahkik?
Jawapan: Usul Tahkik adalah nama yang diberikan kepada satu aliran pengajian tasauf dimana ahlinya diajarkan oleh guru akan kaedah-kaedah yang dapat menyampaikan diri kepada Allah Ta’ala manakala tahkik pula bermaksud menetapkan secara jazam (tahkik), penamat kepada sesebuah kefahaman atau pemutus ilmu (makrifah).

8. Apa perbezaan diantara Usul Tahkik dengan Tarekat?
Jawapan : Dalam pengajian Usul Tahkik sebenarnya tidak jauh berbeza daripada pengajian tarekat kerana kedua-duanya mengajarkan salik menuju kepada Allah Ta’ala. Bagi aliran tarekat, si salik diajarkan dengan amalan-amalan zikir tertentu untuk membersihkan hati dan makam-makam tertentu sebagai permulaan perjalanan menuju Allah Ta’ala manakala bagi aliran Usul Tahkik pula diberikan penekanan dan ilmu mengenai syirik seterusnya membersihkan diri dari syirik tersebut kerana ianya merupakan ibu segala dosa dan kotoran pada diri insan . Maka dengan amalan tauhid yang sempurna seterusnya bermusyahadah dengan zikir dan amalan musyahadah si salik tersebut berjalan menuju hadrat Allah Subhanahuwata’ala.

9. Adakah setiap seorang yang mempelajari Usul Tahkik itu serta-merta tergolong orang yang ‘tahkik’? adakah dengan mempelajari silibus Usul Tahkik itu seseorang yang berada didalam nafsu ‘Amarah’ itu serta-merta mencapai nafsu ‘Kamaliah’ tanpa melalui proses-proses mujahadah dan perubahan-perubahan hal dan keadaan jiwa?

Jawapan : Sepertimana pengajian tarekat, tidaklah seseorang salik itu terus melompat dan mencapai tahap kesempurnaan tanpa melalui tahap-tahap penyucian diri secara bertingkat-tingkat. Akan tetapi, adalah hak mutlak Allah Ta’ala untuk menjadikan seseorang salik itu mencapai makrifah serta-merta tanpa
sebarang syarat. Dalam pengajian tarekat, pencapaian seseorang salik itu diukur dengan tahap dan makam-makam nafsu yang telah berjaya dibersihkannya dengan izin Allah, seperti bermula dengan makam nafsu ‘amarah’ dan kemuncaknya mencapai makam nafsu ‘kamaliah’ yang menjadikan insan yang mencapai makam tertinggi ini sebagai insan yang ‘kamil mukamil’. Dalam pengajian Usul Tahkik pula, tahap pencapaian seseorang salik itu bergantung kepada kurniaan Allah untuk membukakan kepadanya akan makam-makam syahadah setelah salik tersebut secara sempurna mempelajari dan secara istiqamah beramal dengan zikir-zikir musyahadah bermula daripada musyahadatul af’al hingga kepada makam musyahadatul zat yang membawa kepada makam ‘La Maujud bihaqqi ila Allah’ dan seterusnya mencapai makam mukhlis sepertimana yang dinyatakan di dalam firman Allah, surah Al-Hijr, ayat 39-40: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka."
Selain ayat tersebut, Allah juga berfirman pada ayat yang lain iaitu pada surah Yusof, ayat 24 yang menceritakan bahawa ikhlas itu sebagai benteng yang menyelamatkan seseorang itu daripada kesesatan iblis dan syaitan:
“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu dan andaikata dia(Yusof) tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. SESUNGGUHNYA YUSUF ITU TERMASUK HAMBA-HAMBA KAMI YANG IKHLAS.” Makam mukhlis lah yang dicita-citakan oleh setiap penuntut Usul Tahkik agar terselamat daripada disesatkan oleh Iblis dan konco-konconya serta seterusnya mencapai makam muqarrabin yang senantiasa mendapat pandangan serta limpahan rahmat dari sisi Allah Ta’ala.


10.Adakah dengan mempelajari Usul Tahkik, seseorang itu tidak lagi berhajat kepada bentuk-bentuk pembelajaran mengenal diri dan seterusnya mengenal Allah ?
Jawapan : Dalam pengajian Usul Tahkik tidak pernah mengabaikan mana-mana juzuk daripada ilmu tasauf dan perkara ini termasuklah pelajaran dalam bentuk mengenal diri dan mengenal Allah Ta’ala. Bahkan kami dari aliran Usul Tahkik juga mempelajari dan berusaha untuk mengenal diri dan mengenal Allah supaya tidaklah kami mensyirikkan Allah sehingga mentauhidkan semata-mata diri sendiri sepertimana sebahagian mereka yang mengaku ahli tasauf, bahkan kami mempelajari dan beramal dengan ilmu mengenal diri dan mengenal Allah agar kami dapat meletakkan tauhid itu ditempat yang haq disisi Allah semata-mata.

11.Terdapat golongan Usul Tahkik yang tidak gemar dengan perbincangan tentang persoalan hati seperti mengenal sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat mahmudah dengan alasan persoalan tersebut tidak membawa kemajuan didalam perjalanan insan kepada Allah ?
Jawapan : Dalam pengajian Usul Tahkik, kami tidak pernah menolak dari mempelajari ilmu berkaitan persoalan hati dengan mengenal sifat-sifat mazmumah serta sifat-sifat mahmudah kerana ianya perlu bagi setiap salik yang berjalan menuju kepada Allah Ta’ala. Bahkan bagi kami, dengan amalan-amalan zikir musyahadah yang ditalkin oleh guru kepada kami juga menjuruskan kepada tauhid dan mengikis sifat-sifat tercela manusia itu pada tiap pandangan kami. Maka kerana yang sedemikian, tidaklah kami merasakan perlu kepada perbincangan yang terlalu panjang lebar dalam bab tersebut bahkan kami menghidupkannya dengan amalan-amalan kami tersebut.

FaceBook PIJJ

Nukilan Dari Tuan Syeikh; Empty
Back to top Go down
View user profile http://pijj.forumotion.com
 

Soal Jawab Tasauf dalam Perspektif Usul Tahkik

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Bahas Soal SNMPTN
» ASAL USUL MASAKAN MINANG
» DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN
» Soal Jawab Pengembala Kambing
» Etnik Paling Sedikit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERUBATAN ISLAM ::  :: -