PERUBATAN ISLAM JARAK JAUH
 
HomepijjCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3
AuthorMessage
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Oct 20, 2011 3:18 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Abu al-Nu’aim meriwayatkan dari Malik bin Anas dan al-Dailami dalam musnad al-Firdaus dari ’Ali ra, Nabi saw bersabda," Barang siapa setiap hari membaca laa ilaha illallah al-malikul haqqul mubîn (tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata) sebanyak 100x, maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam qubur."

Dan bandingkan dengan firman Allah SWT bermaksud “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;” (Asy-Asyu’ara : 83-84) atau firman Allah SWT bermaksud “Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Taha : 25-28)

Dua firman Allah SWT diatas membawa maksud yang sangat jelas pada makna, tidak perlu untuk dibuat tafsiran pada mana-mana bahagian. Dalam sebuah buku karangan salah seorang ulamak terkenal nusantara empat ayat surah Taha ini digunakan untuk memohon disembuhkan dari penyakit sakit dada.

Manakala melalui sabda Rasulullah SAW siapa saja boleh mengamalkan zikir “laa ilaha illallah al-malikul haqqul mubin sebanyak 100x memohon agar dihindarkan dari kefakiran dan takut semasa berada dialam kubur.

Meskipun makna dan maksud hadis jauh berbeza, ia tidak menjadi satu masaalah lagi untuk diamalkan kerana adanya jaminan yang disandarkan dari Rasulullah SAW sendiri. Bermakna jaminan tersebut pada hakikatnya adalah dari Allah SWT sendiri. Dalam kontek ini makna dan maksud tidak menjadi permasaalahan sama semakli kerana sandaran sipemohon adalah terus kepada Rasulullah SAW sendiri.
Sama juga dengan firman Allah SWT yang bermaksud “Sehingga aku berkata `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). “Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah” (Nuh : 10-13)

Ibn ’Abbas ra pula meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda," Barang siapa melazimkan istighfar niscaya Allah melapangkan segala kesempitan hidupnya, mengeluarkan ia dari segala kesusahan dan memberikan ia rezeki dari arah yang tidak diduganya."

Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda,"Barang siapa yang Allah kurniakan baginya kenikmatan hendaklah banyak mengucapkan alhamdulillah. Barang siapa yang banyak dosanya hendaklah beristighfar kepada Allah. Dan barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan la hawla wala quwwata illa billah (tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)."

Secara umumnya istighfar difahami sebagai perkataan-perkataan yang disusun seorang hamba memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa-dosa kecil yang telah dilakukan semada dalam keadaan sedar atau terlupa sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah”

Dengan yang demikian penulis memutuskan semua amalan-amalan samada yang diambil dari Al-Qur’an dan hadis sahih yang mempunyai makna dan maksud yang terang, jelas lagi nyata atau sebaliknya tidak perlu sama sekali untuk di ijizahkan oleh mana-mana Ustaz atau Pak Kiyai atau Murshid, tak kiralah apa sekali gelaran yang diberikan kepada mereka ini kerana kita boleh sandarkan terus kepada nabi-nabi dan rasul yang telah diutuskan Allah SWT.

Disinilah pentingnya kefahaman beriman kepada nabi-nabi dan rasul yang perlu ada pada setiap umat Islam kerana ia mempunyai impak yang sangat besar dalam kehidupan terutama dalam bidang iktikad dan akidah beragama.

Apa-apa yang didatangkan dari nabi-nabi dan rasul maka ambillah – laksanakanlah apa-apa yang diperintahkan dan tinggalkanlah apa-apa yang ditegah. Meskipun rahmat menjadi hak mutlak Allah SWT tetapi kepada kita umat Islam jalan yang pertama pasti ditempuhi adalah mentaati yakni bermian nabi-nabi dan rasul, firman Allah SWT bermaksud “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat”.

Pada peringkat ini yang sangat-sangat diperlu difahami adalah hakikat iman kepada semua nabi-nabi dan rasul. Keimanan pada hakikat yang dimaksudkan adalah keimanan yang sempurna bahawa segala perbuatan dan percakapan yang dituturkan oleh nabi-nabi dan rasul itu sebenar-benarnya adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada nabi-nabi dan rasul.

Tidaklah sama perbuatan dan lisan yang dituturkan oleh manusia biasa walau bagaimana hebat sekalipun gelaran yang diberikan kepada wali-wali dan aulia-aulia kerana terdapat perbezaan yang begitu ketara apabila hendak dibandingkan kedudukan mereka dengan para nabi-nabi dan rasul-rasul.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Nov 08, 2011 7:22 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Benar dan tidak dapat dinafikan terdapat dikalangan manusia biasa yang diberikan Allah SWT beberapa kelebihan duniawi sehinggakan mereka-mereka ini boleh melakukan bermacam-macam perkara yang diluar jangkauan akal fikiran manusia biasa.

Tetapi walaubagaimana hebat sekalipun kebolehan luar biasa tersebut, ia masih tidak boleh dijadikan sebagai satu tiket yang boleh meletakkan meletakkan mereka sebaris dengan para-para nabi dan rasul disisi Allah SWT.

Kerana itulah dalam sebuah buku yang disusun oleh ahli ilmu tempatan ada diselitkan kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani yang bermaksud lebih kurang “Dahul guruku adalah Syeikh Ahmad Dibas. Tetapi sekarang aku mengambil ilmu terus dari Rasulullah SAW dan Saidina Ali !”.

Dalam kitab suci Al-Qur’an ada diceritakan tentang para syuhada yang hidup bersenang lenang disisi Allah SWT, maka janganlah dibawa hujjah perkara yang penulis sebutkan diatas merupakan cerita karut yang semata-mata direka oleh penulis buku tersebut atau juga Syeikh Qadir kerana mimpi bertemu Rasulullah SAW adalah perkara yang benar-benar boleh terjadi pada barangsiapa yang dikehendaki Allah SWT.

Dalam sebuah hadis Qudsi ada diterangkan kepentingan surah Al-Fatihah dimana dikatakan Allah SWT akan sentiasa menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh seorang hamba kepada-Nya. Cuma jawapan yang diberikan samada makbul atau tidak, dilambatkan atau ditahan sebarang pemintaan seorang hamba itu tidak didengar melalu kalam yang bersuara.

Oleh yang demikian salah satu jalan yang boleh digunakan adalah dengan mendirikan sembahyang istikarah yakni mohon petunjuk atas permintaan atau hajat yang dipohonkan kepada Allah SWT. Akan tetapi petunjuk itu juga kadang kala apabila hadir, dalam keadaan yang samar-samar dan apabila ia samar-samar maka ia perlu dicarikan tafsirnya.

Jarang sekali kita mendapat mimpi yang terang lagi jelas seperti mimpi Nabi Ibrahim AS ( menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail AS). Apabila dua orang sahabat yang pada masa itu berada dipenjara menceritakan mimpi yang mereka alami, perhatikanlah tafsir yang diberikan oleh Nabi Yusuf AS berhubung mimpi keduanya. Yang menarik disini pada penulis adalah hubungkait (perkara-perkara yang bakal akan terjadi keatas kedua-dua sahabat) antara tafsir mimpi tersebut dengan perjalanan mimpi kedua sahabat tersebut. Dan dalam surah Yusuf Allah SWT memberitahu bahawa Dialah yang mengajarkan Nabi Yusuf AS tafsir mimpi dua sahabat tersebut, maka menjadi benarlah apa yang khabarkan oleh Nabi Yusuf AS.

Disinilah peranan wahyu yang perlu sekali dibezakan dengan ilham. Wayhu adalah satu perkara yang pasti manakala ilham pula masih ada percampuran antara syak, zan dan waham samada pada individu yang mendapat ilham atau pun pada orang yang diceritakan ilham tersebut.

Sekiranya ilham datang dalam bentuk kalam yang bersuara secara lazimnya tuntutan yang perlu ada adalah supaya ia lebih diyakini adalah wajah kerana Al-Qur’an diturunkan Allah SWT dari Al-Baitul Makmur oleh malaikat Jibrail yang dipakaikan wajah.

Sekiranya ilham itu terus masuk kehati, ia ibarat hadis qudsi yakni tanpa perantaraan. Ia boleh terjadi dan ia telahpun terjadi kepada ibu Nabi Musa Kalamullah dan pada pendapat penulis malaikat Jibrail diutuskan Allah SWT untuk memberitahu Maryam bahawa dia akan mengandungkan Nabi Isa AS dalam keadaan berwajah.

Allah SWT menciptakan manusia dengan disertakan-Nya juga dengan berbagai-bagai kesulitan, dan sesungguhnya janji Allah SWT itu amatlah benar !.

Lihatlah bagaimana ujian yang diberikan kepada ibu Nabi Musa Kalamullah dan juga liku-liku hidup yang terpaksa dilalui oleh Maryam. Sampai pada satu ketika Maryam seolah-olah telah berputus asa, begitu juga dengan ibu Nabi Musa Kalamullah.

Biasanya bantuan dari Allah SWT pula datang dalam keadaan yang begitu genting, seperti peristiwa Nabi Musa Kalamullah membelah laut Merah bagi menyelamatkan orang-orang yang beriman dari menjadi mangsa kekejaman Firaun. Begitu juga pristiwa Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar ketika mereka menyembunyikan diri didalam gua Thur dalam peristiwa agung – Hijrah dari Mekkah ke Madinah.

Allah SWT Maha Berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya pada bila-bila masa sahaja yang telah ditetapkan-Nya. Ujian-Nya didatangkan keatas makhluk-makhluk-Nya dalam keadaan yang berbeza-beza, justeru satu tuntutan yang begitu penting perlu ada pada diri setiap mukmin. Tuntutan yang panulis dimaksudkan itu adalah keyakinan yang cukup tinggi.

Maka bermohonlah kepada Allah SWT agar dititipkan-Nya keyakinan tersebut kerana ia akan menjadi benteng yang kukuh yang berupaya mengekang badai ujian yang datang dalam bentuk yang tidak diketahui besar atau kecil impaknya keatas kita semua dan ia datang pada masa yang juga tidak kita ketahui.

Ingatlah setiap pendapat atau sebarang penyelesaian atas sesuatu permasaalahan yang dikemukakan mestilah ada yang membenarkan dan ia mestilah datang daripada yang haq sahaja. Sekiranya ia datang dalam bentuk yang samar-samar maka rujuklah kembali kepada sumber yang haq dan yang haq itu hanya dua sumber sahaja, iaitu kitab suic Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW yang sahih sahaja.

Selain dari dua ini maka adalah lebih baik diabaikan sahaja kerana mudaratnya amatlah besar terutama dari sudut akidah.

Meskipun ilham itu adalah benar boleh terjadi kepada manusia biasa, tetapi kesamaran yang memungkinkan terbitnya rasa syak,zan dan waham tetap ada, maka perhatikan perkara ini dengan teliti sekali.

Jarang sekali kita berttemu orang yang menolak kesenangan dan kemewahan hidup duniawi ini; kepada yang berniaga mereka mahukan pernaigaannya laris ibarat goreng pisang panas, kepada yang berkuasa mereka mahukan kuasa mereka bertambah bahkan sampai mahukan kepada tahap berkekalan. Pada yang memiliki paras rupa yang cantilk rupawan, tidak kurang juga yang menjadi begitu risau apabila sedikit demi kedut-kedut disana sini mula kelihatan sebab dimamah usia tua makin kelihatan dari hari kehari. Pada yang sudah berusia (biasanya perempuan) tapi masih belum mendapat jodoh, bermacam-macam ikhtiar dilakukan, ada yang mandi bunga tengah-tengah malam buta pulak tu. Bila sudah bersuami isteri dicari pula berbagai kaedah supaya pasangannya tunduk pada kehendaknya sahaja.

Lumrahnya bila ada permintaan maka adalah penawaran kerana sudah menjadi ketetapakn ilahi bahawa kebanyakan perkara-perkara yang ada dan perkara-perkara yang terjadi didunia ini diciptakan dalam bentuk berpasang-pasangan

Inilah yang dinamakan kehidupan !

Justeru amalan pelaris, seri wajah, mengekalkan kuasa dan bermacam-macam lagi tuntutan nafsu ini adalah merupakan perkara biasa yang menjadi tuntutan dalam kehidupan apabila ia bernama manusia.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Nov 08, 2011 9:28 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Mengapakah terdapat banyak amalan-amalan yang diamalkan oleh umat Islam khususnya dinegara ini tidak bersumberkan dari Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih ? Dan kadangkala amalan-amalan tersebut diambil dari ayat-ayat suci Al-Qur’an tetapi tiada pula disandarkan pada hadis-hadis yang sahih.

Selain dari amalan-amalan yang bersumberkan bacaan terdapat juga tambahan-tambahan lain seperti bunga-bungaan, bermacam-macam jenis limau, keris, kain bermacam-macam warna, menyeru berbagai-bagai nama wali digunakan semasa proses perubatan dilakukan. Adakah benda-benda ini perlu atau memang tidak diperlu samasekali. Atau salahkah menggunakan benda-benda yang disebutkan diatas sehingga boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam ?.

Nabi Musa Kalamullah menggunakan secebis daging dari seekor sapi betina lalu dipukulkan kepada mayat, dengan izin Allah SWT maka hiduplah mayat tersebut, lalu diceritakan kepada yang ada pada ketika itu siapakah yang membunuhnya.

Nabi Musa Kalamullah juga menggunakan tongkatnya berulang-kali – dilontar lalu ia menjadi ular yang sangat besar, tongkat yang sama dipukulkan kebatu lalu keluarlah dari batu tersebut duabelas (12) mata air, dipukulkan kelaut Merah maka terbelahlah laut yang luas tidak bertepi tersebut. Padahal mulanya tongkat tersebut hanyalah sebatang tongkat biasa sahaja. Begitu juga dengan Nabi Salleh AS, dia memukulkan tongkatnya kepada sebongkah batu lalu dengan izin Allah SWT maka keluarlah seekor lembu.

Nabi Yusuf AS mengirimkan sehelai bajunya, lalu apabila disapukan pada mata ayahnya Nabi Ya’kob AS maka matanya buta setelah sekian lama dengan izin Allah SWT dapat melihat semula.

Penulis ada juga bertemu dengan orang-orang yang sebegini – mereka kerap mendapat barang-barang seperti batu, keris dan sebagainya dan diberitahu sekali fadhilat benda-benda tersebut. Kata mereka datang dari alam ghaib dan yang datang memberikan benda-benda tersebut adalah dari kalangan wali-wali, orang-orang bunian dan tak kurang juga yang mengatakan benda-benda tersebut diberikan oleh Nabi Hidir AS.

Ada yang dapat dalam keadaan sedar yakni jaga, manakala yang lainnya mendapatnya semasa mereka tidur.

Ada masanya memang benar, sebagai contoh apabila batu tersebut direndamkan didalam air atau disentuh pada bahagian-bahagian badan yang bermasaalah, dengan serta merta bahagian badan yang bermasaalah tersebut akan baik. Manakala dimasa yang lain pula dengan menggunakan benda-benda perantaran ini sipulan akan dapat berkomunikasi dengan makhluk dari alam ghaib, seperti bunian, wali-wali dan kadang-kadang jin !.

Mengapa sekarang dikatakan pula ia perkara-perkara khurafat apabila perantaraan ini digunakan pada contoh-contoh yang seumpamanya telah ada diceritakan dalam kitab suci Al-Qur’an?.

Satu peristiwa yang berlaku papa penulis pada awal tahun 2009, sewaktu penulis beserta dengan dua orang sahabat melakuan ikhtiar merawat seorang pelajar perempuan -pelajar disebuah sekolah diserang histeria. Setiap kali pelajar perempuan tersebut meracau dia akan memberitahu bahawa makhluk halus yang sering mengganggunya datang dari sekolah dan ada juga yang datang dari asrama. Kebetulan sekolah dan asrama tersebut berdekatan maka berbagai-bagai usaha kami lakukan untuk memindahkan makhluk-makhuk halus dari sekolah dan asrama tersebut.

Kebetulan salah seorang dari sahabat penulis dikurniakan pandangan telus, maka dia dapat berkomunikasi dan melihat jin-jin yang ada disekolah dan asrama tersebut. Namum setelah berbagai-bagai usaha dilakukan namun budak perempuan tersebut masih juga belum pulih dan mudharat yang menimpa budak perempuan dan keluarganya ini beterusan selama sembilan (9) bulan lamanya.

Dalam tempuh ini juga ramai perawat yang dikunjungi oleh keluarg budak perempuan tersebut, tetapi masaalah yang dihadapi oleh budak perempuan ini masaalah tidak kelihatan jalan penyelesaiannya. Pada satu hari penulis dikunjungi oleh seorang sahabat yang juga dikurniakan pandangan telus. Sedang kami minum, tiba-tiba budak perempuan tersebut dirasuk lagi. Kebetulan penulis tinggal dikawasan yang sama, kami dipanggil oleh bapa budak perempuan tersebut untuk membantu anaknya.

Semasa dirasuk dia tetap mengatakan perkara yang sama – gangguan masih lagi datang dari sekolah dan asrama yang sama !.

Penulis meminta bantuan sahabat ini untuk ‘melihat’ apa yang ada disekeliling kawasan rumah selain dari kawasan disekolah. Alangkah terkejutnya penulis apabila sahabat ini memberitahu sekolah dan asrama yang dimaksudkan oleh makhluk halus yang merasuk budak perempuan tersebut sebenarnya bukanlah sekolah alam nyata tapi sekolah alam jin yang berada betul-betul dibelakang rumahnya !.

Hampir dua (2) jam kemudian maka dengan izin Allah SWT maka kesemua jin-jin tersebut bersetuju untuk dipindahkan bersyarat - dengan sekolah dan asramanya sekali !

Alhamdulillah sehingga hari ini budak perempuan tersebut tidak lagi diganggu dan baru selesai menduduki peperiksaan PMR.

Apakah pengajaran yang boleh kita dapati dari musibah yang telah menimpa budak perempuan diatas untuk dikaitkan dengan apa yang sedang penulis sampaikan kepada pembaca yang dirahmati Allah SWT ?.

Tidak lain dan tidak bukan adalah beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan yang lagi benar dapat melihat dan mengetahui perkara-perkara yang ghaib ini menjadi milik mutlak Allah SWT sahaja. Dimanakah kunci-kunci yang menjadi pembuka sehingga nyata perbezaan antara yang haq atau batilnya penglihatan telus ini ?.

Penulis berpendapat dan berpegang tersimpan rahsianya pada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermkasud “Barangsiapa yang bermimpi melihat aku maka benarlah dia telah melihat aku kerana syaitan tidak boleh menyerupai aku”.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Nov 12, 2011 1:07 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah lengkap lagi sempurna penciptaan Nabi Adam AS lalu Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang mengajarkan semua nama-nama dan kegunaannya kepadanya (Nabi Adam AS). Berbagai-bagai tafsir diberikan kepada ayat ini, walaubagaimanapun penulis berpegang pada kepercayaan bahawa yang diajarkan kepada Nabi Adam AS adalah semua nama-nama, maknanya sekali dan juga kegunaannya - yang telah ada pada masa-masa yang telah berlalu, yang sedang ada pada masa itu yang tetap akan ada pada masa-masa akan datang.

Timbul satu pertanyaan, kalau demikian pastinya Allah SWT juga telah menerangkan secara terperinci tentang iblis, syaitan, jin serta tugasnya masing-masing ?. Masakan dia (Nabi Adam AS dan Siti Hawa) dan isterinya masih boleh termakan pujuk rayu dan tipu daya syaitan ?

Sekiranya hujjah balas yang hendak diberikan terus-terusan berpaksi pada tilikan akal semata-mata maka jawapan yang bakal diberikan juga sama sekali tidak mungkin dapat untuk merungkaikan permasaalahan ini. Cara terbaik kembali semula kepada jawapan yang ada samada dalam kitab suci Al-Qur’an dan juga hadis-hadis sahih.

Pertama kena kembali sumber yang sahih saja, dan sumber yang sahih atau benar ini adalah tidak ada jalan lain selain daripada dapat membezakan antara Tuhan dengan Hamba atau Pencipta dengan yang kena cipta. Setelah difahami perbezaan antara keduanya, peringkat kedua kita pergi pula pada hal-hal atau perkara-perkara yang bersangkut paut dengan bidang kekuasaan antara Al-Khaliq dengan al-Makhluk. Telah jelas difahami perbezaan antara keduanya, peringkat seterusnya diteliti dengan rapi dari bukti-bukti yang menunjukkan serta menerangkan apakah perbezaan-perbezaan tersebut sebagaimana yang ada disebut dalam kitab suci Al-qur’an dan juga hadis-hadis sahih.

Dalam kitab suci Al-Qur’an Allah SWT memberitahu bahawa Dia adalah Dzat Yang Awal, Dia adalah Dzat Yang Akhir, Dia adalah Dzat Yang Zahir dan Dia jugalah adalah Dzat Yang Bathin. Dia yakni Dzat-Nya meliputi orang-orang kafir, Dia juga meliputi sekelian manusia dan bahkan Dia juga meliputi sekelian alam.

Dia memberitahu tentang Diri-Nya – Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Berkehendak, Maha Berkata-kata. Dia mengatakakan tentang Diri-Nya – tidak mengantuk jauh sekali dari terlena, bermakna Dia tidak pernah lalai apalagi terlupa.

Bermakna yang paling layak bagi Diri-Nya adalah tiada batas dan juga tiada sempadan – Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Maha Berkuasa untuk melakukan apa saja yang Dia Kehendaki. Oleh kerana Dia-lah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Bathin justeru apa saja yang hendak dikaitkan dengan Diri-Nya mestilah merangkumi zahir dan bathin, jauh dan dekat, atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang tanpa ada sempadan atau batasan kekuasaanyang boleh dijadikan sebagai penghalang Dia dari melakukan apa saja pada bila-bila masa yang Dia di Kehendaki-Nya.

Apabila masa yang telah ditetapkan-Nya, diciptakan-Nya seorang makhluk yang bernama manusia yang berasal dari tanah, air, api dan angin. Setelah sempurna ciptaan tersebut maka ditiupkan-Nya Ruh dari ciptaan-Nya dan diberikan-Nya manusia tersebut – Adam. Maka menjadi ia manusia yang pertama diciptakan Tuhan Semesta Alam.

Nama manusia tersebut Adam. Inilah nama dan beserta dengan nama tersebut adalah rupa – muka, dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki dan anggota-anggota tubuh badan yang lain bagi membentuk tubuh badan manusia yang lengkap lagi sempurna.

Bermakna apabila seorang itu melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya sudah tentu dia akan melihat tubuh badan Rasulullah SAW dengan lengkap berpakaian.

Apabila seorang itu tidur maka ‘tidur’ jugalah naluri kehidupannya akan tetapi setelah terjaga dari tidurnya ada orang yang boleh mengingati apa yang dilihat dan didengarnya semasa mimpi, boleh mengingati rupa orang atau benda-benda yang dilihatnya semasa mimpi. Apabila ingatan ini lengkap maka semua yang berlaku semasa mimpinya akan kembali didalam ingatannya semula apabila dia terjaga.

Sekiranya dia tidak dilupakan maka dia dapat mengingat percakapannya dengan orang yang ditemuinya dalam mimpi tersebut. Sekiranya ada pesanan-pesanan tertentu maka akan diingatnya. Lazimnya apabila orang yang ditemuinya itu menampakkan ciri alim dan warak (berjubah putih, berjanggut, memegang kitab dll) maka secara spontan akan dikatakan orang yang ditemui dalam mimpinya itu adalah wali atau orang alim ataupun dari kalangan orang baik-baik. Keyakinannya bertambah tinggi terhadap orang yang dijumpainya itu apabila orang itu sendiri memperkenalkan siapakah dirinya. Kemudian dia mula mengingati petanda atau petunjuk-petunjuk tentang orang ditemuinya semasa mimpi tadi, misalnya gambar. Sekiranya terdapat persamaan maka sudah pasti dia bertambah yakin dengan isi mimpinya.

Terdapat gambar-gambar wali-wali dahulu seperti wali sembilan, Syeikh Kadir Al-Jailani dan banyak lagi gambar-gambar orang-orang alim ini dijual oleh orang-orang tertentu.

Satu cerita, pengalaman penulis beberapa tahun lalu.

Penulis dengan seorang sahabat pergi menziarahi seorang dibahagian utara tanah air. Hapir empat (4) jam menunggu maka kami dapat berjumpa dengannya. Seperti biasa kamipun bercerita hajat kami berjumpanya.

Dalam kami rancak bersembang-sembang itu, mata penulis asyik tertumpu pada satu gambar seorang lelaki berserban yang yang diletakkan pada dinding rumah tersebut. Anehnya semakin lama penulis pandang wajah lelaki-lelaki itu seakan-akan berubah-ubah !. Ada masanya dia tersenyum, manakala dimasa yang lain pula dia seolah-olah menunjukkan rupa yang agak garang pula. Kadang-kadang pula raut wajahnya berubah-ubah – ada masanya muda dan ada masanya menjadi tua pulak.

Rupa-rupanya tanpa penulis sedari tuan rumah dapat juga mengesan apa yang penulis lalui dan dengan tersenyum dia bertanya penulis ‘apa yang kamu nampak pada gambar tu !’.

Lalu penulis ceritakan apa yang telah penulis lihat tuan rumah. Dia pun berkata ‘Itu adalah gambar Saidina Abu Bakar As-Siddek !. Menurutnya lagi apa yang telah penulis lalui itu perkara biasa, banyak tetamunya sebelum ini telah melalui pengalaman tersebut.

Kami berdua tersentak dan saling memandang antara satu sama lain. Dalam perjalanan pulang lalu penulis ceritakanlah apa yang penulis lihat kepada kawan penulis.


Kawan penulis seperti baiasa hanya terdiam dan penulis pun tidak bertanya samada dia juga melihat apa yang penulis lihat pada gambar tersebut.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Nov 12, 2011 2:32 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Sedikit sebanyak dari keterangan diatas dapatlah kini kita fahami mengapa dari sudut hukum feqah haram meletakkan gambar-gambar yang bernyawa didalam rumah atau mana-mana tempat kediaman kerana hakikat pada wajah itu ada sifat hayat yang sentiasa menjadi tumpuan iblis dan syaitan.

Atas sebab ini jugalah Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita tentang perkara ini melalui sabdanya sebagaimana yang telah penulis sebutkan pada ruangan sebelum ini.

Janganlah kita mengambil ringan atau sambil lewa akan perkara yang penting ini kerana natijahnya berat sekali lagi merbahaya kepada kehidupan zahir batin kita.

Satu peristiwa dizaman Rasulullah SAW. Pada satu ketika Rasulullah SAW sedang bersama para-para sahabat sedang santai, Baginda didatangi oleg seorang pedagang mengadukan tentang hasil daganganya yang telah dirampas oleh Abu Jahal.

Setelah mendengar aduan pedagang ini maka Rasulullah SAW terus saja pergi mendapatkan Abu Jahal dirumahnya. Kebetulan pula pada waktu ketibaan Rasulullah SAW adalah waktu santai Abu Jahal. Kebiasaannya pada waktu-waktu begini Abu Jahal tidak mahu diganggu.

Setelah tiba maka diperintahkan keatas Abu Jahal supaya memulangkan semula semua barang-barang dagangan yang dirampasnya dari pedagang tersebut. Lalu Abu Jahal memulangkan semua barangan tersebut satu persatu tanpa sebarang bantahan sambil diperhatikan oleh isterinya dengan penuh rasa hairan.

Setelah semua barangan rampasan itu dikembalikan, maka Rasulullah SAW dan pedagang yang membuat aduan tadi lantas meninggalkan tempat tersebut.

Lalu Abu Jahal ditanya oleh isterinya (lebih kurang) : wahai suamiku, aku perhatikan semasa Muhammad merintahkan kamu supaya memulangkan semula barang dagangan yang engkau rampas, tidak sepatah perkataan pun keluar dari mulut menghalangnya !”

Berkatalah Abu Jahal (lebih kurang) : wahai isteriku, macam manalah dapat aku untuk menghalangnya kerana pada ketika itu dikiri dan kanannya, (Muhammad) aku melihat ada dua ekor singa yang amat bengis. Setiap kali aku cuba untuk membantah apa yang diperintahkannya, kedua-dua singa tersebut siap sedia untuk menerkam aku !. Dan aku berharap janganlah engkau ceritakan perkara ini kepada orang lain’.

Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “ Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir” (At-Taubah : 25-26).

Dan firman Allah SWT bermaksud “Kalau kamu tidak menolongnya maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya sedang ia salah seorang dari dua (Saidina Abu Bakar ra) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada dan menguatkannya dengan bantuan tentera yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir terkebawah dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (at-Taubah : 40)

Dan lagi firman Allah SWT bermaksud “ (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka” (Al-Anfaal : 9-12).

Inilah keistimewaan keatas mereka-mereka yang hidup dizamn Rasulullah SAW, dimana bantuan-bantuan yang diterima semasa diperlukan adalah terus datang dari sisi Allah SWT dalam bentuk para-para malaikat yang diciptakan dalam berbagai bentuk sebgaimana yang diKehendaki Allah SWT.

Ada riwayat yang mengatakan semasa perang Badar, tentera kafir Mekah melihat tentera-tentera Islam dalam dua wajah pada setiap orang (dua orang tapi mempunyai paras rupa yang sama).

Ingatlah wahai saudara-saudaraku yang dirahmati Allah SWT, perbezaan hanya tertera pada mata penglihatan kasa ini sahaja, pada hakikatnya ia adalah benda yang sama jua – singa, burung merpati, labah-labah sebagaimana disebutkan dalam hadis berikut, Dari ‘Aisyah, Ummul Mu’minin r.a.3) Katanya Harits bin Hisyam r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: “bagaimanakah caranya wahyu turun kepada Anda?” Jawab Rasulullah saw. “Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku (kedengaran) seperti loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.”

Dan inilah juga kelebihan firman Allah SWT bermaksud “ Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya’ ( An-Najm : 2-4)

Justeru apa-apa yang berlaku dan diperlihatkan kepada Rasulullah SAW, ianya pasti benar datang dari sisi Allah SWT jua. Dan apa-apa yang berlaku dan diperlihatkan kepada manusia biasa tidak kira apa sekalipun tanggapan manusia terhadap dirinya mestilah difikirkan terlebih dahulu. Bukankah Allah SWT telah berfirman maksudnya “didalam diri kamu mengapa tidak kamu perhatikan”
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Nov 15, 2011 8:50 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Firman Allah SWT bermaksud “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata’ (Al-Ahzab : 36).

Dalam mengerjakan amalan-amalan yang berbentuk fadhilat, hendaklah diberikan perhatian khusus tentang jenis-jenis zikir-zikir yang hendak diamalkan. Ini penting kerana hanya zikir-zikir atau amalan-amalan yang mempunyai sandaran secara terus kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih saja yang boleh diamalkan. Kerana melalui firman Allah SWT diatas telah jelas bahawa barangsiapa yang beramal dengan amalan atau zikir-zikir yang tiada sumber yang sahih maka secara terang-terang telah termasuk dalam golongan-golongan yang telah ditetapkan – sesat dengan kesesatan yang terang jelas lagi nyata !
.
Kerana hak bagi menentukan dan menetapkan untuk mengurniakan manafaat dan menimpakan mudharat adalah tertentu bagi Allah SWT dan disampaikan kepada manusia dan jin melalui jalan kenabian sahaja. Manusia (biasa) dan jin hanyalah diperintahkan untuk mengambil samada untuk ditaati ataupun ditinggalkan seperti mana yang telah diperintah atau ditegah.

Justeru kepada barangsiapa yang mengingkari peringatan ini maka amatlah dikhuatiri ia tidak termasuk dalam golongan sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. (Al-Baqarah : 285)
- meskipun mereka mengaku beriman dengan rukun Iman enam (6) perkara, sembahyang, puasa, zakat, haji mereka menjadi sia disisi Allah SWT.

Inilah hakikat kenabian pada rukun iman yang keempat (4) yang amat-amat perlu ditekankan kepada umat Islam, terlebih utama kepada anak-anak kita yang rata-rata hanya didedahkan pada tahap pengetahuan umum sahaja disekolah-sekolah. Dengan kemunculan era internet yang menghidangkan berbagai-bagai maklumat dihujung jari dewasa kini, adalah menjadi tanggungjawab para ibubapa untuk melakukan saringan secara berterusan keatas anak-anak kita supaya mereka tidak terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang beredar dalam talian dengan cara yang tidak terkawal.

Dalam kehidupan beragama Islam paling terutama yang perlu menjadi tumpuan oleh setiap umat Islam adalah mengharapkan redho Allah dan juga mendapat rahmat Allah SWT kerana kedua-duanya menjadi penanda arah atau hala tuju yang penting dalam kehidupan dunia yang bersifat sementara dan kehidupan akhirat yang kekal abadi - tetapi terlebih utama adalah yang kedua seperti mana firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya’ (al-Baiyinah : 7-Cool.

Dalam surah al-Baiyinah pula Allah SWT berfirman bermaksud ‘Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!’ (al-Fajr : 27-30).

Subhanallah !, begitu tinggi sekali nilainya disisi jin dan manusia mendapat keredhoan Allah SWT ini. Sehingga dikatakan barangsiapa yang mendapat keredhoan disisi Allah SWT ini adalah sebaik-baik makhluk !.

Perlulah diketahui juga, sebelum mendapat keredhoan Allah SWT, perkara pertama yang perlu dikejar oleh setiap umat Islam yang akhil baligh adalah termasuk dalam golongan yang sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Dikatakan rahmat itu menjadi hak mutlak Allah SWT dan diberikan kepada barangsiapa yang dikehnedaki-Nya. Benar sekali ! kerana apa yang ada dilangit dan dibumi serta apa yang ada diantara keduanya mutlak menjadi milik Allah SWT – tiada perkongsian dengan makhluk dari apa sudut sekalipun.

Dengan yang demikian yang berkuasa memasukkan makhluk – jin dan manusia kedalam rahmat-Nya juga adalah Dia sendiri sepertimana firman-Nya yang bermaksud ‘Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya’ (al-Insan : 30-31).

Jika hendak dijelaskan dengan agak lebih terperinci lagi, maka firman Allah SWT dalam surah Al-Imran bermaksud ‘Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya supaya kamu mendapat rahmat’ sudah lebih dari mencukupi kerana ayat suci Al-Qur’an ini dengan jelas sekali memberitahu kita bagaimanakah caranya untuk mendapat rahmat.

Dalam bahasa yang mudah untuk difahami, mendapat rahmat Allah SWT adalah tujuan atau destinasi terakhir perjalanan. Justeru perlulah dicari dan dikenal pasti pula jalan manakah yang perlu dilalui, juga perlulah diketahui dengan terperinci akan ciri-ciri jalan yang bakal akan dilalui supaya kita boleh sampai ketempat yang dituju dengan selamat, jika boleh secepat yang terdaya.

Pada pendapat penulis, dalam bicara mendapat rahmat dari sisi Allah SWT, inilah maksud firman Allah SWT bermaksud ‘Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).’ (al-Kahfi : 83-84).

Mudah-mudahan kita akan mendapat faedah dari firman Allah SWT bermaksud ‘ Bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan yang di bumi. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). Kepunyaan-Nya (kepunyaan Allah) kerajaan langit dan bumi, Dia (Allah) menghidupkan dan mematikan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa). Dia (Allah) adalah al-Awwalu (Yang Awal) dan al-Akhiru (Yang Akhir), dan al-Zahiru (Yang Zahir) dan al-Batinu (Yang Batin). Dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arash. Dia (Allah) mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia (Allah) beserta kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah terhadap apa yang kamu kerjakan adalah al-Basir (Maha Melihat). Kepunyaan-Nya (kepunyaan Allah) kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah dikembalikan segala urusan. Dia (Allah) yang memasukkan malam ke dalam siang, dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) akan isi dada. Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya (Rasul Allah), dan nafkahkanlah sebahagian daripada apa yang Dia (Allah) telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang yang beriman antara kamu dan menafkahkan, bagi mereka pahala yang besar.’ Al-Hadid : 1-7)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Nov 16, 2011 6:50 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Hakikat Kenabian

Firman Allah SWT bermaksud ‘Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): “Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”.Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali’. (Al-Baqarah : 124-126).

Allah SWT telah melantik Nabi Ibrahim AS sebagai pemimpin dan kerana adanya sifat kasih yang sememangnya telah menjadi fitrah kepada seorang bapa, maka dia semestinya bermohon juga untuk anak cucunya yang hidup dibelakang hari. Maka diapun memanjatkan doa kehadrath Tuhan supaya dikurniakan kelebihan atau penghormatan kepada anak cucunya sekali. Dan sememangnya Allah SWT itu adalah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Memakbulkan doan, lalu diperkenankan-Nya pemohonan kekasih-Nya, maka berjalanlah makbul itu sehingga kini dan selamanya sehingga datangnya hari Kiamat Besar kelak.

Sesungguhnya janji Allah SWT itu benar dan apabila diperhatikan dengan renungan mata hati dengan akal yang sihat, sudah teramat jelas kepada kita bahawa permulaan rahmat kepada semua anak cucu Nabi Ismail AS dan Nabi Ishak AS bermula dengan doa bapa mereka, yakni nabi Ibrahim Khalilullah - bapa atau imam agama Islam yang mulia ini.

Lihatlah kepada fakta sejarah pula – Syeikh Abdul Qadir Jailani, Saidi Ahmad Idris, Syeikh Abu Hassan As Syazili, Syed Ahmad Badawi, Tok Kenali, Tok Paloh, Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sharif Hidayatullah dan ramai lagi tokoh-tokoh sufi tersohor, kesemua mereka adalah dari bermula dari nasab ini. Dan pada hari ini pula, rata-rata pemimpin dari kalangan sultan negara ini dan beberapa orang pemimpin dan ahli-ahli korporat yang berjaya mempunyai susur galur yang sama, iaitu dari golongan-golongan ahlul-bait.

Dan Imam Mahadi yang bakal diutuskan menjadi pemimpin pada waktu hampir kiamat juga dari kalangan ahlul-bait.

Diambil dari lipatan sejarah pula, terdapat bukti menunjukkan kebenaran atas perkara ini terutama dizaman negara jiran Indonesia dijajah oleh Belanda. Golongan ahlul-bait ini sentiasa menjadi sasaran pihak Belanda untuk dihapuskan kerana mereka menyedari akan hakikat kenabian dan percaya pula pada kebenarannya.

Rujuklah banyak buku yang beredar dipasaran, kelak kita akan melihat kebenaran fakta yang penulis sebutkan lantas membenarkan firman Allah SWT diatas.

Inilah salah satu kelebihan kitab Suci Al-Qur’an yang menjadi mukjizat terbesar Rasulullah SAW dan barangsiapa yang benar-benar beramal dengannya Insya Allah pasti akan mengakui kebenarannya.

Kerana inilah juga maka tidak hairanlah mengapa Imam Ahmad Hambal tampil tanpa ada rasa takut dan gentar mempertahankan Kitab Suci Al-Qur’an apabila dizaman pemerintahan Muktazilah, ada ulamak-ulamak berpegang bahawa kitab Suci Al-Qur’an adalah baharu.

Didalam Kalam yang Qadim dan lisan Rasulullah SAW inilah terhimpunnya segala rahsia langit dan bumi, nyata dan tersembunyi yang perlu digali dan dipelajari sambil memohon kepada Allah SWt supaya diberikan kefahaman dari sisi-Nya.

Bagi mukallaf-mukallaf yang mengaku beriman sepatutnyalah mereka merasa takut lagi gementar apabila dalam kesedaran atau sebaliknya mengada-ngadakan dusta atas nama Allah SWT dan nabi-nabi lagi Rasul utusan Tuhan Semesta Alam.

Maka beruntung sangatlah bagi orang-orang beriman itu merasa gementar apabila dibacakan ayat-ayat suci dari kitab suci Al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT bermaksud ‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga)’ (Al-Anfal : 2-4)

Manalah mungkin orang-orang yang sebegini tergamak untuk mendustakan ayat—ayat Allah SWT dan nabi serta rasul utusan-Nya kerana laknat yang besar lagi tidak terperi azabnya bakal akan menanti kepada barangsiapa yang sanggup untuk melakukan dusta terhadap Kalam yang Qadim yang Maha Tinggi dan lisan nabi yang mulia disisi Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT bermaksud ‘Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan, -Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar’ (al-Haqqah : 38-52).
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Today at 10:53 pm

Back to top Go down
 
ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3
 Similar topics
-
» MENELISIK KEBOHONGAN hadis ttg JARAK BUMI - LANGIT -(???) ARSY
» Apa sih perbedaan antara Katolik vs Protestan itu?
» khusus buat muslim bahas tentang hadits matahari berada di antara 2 tanduk setan dan Ar Rahmaan 17
» Beda Hadits dengan Sunnah
» JEHOVAH WITNESSES...SAKSI YEHUWA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERUBATAN ISLAM :: Agama :: dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku-
Jump to: