PERUBATAN ISLAM JARAK JAUH
 
HomepijjCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sun Dec 26, 2010 6:57 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah ciptakan jin dan manusia bagi tujuan beribadat kepada-Nya seikhlas-ikhlasnya dan bagi sesiapa dari kalangan dua makhluk ini yang engkar serta terus-terusan hidup dalam kesombongan terhadap pencipta-Nya maka disediakan neraka sebagai tempat kembalinya diakhirat kelak. Kepada mereka yang terus menolak iman, islam dan ihsan maka kekallah mereka diseksa didalam neraka dan menjadilah mereka teman karib kepada batu batan sebagai bahan bakar api neraka sebagai mana firman Allah SWT bermaksud “Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam” ( al-Jin : 14-15).

Ukuran bagi memasuki syurga Allah SWT bagi manusia dan jin terletak pada timbangan antara pahala serta kembarnya dosa dan tauhid atau syirik. Kedua-duanya, tauhid dan pahala serta syirik walaupun diceritakan secara berasaingan akan tetapi ia mesti berjalan secara beriringan. Keduanya diukur daripada apa yang dilahirkan melalui lisan, kemudian perbuatan dan juga apa yang terbit dari hati nurani.

Sesuatu perbuatan yang dibebankan keatas mukallaf beragama Islam dengan tiada diberi pilihan diberikan nama khas yakni wajib mengikut hukum feqah dan diberi ganjaran dinamakan pahala kepada barangsiapa dari golongan mukallaf beragama Islam apabila mereka kerjakan dengan sempurna rukun dan syaratnya. Rukun dikira sesuatu yang dituntut untuk dikerjakan samada melalui lisan atau perbuatan manakala syarat menjadi penghalang kepada perkara-perkara yang wajib menjadi sah atau sebab yang menjadikan perkara-perkara yang wajib pula menjadi batal.

Mengikut hukum feqah perkara-perkara yang dinisbahkan kepada wajib dan hukm-hukum yang lain (haram, sunat dsb) ditentukan dengan adanya wajah atau dalam bahasa umumnya tubuh badan bermakna nampak dengan penglihatan yang zahir.

Tauhid pula tidak disuku-sukukan kepada beberapa hukum sebagaimana hukum feqah (wajib, haram dsb) dan ia tidak juga dapat ditentukan dengan melihat perbuatan seseorang kerana ia merupakan pekerjaan batin atau kerja hati seperti yang biasa disebutkan oleh kebanyakan orang - nyata pada penglihatan dan pendengaran ; keadaan yang sama juga dengan penilaian hukum feqah.

Beberapa dalil yang sabit dengan maknusia dan jin yang diseksa didalam salah satu neraka iaitu Neraka Saqar. Firman Allah SWT bermaksud “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada yang dikerjakannya, Kecuali puak Kanan, di dalam Syurga, mereka bertanya-tanya, Tentang orang-orang yang bersalah,: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan”. (al-Mudatthir : 38-46).

Dari firman Allah SWT diatas jelas kepada kita manusia dan Jin yang bakal dihumban dan diseksa dalam neraka adalah berpunca dari sifat-sifat tercela yang ada lalu menjadi sultan dalam diri mereka sendiri supaya meninggalkan apa-apa yang telah menjadikan kewajipan keatas diri mereka.

Bertauhid ataupun syirik seseorang itu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dipastikan berbanding dengan perlaksanaan hukum-hukum feqah kerana ia menempati satu kawasan yang meliputi seluruh anggota tubuh badan zahir dan batin yang tidak kelihatan pada penglihatan mata kasar. Ia merupakan satu ilmu yang perlu difahami dan seterusnya diyakini dengan tahap keyakinan yang tinggi kerana dengan keyakinan ini baru seorang dapat merasakan iman dan tauhid ini.


Kerana ini Rasulullah SAW menegaskan bahawa orang-orang Arab dari suku kaum Badwi yang datang berjumpa Baginda masih belum beriman lagi kerana iman itu suatu yang tidka dapat untuk ditunjuk akan tetapi ia dapat dirasa.

Umumnya menerima sesuatu yang berharga tidaklah boleh didapati dengan cara yang mudah, usaha yang kuat secara terus menerus tanpa mengenal putus asa amat diperlukan bagi mencapai apa yang dihajatkan kerana Allah SWT tidak akan mempersia-siakan usaha dan ikhtiar makhluknya yang benar-benar berhajat untuk menuju kepada-Nya. Firman Allah SWT bermaksud “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya” (al-Ankabuut : 69).

Jikalau pahala atau dosa boleh bertambah atau berkurang dan masih tertakluk pada pengampuan Allah SWT akan tetapi tauhid jauh lebih berbahaya disisi Allah SWT –akibatnya, segala pahala yang telah dikumpul begitu banyak sejak bertahun-tahun beramal akan gugur lenyap begitu saja disisi Allah SWT. Kini yang tinggal hanya penat lelah yang tidak terkira sahaja kerana disisi Allah SWT ia tidak punya nilai walau sebesar zarah sekalipun. Bahkan mereka yang berterusan hiudp dalam keadaan mensyirikkan Allah SWT maka tiada tempat lain yang layak bagi mereka untuk dijadikan sebagai tempat persemadian yang abadi melainkan neraka disamping menerima seksaan yang perit tidak terkata sahaja kerana Pemilik tempat ibubapa segala nikmat yang tidak terkata telahpun mengharamkan syurga-Nya.

Firman Allah SWT bermaksud “Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim” (al-Maidah :72)

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Dec 29, 2010 3:03 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Dua perkara adalah jelas apabila disabitkan dengan hukum feqah dan tauhid iaitu perlaksanaan hukum feqah mestilah nyata ada tubuh badan dan terjadi juga pada tubuh badan pelaku itu sendiri manakala tauhid atau syirik pelakunya tidaklah dapat untuk dipastikan dengan sebenar-benarnya kerana ia terletak pada penyaksian atau pengakuan sipelaku itu sendiri. Meskipun kaedahnya tetap sama sebagaimana hukum feqah, ada masanya ia tidak kelihatan pada tubuh badan kerana penyaksiannya terletak pada anggota tubuh yang batin.

Satu contoh mudah, seorang sedang berbicara dengan dengan seorang sahabat yang berada dihadapannya, kemudian dia akan terdiam sebentar. Apabila ditanya oleh kawannya apa yang sedang difikirkannya sebentar tadi, maka jawabnya : ‘tadi aku melihat ibuku yang datang tersenyum kepada ku. Itulah sebabnya aku terdiam seketika !’.

Ada juga perkara-perkara yang telah berlaku sejak dari dahulu dan sehingga sekarang ia masih belum ada jalan penyelsaiannya. Sebagai contoh, perbuatan tawassul dan tabithah yang menjadi amalan golongan-golongan tertentu masih menjadi perbahasan yang mungkin juga tidak akan samapi kepenghujungnya. Kepada yang menyokong serta membenarkan perbuatan ini akan menampilkan hujjah atau dalil yang mereka ambil biasanya dari hadis-hadis Rasulullah SAW dan juga pengakuan yang membenarkan daripada ulamak-ulamak yang mereka yakini kebenarannya. Perkara yang sama juga akan berlaku kepada mereka-mereka yang membantah golongan yang membenarkan perbuatan tawassul dan rabithah ini.

Seperti yang telah penulis sebutkan pada ruangan sebelum ini, biasanya perkara-perkara yang sering menjadi perbalahan-perbalahan diantara beberapa pihak meskipun mereka juga mengimani Tuhan yang satu dan menjunjung sunnah yang satu. Perbuatan yang penulis maksudkan adalah perkara-perkara yang berlaku tapi dikira mustahil untuk ianya berlaku apabila difikirkan dengan menggunakan tilikan akal semata-mata..

Sebagai contoh :- mana mungkin sebatang tongkat apabila dilempar lalu tiba-tiba menjadi seekor ular yang besar atau mana mungkin dengan hanya mengarahkan jari telunjuk sahaja kearah timbunan emas dan permata maka dengan serta merta juga emas serta permata tersebut menajdi debu dan pasir.

Kita boleh menerima perkara-perkara yang berada diluar kotak fikiran itu benar-benar berlaku dengan cara yang benar (tidak syirik) apabila ia diceritakan dalam kitab suci al-Qur’an atau melalui hadis-hadis Rasulullah SAW yang dipercayai tetapi terus menuding jari lalu menetapkan terlaksananya perkara-perkara tersebut adalah kerana sipelaku (bukan dari golongan nabi dan rasul) sebenar-benarnya menggunakan khidmat jin yang ditunggang oleh syaitan. Pada hal dalam al-Qur’an sendiri Allah SWT telah menegaskan berulang kali yang bahawa hanya Dia sahajalah yang memegang tampuk kuasa keatas setiap makhluk samada yang ada dilangit mahupun dibumi dan barang yang ada diantara keduanya.

Antara firman Allah SWT berhubung dengan perkara ini adalah, firman Allah SWT bermaksud “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat” (al-Hijr : 39-42).

Firman-Nya lagi bermaksud “Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tiadalah engkau mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka; cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengasihani kepada kamu” (al-Israa’ : 63-66)

Perkara yang sama diulangi lagi oleh Allah SWT melalui Kalam-Nya bermaksud “Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman. Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka”. (Saba’ : 20-22).

Dari keterangan diatas jelas sekali kepada kita benarlah bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang memegang tampuk kuasa secara mutlak dan sepatutnyalah kita bergantung dan berserah bulat-bulat kepada-Nya dalam apa juga urusan kerana tidak akan bergerak meskipun sebesar zarah tanpa izin-Nya. Firman Allah SWT bermaksud “Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan” (al-Hadiid : 2-5)

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Dec 29, 2010 9:42 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW berada dalam dua lembaran penting iaitu kitab suci al-Qur’an dan juga sunnah yang merangkumi percakapan, perbuatan dan Baginda membenarkan gerak geri dan tingkah laku para sahabat meskipun tidak ada lisan membenarkan kedengaran lidah Baginda sendiri. Kerana inilah Baginda menegaskan selagi umat Islam menjadikan al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan ikutan secara menyeluruh dalam kehidupan seharian mereka walau dalam apa juga keadaan, mereka pasti dalam keadaan dipelihara Allah SWT dan diangkat pula darjat mereka disisi Allah SWT.

Mereka yang bersikap, berpendirian dan berpegang kepada keduanya pastinya akan mendapat pengiftirafan yang tinggi daripada Allah SWT - sebagai makhluk terbaik lagi mendapat keredhoan Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya”. (al-Bayyinah : 6-Cool

Yan demikian adalah janji Allah SWT dan sesungguhnya janji Allah SWT adalah teramat benar !.

Setiap perkara atau perbuatan yang dituntut atau dilarang atau diberi pilihan untuk dilakukan akan diberikan satu nama dan pada nama tersebut terlaksanalah perbuatan dalam bentuk gerak diam dan kemudiannya disusuli dengan kelakuan bagi melengkapkan penciptaan Allah SWT.

Sebagi contoh berbagai nama pokok, buah-buahan, daun-daun, biji, akar umbi yang menjadi makanan atau digunakan sebagai berbagai jenis ubat-ubatan dan juga berbagai jenis kenderaan yang kita gunakan untuk membawa manusia dan barang keperluan mereka bergerak kesana kemari samada didarat, lautan ataupun diudara - semuanya telah diberikan nama dalam berbagai bahasa. Samada kita faham atau tidak bahasa yang berbagai itu bukan pula menjadi masaalah disisi Allah SWT, akan tetapi yang penting semua nama-nama yang berbagai-bagai ini sebenarnya datang dari Allah SWT sabit dengan sifat Maha Mengetahui samada perkara-perkara yang nyata ataupun yang ghaib.

Selain daripada nama-nama yang apabila disebut terus saja mendatangkan kefahaman kepada manusia, ada juga diantara nama-nama tersebut yang bersandar kepada pelakunya dan apabila dilakukan barulah nyata kepada kita akan makna sebenarnya. Apabila ada pelakunya melakukan perbuatan tersebut maka nyatalah perkara dua perkara iaitu sebab serta akibat, keduanya mempunayi pertalian rapat dengan hukum syarak – feqah akidah.

Sebagai contoh puasa mengikut bahasa menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi mengikut agama Islam puasa membawa pengertian dan maksud yang lebih luas kerana ada perkara-perkara selain dari makan dan minum yang termasuk dalam pengertian puasa, apabila dilakukan apa yang ditegah dengan sengaja maka akan batallah ibadah puasa tersebut.

Begitu dengan sembahyang, walaupun telah ditetapkan ada dua jenis sembahyang – fardu dan sunat, namun rukunnya (rukun 13) sama sekali tidak berubah.

Setakat niat yang hidup didalam hati tapi sekiranya perlaksanaan dua rukun utama yang lain tidak berjalan seiringan maka tidak dikatakan sembahyang seperti yang diperakui dalam agama Islam kerana yang dikatakan sembahyang itu berdiri tiga rukun tersebut – ada niatnya, nyata perbuatannya dan didengar akan segala bacaannya, maka barulah dikatakan berdirilah sembahyang serta sah disisi hukum feqahnya.

Contoh lain - Minum adalah satu perbuatan umum yang disabitkan dengan air yakni bersifat cair tetapi kepada umat Islam mukallaf dari sudut hukum feqah ia menjadi haram apabila yang cair itu dinamakan arak, ia menjadi haramlah untuk kali kedua apabila ia diperolehi dengan cara dicuri, disamun ataupun dirompak.

Dari contoh rengkas ini mudah-mudahan kita diberikan Allah SWT kefahaman tentang apa yang dikatakan nama serta kegunaan/keperluannyanya.

Inilah maksud firman Allah SWT bermaksud “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?” (al-Baqarah : 31-33)

Bukanlah menjadi masaalah jika diperhatikan ada berbagai cara orang minum akan tetapi yang penting untuk kita fahami adalah tiga perkara : apakah air, apa pula gunannya dan apakah keperluannya dan dimanakah nyatanya guna dan keperluan tersebut, akhir sekali penilaian atau penetapan yang telah diperakui dalam agama Islam.

Fakta penting yang perlu diketahui adalah - ada berbagai nama dan bagi setiap nama pula telah ditetapkan kegunaan atau keperluannya yang tersendiri namun bagi menghasilkan manafaat atau pun mudarat ia perlu ada pelakunya dan mestilah nyata pula perbuatannya dan didengari akan kalamnya lalu diberi penilaian dari sudut hukum syarak – feqah dan akidah. Sekiranya tiga perkara ini tidak terjadi maka nama tersebut akan menjadi tidak lengkap dan mustahil Allah SWT menjdaikan setiap sesuatu itu sia-sia.

Justeru atas dasar inilah dikatakan agama Islam itu berdiri atas tiga sendi utama – membenarkan dihati, dikerjakan dengan perbuatan sambil dikirarkan dengan lisan.

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Dec 30, 2010 8:32 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Masih berkisar tentang nama. Firman Allah SWT bermaksud “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Hadiid : 1-2)

Inilah hakikat, mahu tidak mahu terimalah bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT, lagi yang Maha Berkuasa melakukan apa saja mengikut apa yang telah ditetapkan juga mutlak menjadi milik Allah SWT. Tidak ada sebarang sekutu meski sebesar zarrahpun apabila hendak disabitkan dengan kekuasaan Allah SWT berbanding makhluk yang ada dilangit dan juga dibumi hatta kesemua mereka berkumpul dan bersatu sepenuh tenaga, tetap juga tidak mampu untuk menandingi kekuasaan Allah SWT yang tidak ada batasnya.

Justeru apabila dikatakan nama mestilah ada yang yang memberikan, pasti ada yang menciptakan, pasti ada yang memeliharanya dan pasti juga ada yang menetapkan sesuatu pada nama tersebut. Ketahuilah bahawa Dialah Zat Wajib Wujud yang mengambil nama tertinggi dari segala yang bernama iaitu Allah yang bersifat Maha Suci dari segala kekurangan lagi Maha Tinggi kerajaan-Nya meliputi langit dan bumi. Dialah Allah SWT yang Maha Hidup tidak mati, Maha Berkuasa atas segala sesuatu seperti firman Allah SWT bermaksud “Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Hadiid : 3)

Dialah Allah, Zat yang bersifat kekal dan akan kekallah apa-apa yang dimiliki-Nya sampai bila-bila. Sebagai contoh arak. Dialam dunia ini arak menjadi satu jenis minuman yang tetap akan menjadi haram dari sudut hukum feqah apabila diminum oleh umat Islam mukallaf dengan sengaja. Akan tetapi mereka yang mendapat rahmat Allah SWT untuk menduduki syurga Allah SWT, mereka juga akan menikmati minuman arak tetapi telah dihilangkan sifat yang mengakibatkan mereka yang meminumnya menjadi mabuk.

Maka mengertilah kita bahawa nama itu akan menjadi kekal disisi Allah SWT dan ia akan kekal selama ada Zat kerana nama tersebut adalah milik Zat Yang Wajib Wujud.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir manusia tidak memerhatikan perkara ini sehingga timbullah berbagai-bagai masaalah kerana terlepas pandang akan perkara yang dianggap remeh ini.

Sekiranya slogan-slogan seperti ‘Tahun Rasuah Sifar” atau ‘Tahun Membasmi Kemiskinan’ atau ‘Tahun Bebas Dadah’, sekiranya tidak diberikan perhatian yang sepatutnya oleh pihak-pihak tertentu maka ia akan mengakibatkan lebih banyak mudarat berbanding dengan manafaatnya.

Mana mungkin makhluk yang bersifat lemah lagi dalam keadaan melakukna dosa secara terus menerus boleh menghapuskan atau memerangi sesuatu yang telah ditetapkan akan adanya disisi Allah SWT kerana ia berlawanan sama sekali dengan sifat-Nya yang tidak menghadapi kebinasaan.

Justeru samada sedar atau tidak manusia yang mengaku sebagai seorang Islam lagi Beriman telah menjadi sebahagian dari makhluk yang dimaksudkan Allah SWT seperti yang dirakamkan dalam al-Qur’an. Firman Allah SWT bermaksud “Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya” (Yasiin : 77)

Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh nabi Adam AS melalui firman Allah SWT bermaksud “Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” (al-‘Araf : 23)


Telah dikatakan bahawa pada manusia itu yang ada hanyalah usaha dan ikhtiar dan kedua-duanya juga masih berada dibawah takluk makbul dan makbul itu juga menjadi hak mutlak Allah SWT. Adalah menjadi tugas kita memohon kepada Yang Memilki Segala Sesuatu supaya diringankan segala bebanan yang ditimpakan keatas kita atau memohon supaya dikurniakan kelancaran lisan supaya dapat kita menyampaikan maklumat yang berkait dengan akibat buruk gejala-gejala seperti rasuah, kemiskinan tegar, pergaulan bebas atau akhlak-akhlak tercela yang kini menyerang masyarakat beragama Islam diseluruh kampong, pecan, bandar tak kira kecil atau besar.

Menjadi objektif yang terlalu sukar atau juga ia akan menjadi satu misi yang mustahil untuk dicapai kerana telah tetap menjadi sunatullah bahawa Allah SWT jugalah yang mengurniakan manafaat dan Dia juga yang menimpakan mudarat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya sebagai mana sabda Rasulullah SAW dalam hadis perjalanan ahli syurga dan ahli neraka yang telah penulis muatkan pada ruangan terdahulu.

Ingatlah bahawa setiap daripada kita mempunyai tugas, salah satu darinya adalah untuk menyampaikan, lalu sampaikanlah berita gembira dan peringatan dengan terang, jelas lagi nyata. Tidak akan mampu sama sekali bagi manusia yang miskin, hina, lemah lagi bodoh ini untuk menghapuskan apa-apa yang telah ditetapkan akan adanya oleh Allah SWT, apalagi untuk menentangnya kekuasaan-Nya.

Wassalam.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Mon Jan 03, 2011 8:43 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera
Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Disisi agama Islam apabila sesuatu perbuatan itu dikerjakan atau ditinggalkan, ia akan disandarkan pada dua perkara – pada hukum tafsili dan hukum wadh’I yang dijadikan sebagai sebab untuk disabitkan samada sah atau batalnya perbuatan tersebut. Selain daripada dua hukum ini terbit satu lagi penilaian, iaitu iman dan terakhir dilihat pula dari sudut tauhid atau syiriknya.

Terdapat perbezaan antara iman dan tauhid yang perlu diketahui kerana terdapat perbezaan yang nyata antara keduanya.

Perkara pertama yang mesti ada dalam setiap perbuatan adalah nyata ada gerak dan juga ada diamnya. Contoh mudah adalah rukun-rukun yang telah ditetapkan dalam ibadah sembahyang. Kerana itu dikatakan dalam sembahyang mesti ada tiga rukun utama iaitu rukun qalbi, rukun fekli dan rukun qauli. Pada rukun qalbi, niat sembahyang nyata pada kehendak yang terbit dari hati, rukun fekli pula betul atau tidaknya rukun tersebut akan nyata pada kelihatan manakala rukun qauli pula akan dibenarkan pula pendengarannya.

Apabila dinyaringkan suara, perkara pertama mestilah ada pergerakan pada bibir dan akan dibawa pula suara orang yang berkata-kata tadi kepada orang yang mendengar atau pada diri sendiri. Apabila sampai suara tersebut kepada orang yang mendengarnya, kini nyatalah satu lagi fungsi sifat kesempurnaa Allah SWT iaitu sifat ilmu kerana telah ada syarat-syarat khusus yang telah dpersepakati oleh ulamak yang dibenarkan lagi diperakui kaedah cara-cara yang dwajibkan semasa kita melaksanakan rukun qauli tersebut - sebagai contoh semasa membaca surah al-Fatihah misalnya .


Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati; lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia” (al-Fatiir :9)

Ayat suci al-Qur’an diatas jelas sekali menunjukkan sifat kuasa atau kudrat, salah satu dari sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT. Kita hanya melihat awan yang bergerak dari satu tempat kesatu tempat, tetapi tidaklah kita nampak apakah yang menyebabkan sehingga ia bergerak. Justeru disini kita memahami yang dikatakan sebab sahaja, akan tetapi kita tidak melihat ‘sebab’ itu sendiri. Melalui kitab suci al-Qur’an maka yakinlah kita bahawa yang menggerakkan awan tersebut adalah angin. Maka kini yakinlah kita bahawa anginlah yang menggerakkan awan tersebut.

Selanjutnya tanyalah kepada diri kita sendiri pula – siapakah yang menciptakan angin ?. Pasti jawabnya Allah SWT !.

Kemudian kita perhatikan pula siapakah yang membawa awan tersebut ketempat yang kering kontang lalu menurunkan hujan sehingga suburlah kembali tanah-tanah yang sebelum ini tidak boleh digunakan untuk bercucuk tanam ? Siapakah tahu tempat-tempat yang kering kontang tersebut dan terdapat manusia-manusia yang memerlukan sumber untuk bercucuk tanam ? Pasti jawabnya Allah SWT !.

Kebanyakan manusia tidak dapat melihat angin tapi dapat membenarkan kesan daripadanya. Lalu dikatakan angin menggerakkkan awan. Orang tua-tua pula berkias - masakan pohon bergerak kalu tiada angin meniup.

Lalang bergerak ditiup angin, lalu kita melihat ia bergerak ketimur atau kebarat atau kadang-kadang keutara atau keselatan. Tanyalah pada diri kita, bagaimana kita boleh mengatakan lalang tersebut bergerak kearah timur atau barat atau utara atau selatan ? Jawabnya melalui penglihatan kita yang melihat ia bergerak-gerak dan dengan ilmu pula kita mengetahui arah-arah tersebut.

Secara rengkasnya kini, bolehlah dikatakan umum yang dimaksudkan perbuatan adalah nyata pada penglihatann ada gerak dan diam. Dan bukanlah dikatakan perbuatan sekiranya tiada nyata atau tiada kelihatan pada penglihatan mata yang zahir jika tiada gerak dan diam.

Daripada gerak dan diam inilah pula nyata perkara yang kedua iaiatu perbezaan. Perbezaan ini pula akan disandarkan kepada nama dan daripada sinilah lahirnya hukum syarak pada cabang yang pertama iaitu hukum feqah. Dan kebanyakan perbuatan yang kita perbuat setiap hari akan disandarkan kepada hukum feqah ini – wajib, sunat, haram, makruh, harus atau halal.

Apakah yang akan berlegar difikiran kita apabila kita didatangni oleh seorang sambil memberitahu – misalnya ‘aku baru minum nasi’ atau ‘aku baru makan air suam’ !.

Tapi kita boleh menerima tanpa berkedut dahi sekiranya orang yang kita pelawa makan bersama menolaknya dengan berkata – ‘aku dah kenyang , baru sebentar tadi aku makan mee mamak dengan teh ‘o’ limau !’.

Maka kini fahamlah kita bahawa ada masanya nama boleh berdiri tanpa memerlukan sandaran syariat manakala dimasa yang lain ia akan difahami apabila ia disandarkan pada perbuatan yang khusus yang telah ditetapkan sehingga nyatalah nama tersebut.

Inilah maksud firman Allah SWT bermaksud “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar” (al-Baqarah : 31)

Dan daripada sinilah nyata hakikat tauhid pada ilmu pengetahuan dengan adanya pengakuan dari sekelian malaikat, sebagaima firman Allah SWT pada ayat seterusnya pada surah yang sama. Firman Allah SWT bermaksud “Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Wassalam

Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Jan 25, 2011 11:01 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Terdapat tiga jenis kalam – kalam berhuruf, kalam bersuara dan terakhir kalam tak berhuruf dan tak bersuara. Kalam berhuruf nyata pada perbuatan kerana dengan penglihatan dapat dibezakan antara ‘A’ atau ‘B’, ‘Alif’ atau ‘Ba’ dan begitulah seterusnya. Manakala kalam bersuara pula nyata pada pendengaran kerana melalui pendengaranlah diketahui samada sah atau batalnya sesuatu yang kita dengar.

Contoh dalam sembahyang – yang membatalkan bacaan Al-Fatihah adalah mengubah makna yang terletak pada huruf dan bacaannya. Mengubah makna terletak pada dua perkara, pertama apabila bacaan imam yang didengar oleh makmum (sembahyang berjemaah yang dinyatakan bacaan Fatihah) tidak seperti yang telah ditetapkan oleh hukum syarak dan kedua bacaan tersebut mesti berdiri pada huruf.

Justeru disini fahamlah kita mengapa dikatakan beriman pada kerasulan nabi Muhammad SAW adalah kita mempercayai dengan kepercayaan yang sempurna bahawa dia adalah seorang utusan Allah SWT dari kalangan manusia biasa laki-laki yang tidak tahu membaca dan juga menulis ataupun biasa disebut ummi. Apapun yang kalam yang keluar melalui lisannya adalah sebenar-benarnya wahyu dari Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Katakanlah : Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” (al-Kahfi : 110)

Wahyu pula adalah kalam yakni salah satu daripada sifat kesmepurnaan Allah SWT yang bersifat Qadim atau azali. Kepercayaan inilah yang telah dipertahankan oleh Imam Ahmad Hambal semasa pemerintahan al-Makmum yang berpegang pada iktikad Muktazilah yang percaya bahawa Al-Qur’an adalah baharu ataupun makhluk. Inilah juga ciri-ciri utama mereka-mereka yang berpean pada iktikad Muktazilah.

Fungsi utama kalam berhuruf adalah menerangkan tentang nama tetapi masih lagi tidak nyata atau lengkap. Hanya apabila ia bergabung dengan kalam bersuara barulah nyata perbuatan dan dari perbuatan inilah nyata gerak dan diam. Setelah nyata gerak dan diam inilah baru menjadi lengkap nama tersebut dan akan disandarkan kepada hukum feqah yang disertai dengan akidah . Lengkap ini yang dikatakan kesempurnaan dan apa saja yang ada dimuka bumi ini telahpun diajarkan Allah SWT kepada nabi Adam AS melalui firman-Nya bermaksud “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” (al-Baqarah : 31)

Sebagai Pemilik yang abadi, adalah menjadi hak mutlak Allah SWT sahaja untuk menyatakan nama-nama tersebut menjadi satu perbuatan, samada ia berdiri dengan sendiri atau ia disandarkan pada nama-nama lain untuk ia menjadikan ia lengkap. Akan tetapi perkara asasnya tetap satu iaitu yanta ada gerak dan diam, diperjelaskan melalui firman-Nya bermaksud “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” (as-Saffat : 96).

Justeru hari ini kita lihat dengan mata kepala kita sendiri akan sifat Maha Kaya lagi Maha Mendalam Ilmu Allah SWT apabila kita perhatikan apa yang ada disekeliling kita. Bukankah semuanya untuk manfaat manusia sejagat, cuma cara manusia menfaatkan ciptaan-ciptaan tersebut sahaja yang akan membezakan samada dia akan beroleh kebaikan atau sebaliknya. Inilah maksud firman Allah SWT bermaksud “Katakanlah: Allah yang menciptakan kamu dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur” (al-Mulk :23).

Dari maksud firman Allah SWT diatas, mungkin kini jelas apa yang penulis maksudkan kalam berhuruf (penglihatan) dan juga kalam bersuara (pendengaran). Dan peranan hati pula sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera” (asy-Syu’ara : 83-89)

Hati yang selamat sejahtera ditafsirkan oleh para ulamak dari sudut akidah adalah hati-hati yang telah dibersihkan dari sifat-sifat munafik dan juga telah dibersihkan dari segala bentuk syirik – pada Dzat, pada Sifat dan an juga pada perbuatan samada syirik tersebut berbentuk nyata, halus ataupun tersembunyi.

Hati yang dimaksudkan bukankah hati yang berbentuk dan berupa yang sebagaimana yang kita fahami secara umum. Adapun hati yang dimaksudkan melalui firman Allah SWT diatas adalah hati yang berbentuk batin atau ghaib – tiada huruf untuk dirupakan tiadalah juga dapat untuk dinyatakan dengan menggunakan suara untuk menggambarkan tentang bagaimanakah rupanya. Tetapi ada namanya iaitu hati dan ia ada bersama-sama anak cucu Adam laki-laki dan perempuan dan tidak kira apa sekalipun ikutan dan pegangannya bermula dari saat dia menjadi setitik darah sehinggalah nyawanya bercerai dengan jasadnya.

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Mar 05, 2011 10:29 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Iblis dan syaitan
Selain dari dua makhluk ini, Allah SWT ciptakan malaikat, jin, manusia, berbagai jenis haiwan dan bermacam jenis tumbuhan. Tumpuan penulis hanyalah pada jin dan manusia kerana kedua-dua makhluk inilah yang diperintahkan untuk menyembah Allah SWT dengan tidak menyekutukan Dia dengan suatu apapun semasa hidupnya.

Manakala malaikat pula tidak termasuk dalam ketegori ini memandangkan ia dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang taat mengikut apa yang diperintahkan Allah SWT keatasnya, sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah.” (ar-Rad : 11)

Dan tidaklah juga mereka tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan melainkan apa-apa yang diajarakan Allah SWT kepada mereka seperti firman Allah SWT bermaksud “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah : 31-32). Berpandukan dalil inilah dapat dibuat kesimpulan bahawa semeua malaikat yang ada berbuat sesautu hanya dengan perintah Allah SWT.

Sebagai contoh malaikat Jibrail diberikan satu tugas khusus yakni menyampai wahyu dan Israfil meniup sangkala.

Justeru wajib kita beriman dengan iman yang sempurna bahawa ada malaikat yang berada mengawasi segala pergerakan kita yang zahir sepanjang masa. Malaikat Rakib dan ‘Atid akan sentiasa mencatit apa saja yang kita perbuat semasa hidup ini dan lembaran ini akan dibuka semula semasa setiap diri diadili di Hari Pembalasan yakni di Padang Mahsyar dihari Kiamat kelak.

Maka mana-mana yang diberi kurnia Allah SWT dengan sifat Maha Pengasih lagi Maha Pengampun-Nya tidaklah mustahil jika dia dapat mengetahui perkara-perkara yang telah berlaku secara zahir keatas seseorang. Ini hak Allah SWT, terpulanglah kepada manusia untuk menerima atau menolaknya kerana telah dibekalkan akal kepada manusia untuk memikirkan Sifat Kebesaran dan Ketinggian Allah SWT Raja Yang memiliki Kuasa keatas segala Raja yang berkuasa.

Kembali kepada fokus asal – iblis dan kerajaannya serta semua pengikut-pengiktnya dari kalangan jin dan juga manusia.

Kita ulang semula untuk kali beberapanya akan kejadian iblis mengikut apa yang telah terang jelas lagi nyata disebut dalam kitabullah yang Qadim. Firman Allah SWT bermaksud “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, Melainkan Iblis; dia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?. Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang termaklum. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka”. (Al-Hijr : 28-43)

Beberapa perkara yang bakal akan berlaku telahpun ditetapkan ia pasti akan berlaku dan tempuh berlakunya telahpun Allah SWT tetapkan, tiada siapa atau apaun dari kalangan makhluk terutama mereka yang bernyawa mampu atau berkuasa untuk mengubahnya. Satu daripada beberapa banyak ketetpan ini adalah laknat yang akan dikenakan keatas iblis akan berterusan sehingga datangnya hari Kiamat. Kemudian datang pula yang kedua iaitu satu tanggungjawab yang dipikul oleh iblis iaitu menyesatkan manusia keseluruhannya yang diciptakan Allah SWT samada yang ditempatkan dilangit mahupun didunia ini.

Iblis tidak diberikan tanggungjawab berseorangan justeru dia dibantu oleh satu lagi jenis makhluk yang juga telah diciptakan Allah SWT. Makhluk tersebut adalah syaitan. Syaitan-syatan ini adalah darigolongan manusia dan juga jin. Sebagai bukti terdapat syaitan dari kalangan manusia, sebuah riwayat yang masyhur berkaitan dengan fadilah ayat Kusi :-

Pada suatu ketika Abu Hurairah diperintahkan untuk menjaga Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Suatu hari seorang pencuri telah mencuri sedikit makanan daripada Baitulmal. Setelah menyedari perkara tersebut, dengan pantas Abu Hurairah menangkap pencuri tersebut . Pencuri tersebut telah merayu kepada Abu Hurairah supaya dilepaskan kerana dia seorang miskin dan mempunyai ramai anak yang perlu ditanggung. Pencuri tersebut memohon supaya dibebaskan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama baginya. Oleh kerana Abu Hurairah merasa kasihan, beliau telah melepaskan pencuri tersebut sambil memberi amaran supaya tidak lagi melalukan kerja tersebut.

Pada pagi esoknya Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi. Rasulullah berkata "Pencuri tersebut bercakap bohong dan dia akan datang lagi pada malam esoknya.

Pada malamnya Abu Hurairah mempertingkatkan lagi kawalan di sekitar Baitulmal supaya pencuri itu tidak dapat lagi mencuri. Walaupun kawalan diperketatkan pencuri tersebut berjaya juga mencuri makanan daripada Baitulmal. Tetapi nasib pencuri tidak menyebelahinya, dan dia sekali lagi ditangkap. Kali ini Abu Hurairah mengugut akan membawanya kepada Rasulullah. Dengan perasan hiba pencuri tersebut merayu sekali lagi bahawa dia mencuri disebabkan kemiskinan yang dialaminya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kali ini Abu Hurairah merasa kasihan dan melepaskan pencuri tersebut.

Pada pagi esoknya Abu Hurairah menceritakan sekali lagi kepada Rasulullah akan peristiwa yang berlaku pada malam tadi dan beliau telah melepaskanya kerana berasa kasihan diatas rayuan yang dibuat oleh pencuri tersebut. Rasulullah sekali lagi berkata bahawa pencuri tersebut juga berbohong dan akan datang lagi pada malam ini untuk mencuri.

Pada malamnya Abu Hurairah sekali lagi mengetatkan kawalan supaya puncuri tersebut tidak dapat mencuri. Kali ini Abu Hurairah akan lebih berhati-hati. Setelah menunggu agak lama ternampaklah bayang-bayang pencuri tersebut datang dan mencuri makanan dari Baitulmal. Pada kali ini juga pencuri tersebut dapat ditangkap dan sekali lagi pencuri tersebut merayau seperti malam sebelumnya. Abu Hurairah berkata di dalam hatinya bahawa dia tidak akan memperdulikan rayuan pencuri tersebut serta mengenggam dengan kuat tangan pencuri tersebut. Menyedari keadaan ini pencuri tersebut berfikir bahawa dia tidak akan terlepas pada kali ini dan sudah pasti akan menerima hukuman, lalu dia berkata "Mahukah kamu aku ajarkan beberapa ayat yang sangat berguna". Kata Abu Hurairah "Apakah ayat tersebut". Pencuri tersebut memberitahu " Bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir ayat sebelum kamu tidur nescaya kamu terselamat daripada gangguan syaitan sehingga pagi". Setelah mendengar kata-kata pencuri tadi, Abu Hurairah membebaskan pencuri tersebut.

Pada pagi esoknya, Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan kepada baginda akan peristiwa malam tadi bahawa pencuri tersebut mengajarnya beberapa ayat dan apabila dibaca ianya akan terhindar daripada gangguan syaitan sehingga pagi. Berkata Rasulullah "Apakah ayat tersebut". Abu Hurairah berkata "Ayat tersebut adalah ayat kursi". Berkata Rasulullah "Pencuri itu berkata benar walaupun ia adalah pendusta." Berkata lagi Rasulullah "Tahukah kamu siapa dia pencuri tersebut" Abu Hurairah menjawab "Tidak tahu" "Dia adalah syaitan." kata Rasulullah.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Mar 23, 2011 10:59 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Pengakuan Iblis dan Penetapan Allah SWT

Rata-rata umat Islam yang akhil baligh sedar serta tahu bahawa iblis diciptakan Allah SWT daripada api yang panas menyala-nyala dan hampir kesemuanya juga tahu bahawa iblis adalah satu-satunya makhluk ciptaan Allah SWT yang enggan sujud kepada nabi Adam AS apabila diperintahkan Allah SWT untuk berbuat demikian.

Lantaran keengganannya itu maka menjadilah ia sebagai makluk ciptaan Allah SWT yang tetap dan pasti akan menerima laknat bermula dari saat ia engkar sujud kepada nabi Adam AS sehinggalah datangnya penghujung penghidupan yang sementara ini dan diganti pula dengan kehidupan yang kekal abadi samada nikmat syurga yang tidak dapat digambarkan kegembiraannya ataupun azab nereka yang tidak terperi pedinya.

Perkara ini telah dirakamkan Allah SWT dalam Kalam Qadimnya sebagaimana berikut. Firman Allah SWT bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, Melainkan Iblis; dia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?. Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang termaklum. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka”. (al-hijr : 26-43)

Inilah yang dikatakan salah satu ketetapan yang telah ditetapkan dan tidak akan berubah-ubah – maka tetaplah iblis berada dalam laknat Allah SWT sehingga datangnya hari Kiamat Besar kelak yang hanya Allah SWT Tuhan seru sekelian alam saja yang bila akan terjadinya kerana Dialah penyandang Yang Maha Mengetahui samada yang nyata dan juga yang tersembunyi.

Akan tetapi apakah pengajaran yang boleh kita terima dan seterusnya kita jadikan ia sebagai perisai atau pakaian yang dapat dijadikan sebagai dinding agar kita terpelihara daripada segala bentuk tipudaya iblis serta pengikut-pengikutnya dari golongan syaitan, jin dan juga manusia ? Adakah kita sebagai makhluk yang telah ditetapkan Allah SWT sebagai khalifah yang diwakilkan untuk menjaga kehidupan didunia hanya diberi peringatan tetapi tidak pula diberikan cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan dalam bentuk tipudaya yang datang dari kanan, kiri, depan dan juga belakang tanpa ada titik noktnya ini ?.

Sama-sama kita renungkan firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya” (al-Kahfi : 84)

Nah ! disinilah tampak nyata sifat Kasih Sayang lagi Maha Pelindung Allah SWT terhadap makhluk-Nya yang bernama jin dan manusia. Misal mudah - seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan sebagai kerjayanya apabila dewasa, semestinya dia akan memberikan penumpuan khusus kepada mata pelajaran sains dan bukannya sastera. Inilah maksudnya jalan.

Allah SWT telah menjanjijkan khabar gembira kepada makhluk jin dan manusia tentang adanya jalan yang boleh diikut menuju kepada penghidupan abadi diakhirat kelak dan kini terpulanglah kepada ,semua mkhluk jin dan manusia untuk mengikutinya.

Bagaimana pula dengan iblis ?. adakah dia juga telah memberikan tip atau panduan kepada makhluk jin dan manusia bagaimana kaedah atau cara yang boleh digunakan bagi mengatasi semua bentuk tipudaya yang bakal akan dilakukan olehnya demi mencapai misinya ?

Sekali lagi sama-sama kita perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka”. (al-hijr : 39-42).

Pada surah yang lain pula perkara ini menjadi lebih jelas kepada kita. Firman Allah SWT bermaksud “Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak mereka dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. Sesungguhnya hamba-hambaKu yang beriman dengan ikhlas, tiadalah engkau mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu menjadi Pelindung mereka. (al-Israa’ : 63-65)

Inilah pengakuan iblis dan penetapan Allah SWT yang kita perlu beri perhatian serapi-rapinya dan janganlah dipandang secara sambil lewa kerana akibat dari meremehkannya amatlah pedih. Inilah nikmat yang amat besar kepada semua makhluk jin dan manusia dan amat tidak patut jika diengkari. Allah SWT mengadakan jalan, iblis pula menerangkan apakah jalan itu dan Allah SWT sekali menetapkan bahawa itulah jalan yang lurus .

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.(Ibrahim : 7)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Mar 24, 2011 7:13 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Tugas iblis dan syaitan

Bermula pengetahuan tentang iblis serta para pengikut-pengikutnya dari kalangan syaitan, jin dan juga manusia hanya diketahui melalui keterangan-keterangan yang terdapat dalam al-Qur’an dan kitab-kitab yang terdahulu serta melalui sunnah Rasulullah SAW. Perkara ini telahpun penulis sebutkan pada paparan-paparan sebelumnya dan penulis ulang lagi firman Allah SWT bermaksud “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” (al-Hijr : 39).

Kemudian pada surah yang lain pula Allah SWT berfirman, maksudnya “Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (al-‘Araaf : 15-17).

Satu persoalan perlu kita ajukan pada makhluk jin dan manusia umumnya dan pada diri kita sendiri khususnya – golongan manakah yang menjadi sasaran utama iblis dan syaitan ini ?. Adakah semua makhluk jin dan manusia dengan tidak mengira anutan atau hanya kepada sekelompok makhluk dari kalangan jin dan manusia sahaja ?

Bagi mencari jawapan kepada persoalan ini, penulis bawakan firman Allah SWT berhubung dengan agama kerana rata-rata manusia berpegang pada agama kecuali puak yang tidak mengaku adanya Tuhan. Firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam….. “ (ali-Imran : 19).

Bermakna barangsiapa yang menganut agama selain dari agama Islam, dengan sendirinya mereka termasuk dalam golongan yang tidak diredhoi Allah SWT tidak kiralah apa jua kebaikan yang telah dilakukan semasa mereka hidup dimuka dunia ini samada zahir ataupun yang berbentuk bathiniah.

Justeru apakah yang membezakan antara agama Islam dengan agama-agama lain yang dianuti oleh berbagai ethnik dan bangsa manusia dan juga makhluk jin yang menghuni langit dan bumi ini ?. Bagi mendaptkan kefahaman mudah, penulis bawakan hadis berikut - Rasulullah SAW bersabda maksudnya “Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

Perhatikan ayat terakhir yang bermaksud “Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian mengajarkan agama kalian”. Maknanya hanya agama Islam sahaja mengandungi tiga elemen utama iaitu Iman, Islam dan Ihsan yang didalamnya terhimpun keterangan-keterangan yang jelas, benar lagi diredhoi Allah SWT.

Justeru beruntunglah makhluk jin dan manusia dari kalangan laki-laki dan perempuan yang beragama Islam kerana mereka berada pada landasan yang benar lagi diredhoi oleh Allah SWT. Kepada mereka dijanjikan syurga dan mereka pula kekal didalamnya sambil menikmati berbagai-bagai rahmat dari Tuhan mereka. Penghuni-penghuni syurga dari kalngan laki-laki dan perempuan akan mendapat apa sahaja yang mereka hajati tanpa bersusah payah berusaha untuk mendapatkannya – hanya dengan mengingati sahaja apa yang mereka kehendaki lalu akan mereka perolehi apa-apa yang mereka hajatkan.

Akan tetapi nikmat tertinggi penghuni-penghuni syurga adalah dapat menatap wajah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang mana tidak mungkin dapat dilihat semasa hidup didunia.

Justeru dari keterangan-keterangan diatas, maka jelaslah kepada kita golongan manakah yang menjadi sasaran utama iblis dan syaitan untuk disesatkan.

Umat Islam dari kalangan laki-laki dan perempuan dari dua golongan iaitu jin dan manusia inilah akan menjadi pilihan utama mereka untuk mereka sesatkan walau dengan apa cara sekalipun
[b]
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Mon Mar 28, 2011 12:20 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah diketahui, difahami dan diyakini dengan yakin yang sempurna bahawa sasaran utama iblis dan syaitan, justeru amat wajar sekali umat Islam berikhtiar mempersiapkan diri dengan benteng yang benar-benar kukuh agar tidak mudah untuk ditembusi oleh musuh-musuh Allah SWT yakni iblis dan pengikut setianya iaitu syaitan. Perlu diingatkan juga bahawa umat Islam boleh saja masuk dalam perangkap yang telh sedia dipasang samada secara sedar atau tidak sedar. Penulis katakan samada secara sedar atau tidak sedar kerana fitrah makhluk jin dan manusia dijadikan dalam keadaan ingat dan lupa manakala sebab menjadi kunci yang bertindak sebagai penutup atau pembuka. Melakukan perkara-perkara baik atau buruk bukanlah menjadi faktor penentu yang akan menyebabkan umat Islam akan terjerumus kedalam tipudaya iblis dan syaitan ini.

Kedua samada manafaat ataupun mudarat juga boleh berlaku dalam keadaan ingat kerana ia adalah akibat dari sebab. Misalanya orang-orang yang terbabait dalam skim cepat kaya. Mereka-mereka yang terbabit dalam skim ini kebanyakannya bukanlah menjadi mangsa, akan tetapi mereka adalah golongan-golongan yang memilih untuk memasuki perniagaan ini secara sukarela, bukannya melalui paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak meskipun tidak dinafikan adanya kedua-dua unsur tersebut.

Ada diantaranya tertarik dengan bermacam-macam cerita berhubung dengan pulangan begitu lumayan dalam masa yang singkat, ada juga yang telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri individu-individu yang telah berjaya atau mungkin juga terdapat diantara peserta-peserta ini sedang berdepan dengan tekanan hidup yang amat mendesak. Semuanya ini adalah sebab yang akan mendorong seseorang menyertai skim-skim bermaklumat kabur ini, meskipun telah diperingatkan berulang kali akan bahayanya oleh pihak berwajib melalui berbagai saluran seperti media cetak dan juga media elekronik.

Inilah salah satu kefahaman kepada firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya” (al-Kahfi : 84).

Akan tetapi jangan pula kita lupa bahawa pada setiap kejayaan ada besertanya kegagalan dan pada setiap kemenangan pasti ada kekalahan dengan taburan peratus yang turun dan naik. Kegagalan dan kekalahan pada hakikatnya boleh dikatakan sebahagian dari ujian yang datang dari Allah SWT jua dan salah satu tujuan utamanya adalah untuk mengajar makhluk manusia supaya menjadi dewasa tapi bukan sempurna dalam serba serbi aspek kehidupan.

Penulis akan ambil beberapa cerita dan peristiwa yang benar-benar telah berlaku pada nabi-nabi lagi rasul yang telah diceritakan Allah SWT melalui Kalam Qadim-Nya perihal nabi-nabi dan rasul pilihan-Nya.

Peristiwa-peristiwa yang bakal disajikan ada yang telah penulis muatkan pada ruangan terdahulu tapi pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini ia kurang menjurus secara khusus kepada objektik sebenar – apakah belitan iblis dan syaitan kepada makhluk jin dan manusia.

Penulis ingatkan pada diri sendiri dan pembaca-pembaca yang dirahmati Allah SWT peristiwa-peristiwa yang akan penulis kongsikan berlaku pada nabi-nabi lagi rasul yang maksum disisi Alllah SWT dan mereka juga tidak berkata dengan nafsu mereka sendiri melainkan apa yang dilihat atau terlihat pada perbuatan mereka dan butiran-butiran yang didengar atau terdengar dari lisan mereka adalah sebenar-benarnya kalam Allah SWT bukanlah bertujuan merendahkan makam kenabian mereka ajuh sekali dar mencela peribadi mereka.

Ambilah cerita-cerita tersebut sebagai contoh tauladan kerana dalam diri nabi-nabi lagi rasul itu ada suri dan tauladan untuk kita jadikan penguat imam, islam dan ihsan.

Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang telah Allah SWT ajarkan semua nama yang ada dilangit dan dibumi beserta apa yang ada diantara keduanya sekali dan telah Allah SWT beritahu kepadanya tentang kegunaannya sekali. Dinilai dari maksud ayat pasti kita yakin bahawa perihal iblis serta pengikutnya iaitu syaitan telahpun diberitahu kepadanya sejak awal lagi. Akan tetapi dia dan isterinya akhirnya tewas kepada tipudaya iblis dan pengikut setianya iaitu syaitan.

Lalu pada makhluk jin dan manusia, apakah pengajaran berguna yang boleh diambil dari peristiwa ini. Pastinya banyak yang boleh diceritakan mengikut kesesuaian masa dan tempatnya kerana ilmu Allah SWT itu Maha Luas sesuai dengan firman-Nya bermaksud “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Luqman : 27).

Pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini, antara benih-benih pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini adalah kesediaan untuk menerima dan mengaku dengan berlapang dada bahawa segala manafaat dan mudarat ini berpunca dari dari makhluk jin dan manusia itu sendiri seperti firman Allah SWT bermaksud “…………..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(ar-Ra’ad :11).

Dengan yang demikian sebagai makhluk yang diciptakan (jin dan manusia), mereka hendaklah beriman dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dan Mahasuci Allah SWT dari sebarang sifat-sifat kekurangan dan berpegang kukuh kepada rukun iman yang ke-6. Menyedari hakikat inilah nabi Adam AS terus saja bermohon ampun dan rahmat Allah SWT dan pada masa yang sama pula menuding pada dirinya sendiri dengan mengatakan bahawa sebenarnya dia yang telah berlaku zalim pada dirinya sendiri.

Lihatlah pada diri kita sendiri – apabila berlaku satu peristiwa penting terutamanya perkara-perkara yang tidak disenangi samada berlaku terhadap diri sendiri ataupun mereka-mereka yang terdekat dengan kita. Berapa kalikah kita mengembalikan mudarat atau musibah yang ditimpakan keatas kita atau orang-orang terdekat lagi kita sayangi ini kepada diri sendiri ?.

Mari sama-sama kita renungkan firman Allah SWT bermaksud “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah : 155-156)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Sep 09, 2011 2:33 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Penulis diruangan ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya ‘Aidil fitri kepada semua muslimin dan muslimat, maaf zahir dan batin.

Apa saja yang diberikan kelebihan oleh Yang Maha Kuasa akan menjadi tumpuan kepada yang sebangsa atau yang sealiran dengannya. Seorang gadis yang cantik para rupanya ditambah dengan baik budi bahasanya akan menjadi siulan kepada pemuda-pemuda yang melihatnya, bahkan ada masanya lelaki yang layak dipanggil bapa atau datuk sekalipun mungkin hilang kewarasan akal fikiran seketika apabila menatap wajah kurniaan Tuhan yang begitu menawan. Malah ada yang boleh terlupa akan dirinya samasekali sehingga tanpa disedari sanggup melakukan perkara-perkara yang luar batasan akal fikiran yang waras. Perkara ini telahpun diceritakan Allah SWT dalam kitab suci Al-Qur’an.

Allah SWT berfirman maksudnya “Maka apabila dia (wanita itu) mendengar celaan mereka itu, diundangnya wanita-wanita itu dan disediakannya untuk mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada mereka masing-masing sebilah pisau, lalu dia (wanita itu) berkata (kepada Yusuf): “Keluarlah engkau kepada mereka.” Apabila mereka (wanita-wanita itu) melihatnya (Yusuf), mereka terpesona dengan (keindahan rupa)nya, dan mereka (tanpa disedari) memotong tangan mereka, dan mereka berkata: “Maha Sempurna Allah. Ini bukan manusia. Ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia. Dia (wanita itu) berkata: “Inilah dia (orangnya) yang kerananya kamu mencela aku. Aku telah merayu kepadanya, inginkan dirinya namun, hatinya tetap teguh. Dan sekiranya dia ingkar kepada perintahku nescaya dia akan dipenjarakan dan dia termasuk orang yang hina.” (Yusuf : 31-32).

Ada bermacam-macam tindak balas dari kedua-dua pihak, pada yang tertarik ia akan akan melakukan berbagai-bagai usaha bagi untuk mencapai apa yang dihajatinya dan akan sampai satu peringkat ia sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT dan rasul-Nya. Akan diikhtiarkan bermacam-macam cara-cara bagi mencapai apa yang dihajatinya, samada baik adatu sebaliknya – ilmu pengasih, ilmu pelaris untuk melariskan perniagaannya bahkan ada yang sanggup mengambil jin yang berada dibawah pengaruh syaitan untuk membantunya, samata-mata untuk memenuhi apa yang dihajatinya dan bermacam-macam lagi.
Kepada yang diberikan kurnia pun ada berbagai-bagai karenahnya, jika nabi Yusuf lebih rela dipenjarakan dari melakukan maksiat, Qarun pula lain perangainya seperti mana yang telah dirakamkan oleh Allah SWT melalui Kalam-Nya;

Allah SWT berfirman maksudnya “Sesungguhnya Qarun adalah daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku aniaya terhadap mereka. Dan Kami (Allah) telah memberikan kepadanya perbendaharaan yang kunci-kuncinya sungguh berat (dipikul) oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri." Dan carilah dengan apa yang Allah dianugerahkan kepadamu itu negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. Dia (Qarun) berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberikan harta itu, kerana ilmu yang ada padaku". Dan apakah dia tidak mengetahui, bahawa Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak pengumpulan? Dan tidaklah ditanya tentang dosanya kepada orang yang berdosa itu. Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun. Sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." (al-Qasas : 76-79).

Lebih dahsyat lagi adalah Fir’aun apabila ia diberikan kuasa, sehingga sampai kesatu peringkat masa ia mengaku dirnya adalah Tuhan !
Firman Allah SWT bermaksud “Adakah sudah datang kepada engkau berita (cerita) Musa?. Tatkala Rab (Tuhan)nya menyerunya di lembah suci Tuwa?. Pergilah engkau kepada Fir’awn kerana dia telah melampaui batas. Maka katakan: “Mahukah kamu membersihkan diri?”. “Dan aku pimpin kamu kepada Rab (Tuhan) kamu supaya kamu takut (kepada Allah). Lalu dia (Musa) perlihatkan kepadanya (Fir’awn) ayat (mukjizat) yang besar. Tetapi dia (Fir’awn) mendustakan dan menderhaka. Kemudian dia (Fir’awn) berpaling, lalu berusaha. Maka dikumpulkannya dan dia (Fir’awn) berseru. Maka dia (Fir’awn) berkata: “Aku adalah rab (tuhan) kamu yang paling tinggi.”. Maka dia (Fir’awn) diseksa oleh Allah di akhirat dan di dunia.” (an-Naziat : 15-25)

Justeru dia sanggup melakukan berbagai-bagai macam kekejaman terhadap rakyatnya, dan yang paling ketara adalah perintahnya supaya dibunuh semua anak lelaki-lelaki yang baru lahir yang dikra segai ancaman kepada tahta perintahannya.

Akan tetapi kepada nabi Sulaiman lain pula jadinya, dia memanjatkan kesyukuran kehadrath Allah SWT diatas kurniaan yang telah diberikan oleh Maha Esa padanya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya mengucapkan: "Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) yang melebihkan kami daripada kebanyakan hamba-hamba-Nya (Allah) yang beriman.” Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Wahai manusia! Kami telah diberi pengertian tentang ucapan burung, dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.” Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Perkenankanlah daku untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu (Allah) yang telah Engkau (Allah) anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku, dan untuk mengerjakan amal salih yang Engkau (Allah) redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu (Allah) ke dalam golongan hamba-hamba-Mu (Allah) yang salih.” (al-Al-Naml : 15-19).

Sehingga bertemu lagi, penulis yang faqir ini ingin berkongsi satu doa yang masyhur dengan para pembaca yanbg dirahmati Allah SWT. Doa ada didalam internet, mudah-mudahan kita sama-sama mendapat berkat darinya dengan izin Allah SWT. Doa yang penulis maksudkan adalah doa nabi Sulaiman, penulis terjemahkan dibawah :


“Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya”.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Sep 15, 2011 1:02 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Sudah semacam menjadi satu fitrah ditetapkan apabila mereka-meraka yang telah dikurniakan Allah SWT kelebihan akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan rasul-Nya dan yang menjadi mangsa pula atau tumpuan mereka adalah saudara-saudara mereka yang kurang bernasib baik – samada dari sudut kebendaan mahupun dari aspek kekuasaan.

Dan perkara-perkara ini akan tetap berlaku berulang-ulang mengikut putaran masa dan akan tetap berulang bahkan yang anehnya perkara yang sama juga kadang berlaku lagi – Cuma pelakunya sahaja yang berbeza. Justeru mengapakah manusia perlu menangisi atau menjadi gusar melihat perkara-perkara yang tidak dinfini berlaku menimpa mereka silih berganti seolah-olah tanpa hentinya ini - bukankah Allah SWT sendiri telah memberikan gambaran yang jelas mengenai dunia dan apa-apa yang ada didalammnya, bermula dari masa Dia hendak menciptakan Nabi Adam sebagai khalifah pertama dimuka ini hinggalah sekarang? Banyak sekali jawapan boleh kita berikan berhubung perkara ini dalam mengakkan hujjah - pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini terhimpuan semua jawapan bagi segala punca-punca yang menjadikan kehidupan dunia ini sebegini rupa – kembali semula pada kitabulah dan sunnah .

Firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat resah gelisah. Apabila dia ditimpa kesusahan dia gelisah. Dan apabila dia mendapat kebaikan dia bakhil. Kecuali orang yang solat. Yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya. Dan orang yang dalam hartanya tersedia hak tertentu. Untuk orang yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa. Dan orang yang membenarkan hari al-din (pembalasan). Dan orang yang takut terhadap azab Rab (Tuhan)nya. Sesungguhnya azab Rab (Tuhan) mereka itu, tidak seorang pun merasa aman. Dan orang yang memelihara kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau yang mereka miliki dengan tangan kanan mereka, maka sesungguhnya mereka itu tidak tercela. Sesiapa mencari yang selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. Dan orang yang menegakkan kesaksiannya. Dan orang yang memelihara solatnya. Mereka itu dalam syurga lagi dimuliakan. (al-Ma’arij : 19-35).


Firman Allah SWT diatas dengan jelas memberitahu ciri-ciri hamba-Nya yang dikecualikan dari sifat-sifat tercela, dan janji Allah SWT itu benar !.

Justeru kita sebagai hamba yang lemah lagi tidak berdaya ini kena bermohon agar akal kita digerakkan untuk memikirkan keterangan-keterangan yang ada pada dua sumber diatas dan bermohon supaya diurniakan rahmat agar kita dihindarkan dari termasuk dalam golongan yang disebutkan.

Bahkan, dalam Al-Qur’an sendiri banyak kali telah disebutkan ciri-ciri mereka yang telah dijanjikan akan diberikan rahmat, antaranya :-

Firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka mendapat petunjuk daripada Rab (Tuhan) mereka kerana keimanan mereka, mengalir sungai-sungai di bawah mereka di dalam jannah (taman/syurga) yang penuh kenikmatan. Seruan mereka di dalamnya (jannah) ialah: “Subhanaka (Maha Suci Engkau), ya Allah!” Dan ucapan hormat mereka di dalamnya ialah: “Salam (selamat sejahtera)!” Dan akhir doa mereka ialah: “Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), Rab (Tuhan) sekalian alam.” (Yunus : 9-10)

Lagi firman Allah SWT bermaksud “Kami (Allah) telah menciptakan mereka dan menguatkan sendi-sendi mereka, dan apabila Kami (Allah) menghendaki, Kami (Allah) menggantikan (mereka) dengan orang yang serupa dengan mereka, sebenar penggantian. Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan, maka sesiapa menghendaki nescaya dia mengambil jalan kepada Rab (Tuhan)nya. Dan kamu tidaklah berkehendak, kecuali jika dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). Dia (Allah) memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (dikehendaki Allah) ke dalam rahmat-Nya (rahmat Allah). Dan bagi orang zalim Dia(Allah) menyediakan azab yang pedih” (Al-Insaan : 28-31)

Firman Allah SWT seterusnya bermaksud “Dan taatlah kepada Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat.” (al-Imran : 132).

Adapun antara kemuncak keimanan kapada Allah SWT dan rasul-Nya adalah petunjuk yang merupakan kurnia dan sebahagian daripada rahmat Allah SWT. Secara rengkasnya Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita bagaimana untuk mendapat rahmat dari sisi-Nya, iaitu dengan mentaati-Nya dan juga para nabi dan nabi lagi rasul yang telah diutuskan dengan tugas khas – memimpin manusia kepada jalan yang lurus.

Wahai saudara-saudara ku yang dirahmati Allah SWT, betapa beruntungnya kita yang dilahirkan kedunia ini sebagai umat yang menganuti agama Islam, kerana pada peringkat mulanya lagi kita telah menjadi umat pilihan Allah SWT kerana telah dipilih untuk berada dalam agama yang diredhoi-Nya, sebagaimana firman-Nya bermaksud “Allah memperjelaskan bahawa tiada Ilah (Tuhan) melainkan Dia (Allah). Demikian juga (penyaksian) para malaikat dan orang yang berpengetahuan (bahawa) Dia (Allah) berdiri dengan keadilan. Tiada Ilah (Tuhan) melainkan Dia (Allah), al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). Sesungguhnya al-din (agama) di sisi Allah ialah Islam. Dan tidak berselisih orang yang diberi kitab itu (Yahudi dan Nasrani) melainkan sesudah datang pengetahuan (keterangan) kepada mereka; semata-mata kerana kedengkian mereka. Dan sesiapa kufur terhadap ayat-ayat Allah, sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya (perhitungan Allah). Jika mereka membantah engkau (Muhammad saw), maka katakanlah: “Aku ‘aslim’ (menyerahkan diriku) kepada Allah, demikian juga orang yang mengikut daku.” Dan tanyakan kepada orang yang diberi kitab itu (Yahudi dan Nasrani) dan kepada orang yang ummi (orang yang buta huruf, iaitu orang Arab kampung): “Sudahkah kamu Islam (menyerah diri?)” Jika mereka sudah Islam (menyerah diri) sesungguhnya mereka sudah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling maka kewajipan engkau (Muhammad saw) hanyalah menyampaikan, dan Allah terhadap perihal hamba-hamba-Nya (hamba-hamba Allah) adalah al-Basir (Maha Melihat). (Al-Imran : 18-20)

Kita ibarat seorang anak yang telah mewarisi kemewahan hidup dan dipandang mulia disisi masyarakat hasil dari usaha ikhtiar kedua orang tuanya. Maka seterusnya apakah yang perlu kita lakukan –memusnahkan apa yang telah ditinggalkan mereka atau menjadikan apa-apa yang ditinggalkan mereka supaya ia lebih baik atau bagaimana ?

Penulis yang faqir ilmu ini mengingatkan diri sendiri dan mengajak saudara-saudaraku yang dirahmati Allah SWT mengambil iktibar dari firman Allah SWT berikut “Katakanlah: "Dia (Allah) yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan dan hati.” Sedikit sahaja kamu yang bersyukur. Katakanlah: "Dia (Allah) yang menjadikan kamu berkembang biak di bumi, dan kepada-Nya (kepada Allah) kamu sekalian dikumpulkan.” (Al-Mulk : 23-24)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Sep 16, 2011 1:26 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Tanggal 16 September, penulis mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia kepada seluruh warga negara Malaysia tidak kira bangsa atau agama !.

Kita teruskan perkongsian ilmu Yang Maha Esa; Allah SWT berfirman maksudnya “Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Rab (Tuhan)nya, dan (demikian juga) orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, para malaikat-Nya (malaikat Allah), kitab-kitab-Nya (kitab-kitab Allah) dan para rasul-Nya rasul Allah). (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan seseorang (dengan yang lain) daripada para rasul-Nya (rasul Allah).” Dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat, ampunkanlah kami, Rabbana (wahai Tuhan kami)! Dan kepada Engkau (Allah) tempat kembali. Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia (manusia) akan mendapat pahala menurut apa yang dia usahakan dan akan mendapat seksa menurut apa yang dia lakukan. (Mereka berdoa): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau (Allah) tuntut kami di atas kelalaian dan kekeliruan kami. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau (Allah) pikulkan ke atas kami beban yang berat sebagaimana Engkau (Allah) telah pikulkan ke atas orang sebelum kami. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau (Allah) hadapkan kepada kami perintah yang tidak mampu kami melaksanakannya, dan maafkanlah (dosa-dosa) kami serta ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau (Allah) jua Maulana (Penolong kami), maka tolonglah kami dalam mengalahkan kaum yang kafir.” (Al-Baqarah : 285-286).

Ingatlah bahawa ilmu Allah SWT itu Maha Luas, meliputi Yang Nyata dan juga Yang Tersembunyi dan setiap dari kita ada bahagian masing-masing dan apa-apa yang diperuntukkan kepada kita adalah sesuai dengan diri dan kemampuan kita sebagai bekalan dalam kehidupan dunia yang sementara ini, mungkin hanya kita yang tidak perasan akan perkara ini.

Juga ingatlah wahai saudara-saudaraku yang dirahmati Allah SWT bahawa kita ini sebenar-benarnya tidak tahu satu apapun melainkan apabila diberitahu dan pada hakikatnya yang memberitahu kita akan sesuatu perkara iatu adalah Allah SWT seperti pengakuan para malaikat melalui firman Allah SWT bermaksud “Dan Dia (Allah) telah mengajarkan (memberikan maklumat) kepada Adam nama-nama (pengenalan yang lengkap) sekaliannya; kemudian Dia (Allah) mengemukakan kepada malaikat, lalu Dia (Allah) berfirman: “Terangkan kepada-Ku (kepada Allah) nama-nama itu semuanya, jika kamu golongan yang benar.” Mereka (malaikat-malaikat) menjawab: “Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Tidak ada pengetahuan kami, kecuali yang Engkau (Allah) ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau (Allah), Engkau (Allah)lah al-’Alim (Yang Maha Mengetahui), al-Hakim (Maha Bijaksana).” Dia (Allah) berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah kepada mereka nama-nama itu semuanya.” Maka setelah dia (Adam) menerangkan kepada mereka (malaikat-malaikat) nama-nama itu semua, Dia (Allah) berfirman: “Bukankah Aku (Allah) telah katakanlah kepada kamu bahawa sesungguhnya Aku (Allah) lebih mengetahui keghaiban semua langit dan bumi, dan juga Aku (Allah) mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.” (Al-Baqarah : 32-33).

Bahkan dalam surah Al-A’la hakikat ilmu ini menjadi lebih jelas kepada kita melalui firman Allah SWT bermaksud “Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi” (Al-A’la : 6-7).

Dan juga setiap dugaan yang ditimpakan keatas kita juga sebenarnya adalah mengikut kemampuan kita untuk menggalasnya, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak zalim. Bergantunglah kepada kita untuk mencari memahaminya dan seterusnya berusaha untuk menanganinya; sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Bagi setiap orang ada penjaga-penjaga yang (sentiasa) mengiringi di hadapannya dan di belakangnya; mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri-diri mereka (sendiri). Dan jika Allah berkehendak mendatangkan keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang berkuasa menolaknya. Dan tidak ada bagi mereka pelindung selain-Nya” (Ar-Ra’ad : 11).

Justeru tak perlu kita merasa khuatir atau terbit rasa iri hati apabila salah seorang dari saudara kita dikurniakan sedikit kelebihan kerana disisi Allah SWT kelebihan tersebut teramat sedikit; sekiranya kita yakin firman Allah SWT yang bermaksud “Dan apabila hamba-hamba-Ku (hamba-hamba Allah) bertanya kepada engkau mengenai Aku (Allah), (katakanlah) sesungguhnya Aku (Allah) hampir; Aku (Allah) perkenankan permohonan orang yang memohon apabila dia bermohon kepada-Ku (kepada Allah). Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (seruan Allah), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku (kepada Allah) supaya mereka mendapat petunjuk (kebenaran).” (Al-Baqarah : 186); tentu sahaja kita akan mendapat lebih kagi dari apa yang mereka dapat tapi dengan membulatkan tekad, tingkatkan usaha kita kerana seperti kata orang-orang tua “yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang leper tidak pula akan datang melayang” !.

Kerana tidak ada satupun yang ada dialam ini menjadi kepunyaan makhluk; baik yang nyata mahupun yang tersembunyi semuanya kepunyaan Allah SWT dan tidak juga dijadikan alam ini melainkan untuk kesejahteraan umat Muhammad.

Apabila ada tujuan disitu ada jalan, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya” (Al-Kahfi : 84).

Lalu dengan akal yang sihat kita mestilah dapat membezakan antara yang wajib dengan yang haram, yang diperintah dengan yang ditegah, oleh yang demikian carilah jalan yang lurus - selurusnya, jalan yang tidak ada bengkoknya walau sedikit sekalipun. Paling tidak kita memohon kepada Allah SWT supaya ditunjukkan jalan yang lurus ini lima (5) kali sehari semasa mendirikan sembahyang fardhu.

Berbagai-bagai tafsir diberikan kepada makna jalan lurus ini, walaubagaimanapun penulis yang faqir ilmu ini memilih beberapa pengertian antaranya yang paling utama dari yang terutama adalah kita hendaklah benar-benar berada dalamm keadaan mentauhidkan Allah SWT dari sebarang syirik sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik.” (Yusuf : 108).

Tauhid biasanya disebut meng-esakan tapi ia tidak semudah seperti diucapkan kerana itu kita diberi peringatan melalui firman Allah SWT bermaksud “Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain” (Yusuf : 106).
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Sep 16, 2011 11:55 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Firman Allah SWT bermaksud “ Bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan yang di bumi. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). Kepunyaan-Nya (kepunyaan Allah) kerajaan langit dan bumi, Dia (Allah) menghidupkan dan mematikan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa). Dia (Allah) adalah al-Awwalu (Yang Awal) dan al-Akhiru (Yang Akhir), dan al-Zahiru (Yang Zahir) dan al-Batinu (Yang Batin). Dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). (Al-Hadiid : 1-3).

Mutlak ! Apa sahaja yang ada dilangit dan dibumi dan barang yang ada diantara keduanya kesemuanya menjadi milik Allah SWT samada dialam dunia mahupun dialam akhirat. Perkara ini telah dismpulkan dalam rangkuman bahasa yang mudah tapi padat pada surah Al-Fatihah, Allah SWT berfirman maksudnya “Alhamdulillah (segala puji tertentu bagi Allah), Rab (Tuhan) sekalian alam. Al-Rahman (Maha Pemurah), al-Rahim (Maha Mengasihani). Yang menguasai pemerintahan hari al-din (hari pembalasan). (Al-Fatihah : 2-4).

‘Dia’ pada terjemahan diatas merujuk kepada Diri Dzat Yang Wajib Ada atau kadang-kadang juga disebut Dzat Wajibal Wujud. Selain dari Dia, semuanya bersifat baharu dan apabila baharu maka ia berubah kerana ia berada dalam keadaan berbilang-bilang yakni dari tiada kepada ada dan mengalami kebinasaan.

Justeru apabila kita dapat menerima dan membenarkan pernyataan diatas, maka tentulah pula dapat kita mengakui bahawa apa yang ada pada kita juga sebenarnya bukanlah menjadi milik mutlak kita. Diharap janganlah kita mengirakan yang dimaksudkan dengan milik kita itu bend-benda yang berbentuk kebendaan sahaja, renunglah jauh kehadapan, perhatikanlah pada diri kita sendiri – zahir dan bathin.

Allah SWT mengajak kita kembali kepada satu masa dahulu dimana telah dikhabarkan-Nya beberapa peristiwa bagaimana Dia telah membinasakan manusia-manusia yang istimewa dikira istemwa pada pandangan manusia tapi malangnya mereka berlagak sombong pula terhadap Allah SWT dan rasul-Nya; antaranya Qarun.

Qarun tidak dibinasakan kerana sifat sombongnya tapi dia dibinasakan kerana dia enggan mengembalikan yang haq kepada pemiliknya Yang Haq. Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Dia (Qarun) berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberikan harta itu, kerana ilmu yang ada padaku". Dan apakah dia tidak mengetahui, bahawa Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak pengumpulan? Dan tidaklah ditanya tentang dosanya kepada orang yang berdosa itu. Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun. Sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." Berkatalah orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan bagi kamu! Pahala (balasan) Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal salih, dan tidak diperolehinya kecuali oleh orang yang sabar." Maka Kami (Allah) Benamkan dia (Qarun) beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun selain Allah yang (dapat) menolongnya, dan tidaklah dia termasuk orang yang dapat menolong (dirinya). (Al-Qasas : 78-81).

Pada hal kita sendiri telah diberitahu akan pengakuan para malaikat dalam surah Al-Baqarah – mereka mengakui bahawa mereka tidak tahu satu apapun melainkan apa yang diberitahu oleh Allah SWT kepada mereka. Kita janganlah sampai bersangka bahawa manusia itu lebih baik dari malaikat jika dilihat dari sudut ketaatan dan pada tauhidnya kepada Allah SWT.

Bahkan Nabi Musa AS sendiri pernah ditegur Allah SWT tatkala dia terlupa untuk mengembalikan semula ilmu yang dianugerahkan keatasanya kepada Pemilik Mutlaknya.

Inilah rahmat utama yang kita wajib cari dalam tempuh usia yang singkat ini kerana rahmat-rahmat lain yang berbentuk keduniaan seperti kemewahan dan kesihatan akan menjadi tidak bermakna disisi Allah SWT sekiranya kita terjerumus kedalam lembah yang amat hina mengerikan ini.

Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan: “Allah itu ialah Almasih ‘ibn Maryam,” sedangkan Almasih telah berkata: “Wahai Bani Isra’el! Abdikan dirimu kepada Allah, Rab (Tuhan) aku dan Rab (Tuhan) kamu.” Sesungguhnya sesiapa mensyirikkan Allah, maka sungguh Allah mengharamkan baginya jannah (taman/syurga) dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada untuk orang yang zalim itu seorang penolong” (Al-Maidah : 72).

Manakala amalan yang tidak disertakan dengan tauhid akan menjadi seperti debu yang berterbangan disisi Allah SWT kerana ianya tertolak, sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Bahkan telah diwahyukan kepada engkau dan kepada orang yang sebelum engkau: "Jika kamu mempersekutukan, nescaya akan hapuslah amalmu, dan tentulah kamu termasuk orang yang rugi” (Az-Zumar : 65).

Bayangkan betapa kermukaan Allah SWT keatas kita melalui firman-Nya pula yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan-Nya (mempersekutukan Allah), dan Dia (Allah) mengampuni yang selain itu bagi sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan sesiapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat sesesat-sesatnya” (An-Nisa’ : 116).

Inilah rahmat tertinggi yang perlu kita tumpukan sepenuh usaha dan ikhtiar dengan bersungguh-sungguh kerana samada mahu atau tidak mahu nafas ini akan berhenti turun dan naiknya pada masa yang kita sendiri tidak tahu – pada bila-bila masa sahaja !

Satu kehidupan yang kekal abadi bakal akan menanti kita yang mana kita semua akan melaluinya, tidak kiralah bagaimana kita menghabiskan sisa-sisa usia masing-masing didunia.

Sesudah mati, ada yang menanti dalam tempuh yang tiada siapapun yang tahu berapa lama – berada dialam kubur atau alam barzah sebelum datangnya hari Kiamat. Beruntunglah barangsiapa yang diamankan dari azabnya.

Ada pula yang terpaksa menunggu dalam tempuh masa yang hanya Allah SWT yang tahu sebelum dimasukkan kedalam syurga atau diazab didalam neraka – bergantung pada amalannya semasa hiudp didunia ini.

Dan tidak kurangkan juga yang diazab mengikut tempuh yang telah ditetapkan Allah SWT didalam neraka disebabkan lebihnya amalan-amalan buruk berbanding dengan amalan baik yang telah dilakukan semasa hidup dimuka bumi, manakala yang lain pula hidup bersuka ria didalam syurga Allah SWT dengan amal kebaikan yang diredhoi Allah SWT yang telah mereka kerjakan semasa hidup didunia.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Mon Sep 19, 2011 11:41 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Penulis sertakan ungkapan Aulia Allah SWT yang ulung, Syeikh Abdul Qadir Jailani dalam salah sebuah karangan beliau yang masyhur – Fathuhul Ghaib

“Apabila seorang hamba Allah mengalami kesulitan hidup, maka yang pertama sekali ia akan mencuba mengatasinya dengan melakukan usaha dan ikhtiar sendiri. Kemudian bila masih tidak berhasil, maka ia mencari pertolongan kepada mereka dari kalangannya sendir - khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit ia pergi mendapatkan rawatan dari doktor.

Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan berdo'a kepada-Nya dengan merendah hati beserta dengan pujian kehdrath Allah SWT. Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya, demikian pula bila ia berhasil karena sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada kepada yang Maha Pencipta.

Kemudian bila tak juga memperoleh pertolongan dari Allah, maka diserahkan dirinya kepada Allah, dan terus demikian, merayu, berdo'a merendah diri, memuji, memohon dengan harap-harap dan cemas. Namun, Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya, hingga ia sedemikian meneyelinap masuk rasa kekecewaandan dia memalingkan wajahnya dari apa yang dihidangkan oleh dunia ini. Maka kehendak-Nya mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi, segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada ruhaninya.

Pada peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul yaqin (tingkat keyakinan tertinggi yang diperoleh setelah menyaksikan dengan mata kepala dan mata hati). Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala sesuatu kecuali Allah; tak ada penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada kebaikan, kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah, tiada memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan kematian, tiada kemuliaandan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan, kecuali karena Allah SWT.

Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola yang disepak kesana kemari oleh para pemain dipadang dalam keadaan dia merasakan ketidakupayaan pada dirinya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan lebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka menjelmalah kurnia didapannya dengan karunia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui kedekatan ini, ia menjadi mulia, ridha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada firman-Nya. Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan senantiasa mengingat-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperoleh petunjuk dari-Nya, berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju kepada-Nya”

Pada peringkat terakhir ini jadilah dia seperti apa yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi oerang-orang yang berfikir (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.” (ali-Imran : 190-191).

Apa saja yang dilakukan pada gerak dan diamnya - berjalan kepasar, menyuap sesuap nasi kemulutnya maka dikembalikan kepada Yang Maha Tunggal , apa saja yang dilhatnya melalui matanya dan segala bunyi yang didengarnya melalui telinganya dia akan mengembalikan kesemuanya itu pada Tuhannya dan pada ketika ini jadilah dia seperti yang dikatakan oleh Syeikh Qadir “Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola yang disepak kesana kemari oleh para pemain dipadang dalam keadaan dia merasakan ketidakupayaan pada dirinya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan lebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya.


Kini nyatalah pada dirinya dan dapat pula dirasakan sebenar-benarnya apakahyang dikatakan “Laa hawlawala quwatailla billa hil ‘Aliyyil ‘Adzim’ atau dalam kata lain yang lebih mudah ‘ia kini melihat kehendak Allah SWT yang terjadi dengan terang, jelas dan nyata pada dirinya dan selain daripadanya”

Ia melihat diri tidak tahu sebenar-benarnya kerana pada ketika ini terdengar pada telinganya firman Allah SWT bermaksud “Dan Dia (Allah) telah mengajarkan (memberikan maklumat) kepada Adam nama-nama (pengenalan yang lengkap) sekaliannya; kemudian Dia (Allah) mengemukakan kepada malaikat, lalu Dia (Allah) berfirman: “Terangkan kepada-Ku (kepada Allah) nama-nama itu semuanya, jika kamu golongan yang benar.” Mereka (malaikat-malaikat) menjawab: “Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Tidak ada pengetahuan kami, kecuali yang Engkau (Allah) ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau (Allah), Engkau (Allah)lah al-’Alim (Yang Maha Mengetahui), al-Hakim (Maha Bijaksana).” (Al-Baqarah : 31-32).

Apabila dia tahu akan sesuatu, maka pada masa itu dia mendengar pula firman Allah SWT bermaksud “Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi” (Al-‘Ala : 6-7).

Maka dia teruskan membesarkan dan sentiasa mengagungkan Tuhan-nya yang Maha Agung lagi Maha Suci dari segala kekurangan kerana pada kebanyakan masa diperdengarkan dan dimbimbing oleh Tuhan-Nya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud ““Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka mendapat petunjuk daripada Rab (Tuhan) mereka kerana keimanan mereka,.....” (Yunus : 9).

Inilah yang dikatakan salah satu tujuan terutama manusia diutuskan menjadi khalifah dimuka bumi ini – hidup dengan mengerjakan ibadah kepada Tuhannya dan dimasa yang sama bermohon agar dia dimasukkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang telah dibersihkan-Nya dari sebarang syirik – nyata, halus dan halus lagi tersembunyi.

Mudah-mudahan firman Allah SWT berikut dapat memberikan kita sedikit sebanyaka manafaat menuju kearah menjadi seorang hamba Allah SWT yang baik disisi Allah SWT dan baik juga pada pandangan manusia; Allah SWT berfirman maksudnya “ Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”. (Al-An’am : 161-163)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Sep 20, 2011 1:35 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Apabila manusia ditimpa masaalah atau musibah, memang sudah menajdi satu macam kebiasaan, dia akan mencuba untuk menyelesaikan masaalah tersebut melalui keupuyaannya sendiri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu untuk menyusahkan orang-orang yang berada disekelilingnya, terutama mereka-mereka yang disayanginya.

Pada peringkat ini dia akan menggunakan segala yang ada pada dirinya, akan digunakan sepenuhnya dengan harapan kelebihan-kelebihan tersebut akan dapat menyelesaikan masaalah yang sedang membelenggu serta mengusutkan akal fikirannya.

Dia hanya akan menoleh kepada yang berada disekelilinya setelah segala daya upayanya yang ada padanya masih tidak berupaya untuk menyelesaikan kebuntuan yang sedang dihadapinya.

Kemudian apabila ia dapat mencari penyelasaian terhadap masaalah yang sedang menimpanya dengan menggunakan apa-apa yang ada padanya, dia kan merasakan satu kepuasan dan seterusnya datang juga sedikit sebanyak rasa riak, ujub dan kadangkala diselang selikan dengan rasa bongkak dan juga sombong dalam dirinya. Seterusnya rasa kepuasan melonjak-lonjak yang sedang dialaminya ini hasil dari kejayaannya, akan mula mengalir keluar dari darinya, lalu sedikit demi sedikit ai akan berkembang kepada orang-orang yang berada disekelilingnya.

Seterusnyaa datanglah berbagai-bagai macam rasa pada dirinya dan juga pada orang yang berada disekelilingnya. Dan kebanyakan pujian dan sanjungan yang diberikan kepadanya lantaran kejayaannya yang telah dikecapi, jika dia tidak berhati-hati akan membawanya jauh kelembah yang hina disisi Allah SWT.

Justeru menjadilah dia salah seorang dari rakan karib kepada Qarun walaupun bukan dalam erti kata sebenar. Dia kini menjadi seoarang begitu pelupa – pada masa sekecil 3-4 tahun ibubapanya sendiri ataupun menghantarnya kerumah ustaz-ustaz untuk mengaji Al-Qur’an dan disekolah pula ia diajar sekali lagi, bahkan berulang kali kalimah-kalimah suci ini diperdengarkan ataupun dibaca dan ada diantaranya menjadi hafalannya. Dia juga terlupa bahawa Al-Qur’an yang diajarkan kepadanya itu merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.mengajar membaca kitab

Dia lupa pengakuan imannya kepada Allah SWT dan juga dia lupa kepada firman Allah SWT yang bermaksud “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Al-Hadiid : 22-23)

Pada hal nabi Sulaiman AS mengembalikan segala puji dan puja kepada Tuhan-Nya, Raja Yang Pentadbir semua alam langit dan alam dunia apabila dikurniakan Allah SWTbermacam-macam kelebihan, sebagaimana firman-Nya bermaksud “Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh” (An-Naml : 17-19)

Seorang nabi yang telah dikurniakan kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh siapa saja samada sebelum ataupun selepasnya pun masih lagi bermohon agar diberikan ilham supaya hatinya tidak berbolak-balik natijah dari berbagai-bagai kurnia Allah SWT yang diperolehinya, maka adalah wajar bagi kita sebagai manusia biasa yang hidup penuh salah dan dosa ini untuk mengikuti contoh yang mulia ini kerana iblis dan syaitan tidak akan berpeluk tubuh melihat anak cucu Adam terus-terusan menjadi hamba yang tetap dalam kedaan bersyukur kehadrath Tuhannya atas nikmat demi nikmat yang telah dikurniakan mereka.


Ia (ibilis dan syaitan) hanya akan berpuas hati apabila semua maksud dan tujuannya tercapai seperti yang telah diikrarkannya dihadapan Allah SWT, Tuhan Rabbul Jalil; firman Allah SWT bermaksud “Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Al-A’raaf : 14-17).

Penulis yang faqir ilmu ini mengingatkan diri penulis sendiri dan sekelian saudara-saudara yang dirahmati Allah SWT, bahawa kita ini adalah hamba-hamba yang lalai lagi pelupa, justeru bermohonlah pada Allah SWT agar sentiasa diperingatkan !.

Bukankah sudah diperingatkan oleh Tuhan Yang Maha Esa bahawa setiap dari kita akan menerima ujian dalam bentuk yang berbagai-bagai semasa melalui kehidupan yang singkat ini, dengan tujuan supaya kita dapat menyedari betapa lemah dan tiada upayanya kita kerana tiada siapapun yang mahukan hidup penuh derita dan sengsara.

Akan tetapi pada sebahagian manusia peringatan Allah SWT yang sedemikan itu kurang mendatangkan kesan yang mendalam kepadanya kerana pada ketika itu ia sedang melalui fasa kehidupan yang bahagia dan ceria. Padahal dikatakan oleh Arifbillah bahawa ujian itu datang dalam dua wajah – sukacita dan juga duka nestapa.

Dalam kedua-dua perkara ia sudah semestinya lagi dituntut untuk memulangkan perkara-perkara yang menjadikan dia seorang yang bahagian mahupun kehidupan yang sedang dilaluinya pada ketika itu dipenuhi dengan duri dan ranjau Tuhan-nya yang Maha Berkuasa mengurniakan manafaat dan Maha Berkuasa jua menimpakan mudharat kepada barangsiapa yang diKehendaki-Nya.

Kembalilah kepada peringatan dari Yang Maha Pencipta, dimana Dia mengingatkan kita semua melalui Kalam-Nya yang Mulia bermaksud “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” (Al-Baqarah : 155-157)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Sep 22, 2011 1:20 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Ada dua kehendak – Kehendak Yang Maha Pencipta dan kehendak yang kena cipta, namun pada hakikatnya hanya ada satu kehendak sahaja, kerana kehendak yang kena cipta itu tidak dapat mendatang apa-apa kesan kerana ia tidak berkuasa memberikan manafaat mahupun untuk menimpakan mudharat samada pada dirinya sendiri ataupun kepada orang lain.

Firman Allah SWT bermaksud “Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (Al-Insan : 30). Perkara yang sama jugalah terjadi kepada Nabi Hidir AS (dia membocorkan perahu dan mebunuh seorang kanak), kerana telah dia diberitahu akan perkara, sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.(Al-Kahfi : 65).

Lalu dia (Nabi Hidir AS memperingatkan kepada Nabi Musa Kalamullah akan perkara tersebut melalui firman Allah SWT bermaksud “Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”. (Al-Kahfi : 78-82).

Malah ada sebuah hadis lebih kurang maksudnya “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati...”.

Dengan yang demikian kita perlu melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kehendak ini dengan penglihatan mata hati agar dapat kita merasakan dua perbezaan yang penulis sebut diatas – Kehendak Yang Maha Pencipta dan kehendak yang kena cipta !.

Para arifbillah ada mengatakan ‘barangsiapa kenal diri maka kenallah ia akan Tuhannya, barangsiapa kenal Tuhannya maka binasalah dirinya” !. dan dikatakan lagi “matikanlah diri kamu sebelum kamu mati” !.

Inilah salah satu cabang tauhid yang amat penting untuk diketahui, setelah diketahui diamalkan, dan pada peringkat terakhir dapat dirasakan kesannya dalam kehidupan seharia-harian.

Tidak dapat disangkal bahawa bagi memperolehi apa yang dihajat dalam kehidupan ini, manusia akan melalui bermacam-macam dugaan dan rintangan. Ini lumrah, biasanya dinamakan peraturan. Boleh juga dikatakan ia sebagai fitrah atau dinamakannyajuga sebagai sunatullah”.

Apabila sampai masanya yang telah ditetapkan Allah SWT, kita lihat apakah yang telah terjadi kepada nabi Yusuf AS. Allah SWT berfirman maksudnya “Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “. (Yusuf : 54).

Tetapi bagi mencapai tahap yang sebegitu rupa, ia telah melalui kehidupan yang amat pedih sekali bermula dari masa kanak-kanaknya lagi. Lebih malang lagi penderitaan demi penderitaan yang diterimanya berpunca dari saudara-saudara sebapa dia sendiri.

Penderitaan dan cubaan yang dialaminya datang silih berganti sehingga dia terpaksa memilih hidup dalam penjara, kerana dia merasakan dapat merasa aman justeru tidak lagi diganggu oleh orang-orang yang menaruh rasa dendam terhadapnya.

Tetapi Allah SWT tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya yang teraniaya sedang dia beriman kepada-Nya terus-terusan menderita kerana apabila sampai masan yang telah ditetapkan, Yang Haq akan nyata dan yang batil akan musnah sebagaimana firman_nya “Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (Al-Israa’ : 81).

Dalam sebuah hadis, Rasullulah SAW bersabda “"Sesungguhnya org mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yg lbh besar,tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan suatu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut".

Inilah yang biasanya akan dihadapi oleh orang-orang yang menuju kepada keredhoan Allah Azza Wajjalla, cuma ujian yang ditimpakan keatas setiap seorang daripada kita tidak sama, akan tetapi ia tetap ada.

Telah diterangkan oleh oleh Rasulullah SAW, terdapat perbezaan antara Iman dan Islam melalui firman Allah SWT bermaksud Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Al-Hujuurat : 14).

Sesungguhnya mendapat keredhoan Allah SWT merupakan salah satu dari rahmat Allah SWT yang amatlah tinggi nilainya disisi manusia kerana dengannya Allah SWT telah menjanjikan kebahagian yang abadi disisi-Nya, firman-Nya bermaksud “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (Al-Fajr : 28-30).

Kerana disana menanti pula rahmat yang lebih besar, mengatasi segala rahmat Allah SWT yang diberikan kapada umat-umat-Nya – Melihat Wajah Allah SWT, kalau dunia kita mengatakan ‘Aku hadapkan wajahku kepada wajah Tuhan-ku....”, maka telah dijanjikan diSyurga melihat Allah SWT dengan mata dan kepala.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Sep 22, 2011 10:16 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah SWT memperingatkan kita supaya jangan menyakiti jasmani ataupun rohani saudara-saudara kita samada dengan perbuatan mahupun dengan percakapan kita bahkan dengan hati sekalipun. Akan tetapi perkara-perkara inilah yang sering kita dengar dan kita lihat, kita ibarat seorang kanak-kanak – suka melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh kedua ibubpa kita !

Bahkan ada masanya kita sendiri yang melakukannya samada dengan cara tidak sengaja ataupun memang disengajakan. Ada saja bahan-bahan yang terpacul keluar dari mulut kita menceritakan perkara-perkara yang tidak elok tentang orang-orang yang kita kenal terutamanya.

Sebabnya banyak, tapi rata-rata sebab terbit sedikit rasa tidak senang atau tidak puas hati dan berbagai-berbagai lagi sebab yang mendorong kita untuk berbuat demikian. Mengapa kita berbuat demikian padahal dalam kitab suci Al-Qur’an telah jelas larangan dan balasan Allah SWT terhadap orang-orang yang sebegini. Firman Allah SWT bermaksud “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Al-Hujuurat : 10-12).

Dalam sebuah filem, terdapat satu adegan dimana seorang wanita yang masih berada disejadahpun selepas mengerjakan sembahyang masih lagi tidak dapat mengawal diri dari melakukan perbuatan buruk tersebut !.Walaupun ia satu lakonan semata-mata, tapi mungkin ia pernah berlaku, kerana tuntutan sembayang berjemaah itu bukan hanya untuk kaum lelaki saja.

Apabila persoalan mengapa mengumpat dan mengadu domba menjadi kebiasaan yang disukai, kita kembalikan kepada penilaian agama, satu jawapan mudah boleh merungkai permasaalahan ini – umat Islam ini sebenarnya cantik, bukan pada paras rupa tapi pada agamanya. Hanya agama Islam sahaja yang diiktiraf Allah SWT sebagai satu-satunya agama yang diredhoi-Nya. Justeru tidak hairanlah umat Islamlah menjadi sasaran utama iblis dan syaitan.

Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”.Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”.Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.“Hingga ke hari – masa yang termaklum”. Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (Al-Hijr : 28-42)


Sama-sama kita bermohon kehadrath Allah SWT, semoga kita termasuk dalam kumpulan dipelihara-Nya dari semua bentuk tipu daya keduanya.

Allah SWT memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang tidak terhingga banyaknya, dan dengannya Dia berkuasa untuk melakukan apa saja Kehendak-Nya pada bila-bila masa sahaja yang Dia Kehendaki. Kerana itulah kita dianjurkan supaya percaya bahawa setiap perbuatan itu ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk yang diciptakan lalu diberikan pendengaran, penglihatan dan hati disarankan bermohon kepada Allah SWT agar diajarkan ilmu serta kefahamannya sekali apabila melihat dan mendengar perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita – tidak kira baik atau sebaliknya.

Dengan yang demikian ambillah perhatian terhadap firman Allah SWT bermaksud “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia”. (Al-Imran : 191).

Dilihat pada turutan ayat-ayat diatas (Al-Imran : 191), sebenar-benarnya itulah keadaan kita yang mana hatinya sentiasa berbolak balik antara iman dan taat atau pun kufur dan maksiat. Mana yang dujuruskan keparah kufur dan maksiat maka ia akan menjadi seronok dan puas termasuk dalam kalangan orang yang suka mengumpat dan mengadu domba, manakala yang secara zahirnya dapat menahan dari melakukannya terpaksa pula mententeramkan hatinya supaya tidak terjebak dalam perbuatan yang hina disisi Allah SWT tersebut.

Sekiranya masih ada terlintas dihati mereka bunyi bisik nakal tersebut, maka merekapun segera kembali memohon ampun kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”. (Al-Imran : 192-194).

Justeru kepada golongan yang berjaya melepasi bisikan hati ini, maka masuklah meraka dalam golongan yang bahagia disisi Tuhan mereka, Insya Allah akan diperlihatkan kepada apa yang dikatakan tiang kepada sembahyang itu walaupun ia sekadar samar-samar pun tidak mengapa.

Juga kini ia sudah mula dilimpahi dengan rahmat Allah SWT pada Tumakninah yang dilakukan semasa mendirikan sembahyang, mudah-mudahan langkahnya juga menjadi semakin hampir kepada hamba-hamba Allah SWT yang mendirikan sembahyang – bukan mengerjakan sembahyang !.

Adapun Tumakninah itu boleh dikatakan sebagai puasa dan puasa itu umum memahaminya sebagai menahan diri. Bermakna seorang yang berjaya menahan dirinya dari melakukan perbuatan-perbuatan keji samada melibatkan jasmani ataupun rohani, samada dia sedar atau tidak, dia telah dimasukkan kedalam kumpulan hamba-hamba Allah SWT yang dimakbulkan doanya sebagaimana sabda Rasulullah SAW lebih kurang rmaksudnya “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, kami bermohon tetapkan hati kami diatas jalan agama-Mu dan tetap kepada mentaati perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri”.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Sep 23, 2011 1:15 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah SWT melimpahkan Rahmat-Nya dengan cara-Nya Sendiri - tidak sama dengan manusia, kerana Dia Maha Kaya lagi Maha Agung Kerajaan-nya. Dia memiliki semua kerajaan yang ada ditujuh petala langit dan dtujuh petala langit dan yang ada diantara keduanya. Bahkan apa yang ada yang bersifat baharu ini sentiasa bertasbih memuji Kebesaran Allah SWT, cum kita sahaja tidak diberi pengertian oleh Allah SWT.

Diriwayatkan pada satu masa semasa dalam perjalanan yang lama Nabi Musa Kalamullah dipertemukan dengan seekor katak yang duduk diatas sebuah batu. Terlintas didalam hati Nabi Musa sedikit rasa tidak puas hati kerana setelah begitu lama berkelana hanya dipertemukan dengan seekor katak.

Dengan izin Allah SWT maka berkatalah katak tersebut “Wahai Nabi Allah, tak usahlah engkau merungut kerana dipertemukan denganku. Ketahuilah bahawa aku telah berada diatas batu sejak enam puluh tahun dan bibirku tidak pernah lekang dari berzikir kepada Allah SWT. Dan untuk pengetahuanmu sudah tiga hari aku tidak mendapat sebarang rezeki namun aku takut untuk mendongakkan mukaku meminta kepada Allah”

Kita tidak perlu hairan atau merasa pelik akan peristiwa seperti diatas boleh berlaku, kerana Allah SWT Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Firman Allah SWT bermaksud “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Hadiid : 1-4).

Rasulullah SAW juga pernah diperingatkan tentang perkara ini dan peristiwa ini telah dirakamkam Allah SWT melalui Kalam Suci-Nya bermaksud “Ia memasamkan muka dan berpaling,Kerana ia didatangi orang buta.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (‘Abasa : 1-11).

Para nabi-nabi lagi rasul diberikan satu kelebihan yang istimewa yakni wahyu - yang mana mereka mendapat jawapan samada berita gembira mahupun dukacita dari Allah SWT sendiri melalui perantaraan malaikat Jibril. Perkara ini telah ditegaskan Allah SWT dalam Kitab Suci Al-Qur’an sendiri. Dan terlebih istimewa apa-apa yang keluar dari lisan mereka adalah kalam Allah SWT sebenarnya; firman Allah SWT “Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, (l-Najm : 2-5).

Bagi manusia biasa wahyu tidak terjadi tetapi Allah SWT mengajar makhluk melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku natijah dari perbuatan manusia – samada pada dirinya sendiri atau perbuatannya terhadap orang lain. Umpanya perlakuan mengumpat dan mengadu domba.

Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”. Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya. Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.” Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada – tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” (Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” (Yusuf : 25-32).

Parhatikan bagaimana Allah SWT menghukum isteri-isteri para pembesar Mesir disebabkan umpatan mereka terhadap Zulaikha - sehinggakan mereka tidak sedar pisau yang sepatutnya digunakan untuk mengupas kilt sebiji mangga tanpa disedari menghiris tangan sendiri dengan tidak merasa sakit sedikitpun.

Mengapa tidak diilhamkan terus kepada isteri-isteri pembesar tentang buruknya perbuatan umpat mengumpat dan beratnya hukum yang bakal akan diterima. Kita boleh bertanya sekiranya ilham itu telah sampai kehati mereka, adakah mereka dapat menerima kebenarannya ?. Kita boleh mengajukan bermacam-macam persoalan – kalau, sekiranya, macammana, andaikata dan berbagai-bagi - if then ini.

Padahal peringatan tentang perkara ini telahpun ada disampaikan oleh para nabi dan rasul sebelumnya, tapi semuanya hanya tinggal peringatan sahaja. Manusia tetap dengan tabiat semulajadinya – sebahagian besarnya cenderung kepada perkara-perkara yang berbentuk kufur dan maksiat.

Justeru apakah yang dapat kita buat kesimpulan dari firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf berikut .

Allah SWT berfirman maksudnya “Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”. Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Al-A’raaf : 14-17)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Oct 07, 2011 10:21 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah berfirman maksudnya “Dia (iblis) berkata: "Demi kemuliaan Engkau (Allah), sungguh aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu (hamba-hamba Allah) yang ikhlas (dipersucikan) antara mereka.” (Allah) berfirman: "Maka yang hak (benar)! Dan hanya hak (benar) yang Aku (Allah) katakan. Sungguh Aku (Allah) akan penuhkan Neraka Jahanam dengan kamu dan orang yang mengikuti kamu antara mereka semuanya!” (Sad : 82-85).

Iblis yang dilaknati Allah SWT sehingga datang hari kiamat sendiripun mengakui akan Kemuliaan Allah SWT, justeru bagi manusia yang dikurniakan akal yang telah ditetapkan dapat membezakan antara yang benar dan tidak, sepatutnya mengambil iktibar dan pelajaran apabila Allah SWT berfirman maksudnya “Bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan yang di bumi. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). Kepunyaan-Nya (kepunyaan Allah) kerajaan langit dan bumi, Dia (Allah) menghidupkan dan mematikan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa). Dia (Allah) adalah al-Awwalu (Yang Awal) dan al-Akhiru (Yang Akhir), dan al-Zahiru (Yang Zahir) dan al-Batinu (Yang Batin). Dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). (Al-Hadiid : 1-3).

Tidak ada satupun yang ada di alam langit dan dunia ini walau dalam keadaan apa sekalipun yang boleh disabitkan sama sekali dengan penciptaan makhluk kerana Allah SWT dengan tegas telah memperingatkan kita bahawa Dialah yang menciptakan alam ini dan apa-apa yang kita perbuat. Peringatan ini telah diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam Al-Qur’an; firman Allah SWT bermaksud “Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): “Mengapa kamu tidak makan? “Mengapa kamu tidak menjawab?” Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu”. (As-Saffat : 91-97).

Firman Allah SWT diatas mengingatkan kita bahawa akan ada makhluk dari kalangan manusia dan jin yang akan mengikut perbuatan manusia dizaman Nabi Ibrahim AS, dan biasanya mereka-mereka ini diberikan Allah SWT sedikit kelebihan seperti tampuk pemerintahan, kelebihan ilmu dan kelebihan-kelebihan dalam bentuk material seperti kewangan hidup.

Dewasa ini kita telahpun melihat perkara-perkara seperti yang disebutkan diatas sedang terjadi dimerata-rata tempat dimuka bumi ini dan tidak terkecuali dinegara kita sendiri.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?. Rasulullah s.a.w menjawab orang yang melakukan pembaikan ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa”.

Dalam hadis yang lain pula Baginda telah bersabda maksudnya “Islam bermula dalam eadaan asing dan akan kembali menjadi asing. Maka berbahagialah orang yang diasingkan”

Justeru umat Islam sepatutnya tidak usah merasa terlalu bimbang dan khuatir apabila dikatakan dewasa ini Islam itu telah kembali menjadi asing kerana perkara tersebut telahpun disebut oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun lalu dan kini ia telahpun terjadi. Ia akan berlaku meskipun berbagai-bagai usaha dari kalangan mereka yang cintakan Allah SWT dan rasul-Nya untuk memperbetulkannya.

Inilah yang penulis maksudkan dengan Kalamullah pada paparan terdahulu, Allah SWT berfirman maksudnya “Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”. Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Al-A’raaf : 14-17)

Perhatikan pula firman Allah SWT bermaksud “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat” (An-Nasr : 1-3).

Dan renungkanlah pula firman Allah SWT dalam surah Al-Insaan bermaksud “ Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya” ( Al-Insaan : 28-31).

Justeru bermohonlah kehadrath Allah SWT supaya masa kita sekarang ini termasuk dalam masa yang telah ditetapkan-Nya, yang didalamnya terhimpun kedua-duanya sekali, iaitu kantitit dan juga kualiti yakni berjalan tauhid dan ibadah itu seiringan dalam apa jua perbuatan dan kelakuan kita.

Sekiranya belum samapai masanya maka jangan pula kita berputus asa teruskan usaha dan ikhtiar , jika tidak dikhuatiri pula kita akan termasuk dalam kelompok hamba-hamba Allah SWT yang sombong.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Oct 08, 2011 12:36 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Redho biasanya dikaitkan dengan dua perkara – kegagalan dan lawannya kejayaan dalam mengharungi kehidupan dunia yang beranjau-ranjau ini bermula kita berada dalam kandungan ibu sehinggalah sampai kesaat terakhir nafas kita didunia ini.

Makam redho ini tinggi nilainya disisi Allah SWT seperti firman-Nya bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya” (AL-Baiyyinah : 7-Cool.

Ketahulah bahawasnya Allah SWT utuskan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini dengan disertakan dengan berbagai-bagai kesulitan yang bakal akan dilaluinya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk membuktikan apa yang telah dibenarkan-Nya semasa perjanjian antara Dia dengan Iblis sepertimana firman-Nya dalam surah Al-A’raaf ayat 17.

Asing biasanya merujuk kepada bilangan yang sedikit merujuk kepada beberapa perkara, antaranya kurnia kuasa dan juga kemewahan hidup. Apabila bilangan sedikit ini dikaitkan dengan asing dan apabila kita perkara-perkara yang telah dan yang sedang berlaku maka bermacam-macam pengertian boleh diberikan.

Cuma dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam ia lebih menjurus kepada perkara-perkara yang haq dengan perkara yang batil. Apabila sampai masanya seperti yang telah ditetapkan Allah SWT maka yang batil pasti akan lenyap; firman Allah SWT bermaksud “Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua” ( Al-Israa’ : 81-82).

Menjalani kehidupan dengan mengharungi berbagai-bagai dugaan dan cubaan merupakan hakikat hidup manusia dan jin, oleh itu janganlah kita melihat itu satu perkara yang datang dari perbuatan manusia itu sendiri, bahkan ianya adalah perkara-perakara yang telah ditetapkan Allah SWT sebelum alam ini diciptakan lagi.

Firman Allah SWT bermaksud “Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya; Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran ( zahir dan batinnya); Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: “Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu? (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) - Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (Al-Balad : 3-Cool.

Allah SWT menguatkan lagi ketetapan ini melalui firman-Nya bermaksud “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya” (Al-Baqarah : 155-157)

Manusia telah diingatkan supaya bermohon kepada Allah SWT agar dicabutkan-Nya tabiat suka tergesa-tergesa dari hatinya dengan mengambil iktibar dan pelajaran dari sejarah penurunan kitab suci Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dilengkapkan penurunan-nya dari Al-Baitul Makkmur.

Begitu juga dengan perjalanan hidup-hidup para nabi dan rasul, mereka sentiasa berdepan dengan berbagai rintangan dan halangan semasa mengembangkan agama tauhid ini. Dan tak kurang juga ada diantara mereka yang mati dibunuh oleh orang-orang yang menentang perjuangan suci ini.

Firman Allah SWT telah membenrakan perkara-perkara ini melalui firman-Nya bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.” (Al-Imran : 21-22).

Diriwayatakan Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.”. Manakala dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.

Kesemua nabi dan rasul diberikan banyak kelebihan berbanding kita manusia biasa, antaranya maksum – yakni Allah SWT sendiri memelihara mereka dari sebarang dosa, justeru mengapa perlu mereka melalui nasib yang segeitu rupa ? Adakah kurang amal mereka jik amahu diukur dengan rintangan demi rintangan dan halangan demi halangan yang terpaksa mereka lalui demi untuk menyeru manusia kepapa iman dan taat.

Andaikata peristiwa ini kurang mendatangkan kesan kepada sebahagian dari kita, penulis bawa pula contoh yang lebih nyata, perkara memilukan lagi menyedihkan yang telah berlaku terhadap Amirul Mukminin Saidina Umar RA, Saidinya Uthman RA dan Saidina Ali RA.

Apakah kesimpulan yang hendak kita perbuat dari peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diatas mereka-mereka ini– kurang amal ? banyak buat kesalahan dan dosa ? Ooohhh mereka lain, tak sama dengan kita !!.

Terpulang kepada kita untuk mencari jawapannya !
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Oct 11, 2011 12:24 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan walau dengan apa cara sekalipun. Tidak keterlaluan jika dikatakan memiliki rupa yang canti lagi menawan adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi seorang wanita, kerana adalah satu ‘pasport’ untuk mendaki tangga kejayaan bagi seorang wanita untuk menjayakan apa yang dicita-citanya.

Bagi yang waras akal fikirannya, dia pasti ada cita-cita dan akhir-akhir ini ramai ahli fikir dan cerdik pandai mula risau apabila ada dikalangan anak-anak kita yang bercita-cita untuk menjadikan kerja menangkap jin dan syaitan sebagai karier apabila dewasa kelak !.

Selain dari usaha dan ikhtiar zahir, manusia yang percaya adanya Tuhan perlu sentiasa bermohon kehadrath Allah SWT agar apa yang diusahakan membuahkan hasil. Justeru dari sinilah datangnya amalan-amalan yang diajarkan oleh-oleh orang-orang tua dan ia berterusan dari satu generasi kesatu generasi yang lain.

Antara amalan-amalan yang sering dikaitkan dengan wanita adalah bagaimana untuk mendapat serta mengekalkan paras rupa yang sentiasa menarik lagi menawan untuk menarik perhatian orang yang memandangnya terutama orang lelaki.

Firman Allah SWT bermaksud “ Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. Bapanya berkata:” Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar). (Yusuf : 3-7).

Ayat dalam surah Yusuf diatas sering dikaitkan dengan amalan seri muka, bahkan rata-rata pesakit yang pernah datang berjumpa dengan penulis beramal dengan ayat diatas. Apabila terbukti pada mereka masaalah gangguan yang sedang mereka hadapi berpunca dari amalam-amalan ini, pada mulanya mereka sukar untuk menerimanya berdasarkan kepada beberapa faktor; antaranya : (i) ini adalah ayat-ayat suci Al-Qur’an, (ii) orang-orang menyarankan supaya beramal dengan ayat-ayat tersebut bukalah orang sembarangan – dari kalangan yang faham tentang tentang selok belok agama.

Justeru mengapakah ia boleh mendatangkan mudarat pada hal amalan tersebut diambil terus dari kitab suci Al-Qur’an ?.

Pada penulis yang faqir ilmu ini, ia terletak pada kias, kerana ia dikiaskan pada bulan dan bintang serta dikiaskan pada nabi Yusuf AS sendiri. Padahal maksud ayat tersebut tidak ada kena mengena sama sekali dengan apa yang dihajatkan oleh si pengamal.

Oleh yang demikian maka jadilah si pengamal tadi seperti yang dimaksdukan oleh firman Allah SWT bermaksud “kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat” (al-Hijr : 42).

Manusia kurniakan pendengaran maka dengannya dia dapat mendengar, dikurniakan penglihatan dan dengan dia dapat melihat dan akhir sekali ada bersamanya hati yang dengannya dia dapat memikirkan untuk dibezakan antara yang haq dengan yang batil.

Sekiranya dia bersabar dan diteruskan membaca surah Yusuf diatas pasti dia akan berjumpa dengan ayat-ayat berikut; firman Allah SWT bermaksud : “ (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” . Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma”. Yusuf berkata: “Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan yang demikian)?” Mereka bertanya (dengan hairan): “Engkau ini Yusufkah? ” Ia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”. Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya”. Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): “Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)”. Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama”. Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?” Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”. Nabi Yaakub berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman. Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: “Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yusuf : 86-100)

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang disebut dalam kitab suci Al-Qur’an yang bermaksud “[114]

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. (Taha : 114)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Oct 14, 2011 11:18 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Melalui pengalaman penulis dalam bidang rawatan alternatif, amalan-amalan yang mempunyai sifat yang sama seperti penulis sebutkan diatas memang telah lama menjadi amalan umat-umat Islam sejak turun temurun lebih-lebih lagi bagi umat Islam dinusantara ini.

Bertitik-tolak daripada sinilah kita seharusnya melipat gandakan usaha dan ikhtiar untuk lebih memahami betapa pengetahuan tentang agama terutama Al-Qur’an dan hadis kerana didalamnya banyak terdapat samada ayat-ayat suci Al-Qur’an dan juga hadis yang dijadikan sandaran amal bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu.

Penulis ambil satu contoh mudah lagi masyhur – fadhilat ayat Qursi.

Firman Allah SWT bermaksud “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” (al-Baqarah : 255).

Dan kita bandingkan dengan firman Allah SWT dalam surah Asy-Syu’ara dibawah : Firman Allah SWT bermaksud “ (Ibrahim berdoa): "Wahai Tuhanku ! Berikanlah kepadaku hikmah dan hubungkanlah aku dengan orang yang salih. Dan jadikanlah aku sebutan yang baik bagi orang yang kemudian.” (Asy-Syu’ara : 83-84).

Perbezaan yang nyata antara dua surah diatas adalah tujuan ayat. Ayat Qursi lebih bertumpu kepada menerangkan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT serta Nama-Nama Allah SWT yang beserta dengan semua sifat-sifat Kesempurnaan; antaranya sifat Maha Kekal Abadi, Maha Berkuasa untuk memberikan syufaat kapad sesiapa yang di Kehendaki-Nya, Maha Mengetahui lagi Maha Melihat perkara-perkara yang nyata lagi tersembunyi, Maha Berkehendak, Al-‘Ali, Al-‘Adzim dan Al-Hafidz.

Manakala ayat 83-84 dari surah Asy-Asyu’ara pula merupakan doa yang terang, jelas lagi nyata permohonan seorang hamba kepada Allah SWT supaya dilimpahkan rahmat berupa hikmah. Dengan limpah rahmat Allah SWT inilah maka nabi Ibrahim Khalilullah diselamatkan dari kepanasan api yang membara lagi tidak terperi panasnya. Justeru tidak diperlukan lagi ayat tersebut diberi penafsiran lanjut tentang maksud serta kaedah bagaimana untuk beramal dengannya. Sesiapapun boleh beramal dengan doa tersebut tanpa perlu mengambil ijazah dari sesiapa sekalipun atau darimana-mana ustaz, boleh diamalkan tanpa apa-apa syarat (dibenarkan oleh hukum syarak) yang perlu dipatuhi kerana permohonan yang dibuat terus kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Dan secara tidak lansung juga ia tidak perlu sama sekali untuk menghafal berbagai tawassul sebelum beramal dengannya.

Contoh lain, firman Allah SWT bermaksud “Kemudian sesungguhnya aku telah menjelaskan kepada mereka secara terang dan secara rahsia sebenar-benar rahsia.Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah keampunan kepada Rab (Tuhan)mu, sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Ghafar (Maha Pengampun).Nescaya Dia (Allah) akan mengirimkan hujan kepada kamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anak kamu, dan mengadakan untuk kamu kebun-kebun dan mengadakan untuk kamu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak mengharapkan kebesaran Allah?” (Nuh : 9-13)

Satu kisah yang masyhur terjadi semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab dimana telah berlaku musim kemarau di Madinah. Diriwayatkan apabila usaha-usaha seperti sembahyang hajat masih belum berhasil, maka beliau menyarankan kepada penduduk yang ada pada masa itu supaya memohon keampunan dari Allah SWT. Tidak berapa lama kemudian maka turunlah hujan mencurah-mencurah membasahi bumi.

Kerana itulah kita dianjurkan untuk memperbanyakkan istighfar (memohon keampunan dari Allah SWT ) kerana disamping mendapat keampunan Allah SWT diatas dosa-dosa yang telah di lakukan kita juga akan mendapat limpahan rahmat berupa rezeki dari Allah SWT Tuha yang Maha Pemberi Rezeki.

Didalam al-Qur’an dan hadis-hadis sahih terdapat banyak doa-doa yang mempunyai maksud terus yakni jelas yang boleh kita diamalkan tanpa perlu disandarkan pada mana-mana syarat seperti perlu mendapat ijazah, tawassul dan sebagainya.

Berbalik kepada fadilat ayat Qursi, oleh kerana ia tidak mempunyai tujuan yang jelas maka diperlukan satu sandaran yang sahih untuk membolehkan seseorang itu beramal dengannya bagi tujuan tertentu. Dan sandaran utama yang diperlukan apabila tiada dalil Al-Qur’an adalah hadis-hadis sahih supaya ia tidak bersalahan dengan perjalanan akidah kita. Seperti yang telah penulis sebutkan sebelum ini Ayat Qursi lebih bersifat umum yakni menerangkan. Ia bukan doa. Akan tetapi apabila yang hendak dijadikan amalan ia perlu disandarkan kepada sesuatu yang benar lagi haq sahaja. Selain dari itu akan boleh saja menjerumuskan seseorang kepada syirik – syirik nyata, syirik halus dan lebih parah kepada syirik halus lagi tersembunyi.

Ingatlah ! Tidak akan ada ruang keampunan dari Allah SWT bagi sesiapa yang melakukan syirik. Lebih mengerikan apabila ia berterusan dalam keadaan sedemikian sehingga datangnya maut maka semua amalannya serta ibadahnya akan tertolak dengan sendirinya.

Bertitik tolak dari sinilah kita akan dapat merasakan betapa pentingnya beriman kepada semua nabi-nabi dan rasul dan dapat pula melihat diri mereka sebagai perantara yang benar bagi semua manusia biasa dengan Allah SWT dalam segala urusan dunia dan akhirat berpandukan dalil kitab suci Al-Qur’an; Allah SWT berfirman bermaksud “Dan tidaklah mengucapkannya menurut hawa nafsunya. Tidaklah ia itu melainkan wahyu yang diwahyukan” . (An-Najm : 3-4).
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Oct 15, 2011 2:32 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Menerusi beberapa paparan seterusnya penulis akan cuba sebaik mungkin memberikan penerangan dengan melihat dari perspektif perubatan alternatif yang mempunyai kaitan yang rapat dengan amalan yang menjadi amalan umat-umat Islam dengan memberikan lebih tumpuan kepada amalan yang diambil dari al-Qur’an dan sunnah yang sesuai dengan maksud dan tujuan tulisan penulis menerusi paparan sebelum ini.

Sebagai permulaan penulis selitkan dipaparan ini beberapa makna yang terbit dari istilah-istilah yang sering kita dengar yang telah ambil dari laman-laman kerohanian, kerana pada fikiran penulis ia mempunyai hubungkait yang rapat dengan tajuk yang sedang penulis ketengahkan.

Ilham: Apa juga perkara abstrak yang sampai kepada manusia ada sumbernya. Fikiran dan khayalan tidak terjadi dengan sendirinya. Ada pencetus atau yang merangsang yang menggerakkan akal untuk berfikir atau berkhayal. Akal berfikir menurut rangsangan yang diterimanya. Perangsang akal itu dinamakan ilham. Ia bersumberkan alam ghaib yang tidak dapat difikir oleh akal. Jika akal boleh memikirkan mengenainya maka akal tidak memerlukan sumber tersebut. Kelemahan akal itu ditampung oleh ilham. Sumber yang merangsang akal itu ada dua iaitu yang baik dan yang jahat. Sumber yang baik datangnya dari alam malakut (alam malaikat) dan sumber yang jahat datangnya dari alam jin yang dibawa oleh syaitan. Nur yang terpancar dari alam malakut menggerakkan akal supaya memikirkan tentang kebesaran dan kemurahan Tuhan dan berbakti kepada-Nya. Cahaya api syaitan yang terpancar dari alam jin merangsang akal untuk melakukan kejahatan dan kerosakan.

Kepada para nabi-nabi dan rasul ilmu pengetahuan yang bersumberkan dari alam ghaib ini dinamakan wahyu.

Ilmu laduni : Pengetahuan yang diperolehi bukan melalui proses pembelajaran. Pengetahuan tersebut boleh dibahagikan sebagai pengetahuan umum dan pengetahuan khusus. Pengetahuan umum adalah naluri semulajadi yang dibekalkan kepada sesuatu kejadian, misalnya manusia mempunyai pengetahuan laduni untuk membezakan kesakitan yang dirasai di dalam perut apakah ianya kesakitan kerana mahu membuang air besar ataupun kesakitan kerana sakit perut biasa. Bagitu juga dengan bayi yang dikurniakan pengetahuan laduni untuk menangis sebagai menceritakan keadaannya yang lapar atau sakit. Laduni yang khusus adalah pengetahuan mengenai ketuhanan secara rohani. Pengetahuan yang demikian dicampakkan ke dalam hati tanpa perlu belajar. Seseorang itu dengan tiba-tiba sahaja mengetahui sesuatu tentang Tuhan atau perkara ghaib. Pembelajaran seterusnya berperanan menambahkan atau memperjelaskan pengetahuan tersebut.

Ilham mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan iktikad iaitu pegangan yang khusus ditujukan kepada hidup individu yang beragama. Ia lebih menjurus kepada keimanan manusia kepada Yang Maha Pencipta yakni Allah SWT. Meskipun semua penganut bermacam-macam agama dimuka bumi ini mengaku bahawa Allah itu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi tetapi mereka mempunyai iktikad yang berbeza antara satu agama dengan agama yang lain.

Dalam Islam misalnya barangsiapa beriktikad barang yang baharu yakni diciptakan daripada tiada kepada dan ia boleh pula memberi bekas maka rosaklah akidah individu tersebut. Misalnya pisau boleh memutuskan atau nasi boleh mengenyangkan maka ia tidak lagi berpegang kepada sifat Maha Berkuasa Allah SWT yang memutuskan atau mengenyangkan.

Istidraj : Kesenangan dan kemewahan yang mendatangi secara berterusan kepada orang yang mengingkari perintah Allah SWT, berbuat dosa dan maksiat. Kesenangan dan kemewahan yang demikian membuat manusia menjadi lalai dan bertambah kekufuran serta kefasikannya. Ketika mereka sedang asyik dengan kesenangan dan kemewahan tersebut Tuhan datangkan bala dengan tiba-tiba sehingga apa yang dimilikinya menjadi tidak bermanfaat kepadanya. Jadilah mereka orang yang berputus asa.

Jalan kesufian : Jalan kesufian terkenal dengan latihan kerohanian yang dilakukan secara mengasingkan diri di tempat-tempat yang sunyi. Pada jalan ini penekanannya adalah hubungan hamba dengan Tuhan. Dalam aspek ini seseorang sufi sangat bersungguh-sungguh. Aspek hubungan sesama manusia sangat kurang dilakukan. Biasa terjadi seseorang sufi tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Penekanan terhadap hubungan dengan Allah SWTw.t semata-mata dengan latihan yang menjurus ke arah tersebut biasanya membawa sufi kepada suasana yang ada pengalaman zauk, jazbah, fana, baqa dan bersatu dengan Tuhan. Sebahagian sufi menetap pada jalan kesufian sementara sebahagian yang lain kembali kepada jalan kenabian. Sufi yang telah sempurna perjalanannya biasanya kembali kepada jalan kenabian dan mengambil bahagian dalam urusan masyarakat.

Karomah : Karomah Karomah ialah suatu perkara begitu luar biasa yang terbit samada dari perbuatan atau percapakandari yang telah melanggar atau terkeluar dari adat kebiasaan manusia, yang selamat dari berbagai sanggahan yakni hal-hal yang membatalkannya yang Allah berikan kepada hambanya yang shalih. Sebagai contoh seorang yang boleh berjalan diatas air atau seorang yang terbang atau seorang yang boleh sampai dari satu tempat kesatu tempat yang lain dengan begitu pantas sekali.

Karomah biasanya dikaitkan kepada manusia biasa lelaki dan wanita yang alim, warak lagi qari manakala mukjizat pula adalah istilah khusus yakni yang ditetapkan hanya berlaku kepada nabi-nabi dan rasul sahaja.

Sekiranya kita susur kembali kisah para arifbillah terdahulu kita sering terjumpa perkara-perkara berbentuk karomah seperti menghidupkan orang yang telah mati ( Syeikh Abdul Qadir Jailani, pantai menjadi emas (Syeikh Ibrahim Adham).

Maunah : Ma'unah merupakan pertolongan dari Allah dapat kita minta dengan cara yang telah ditentukan Allah dalam Alquran dan juga petunjuk Nabi-Nya secara berulang-ulang, sebagaimana Allah menyatakan dalam Al-Quran, "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (Al-Fatihah: 5).

Maunah boleh terjadi dalam bentuk berulang-ulang kerana sifatnya berbeza dengan karomah yakni ia lebih menjurus kepada perkara biasa yang berulang-ulang seperti sakit biasa – demam (air penawar), bacaan ruqyah syariah (gangguan) makhluk ghaib dari kalangan jin, syaitan dan iblis .
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Oct 18, 2011 2:41 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah berfirman maksudnya : “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba antara hamba-hamba Kami, yang Kami telah berikan kepadanya rahmat daripada sisi Kami, dan yang Kami telah ajarkan kepadanya ilmu daripada sisi Kami (Allah). (Al-Kahfi: 65).

Walaupun umum mengatakan bahawa lelaki yang dimaksudkan pada ayat tersebut adalah Nabi Hidir AS, tetapi tiada pula diterangkan pada ayat tersebut. Terdapat satu riwayat; pada satu masa Allah SWT telah menegur Nabi Musa Kalamullah apabila dia terlupa mengembalikan ilmu yang diberikan padanya kepada yang empunya. Bahasanya mudahnya dia mengatakan ilmu itu adalah miliknya, bukannya milik Allah SWT.

Diakhir pertemuan mereka, maka nyatalah bahawa lelaki yang ditemui oleh Nabi Musa Kalamullah itu telah menerima ilmu atau telah mendapat perintah terus dari Allah SWT atas apa-apa yang telah dilakukannya semasa ia bersama dengan Nabi Musa Kalamullah.

Perhatikan firman Allah SWT bermaksud “Dia (hamba Allah itu) berkata: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar terhadapnya.Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut, dan aku sengaja merosakkan perahu itu, kerana di belakang mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu (yang berkeadaan elok).Dan adapun pemuda itu, kedua-dua orang tuanya adalah orang-orang Mukmin, dan kami khuatiri dia akan mendorong kedua-dua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekufuran.Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka menggantikan bagi mereka dengan (anak lain) yang lebih baik kesuciannya dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapanya).Dan adapun dinding itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di tempat itu, dan di bawahnya ada harta terpendam milik mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang salih, maka Tuhan-mu menghendaki supaya sampailah (masa) mereka dewasa dan mengeluarkan harta yang terpendam itu, sebagai rahmat daripada Tuhan-mu. Dan bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. Demikianlah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar terhadapnya". (al-Kahfi : 78-82).
Oleh kerana dia (Nabi Hidir AS) adalah seorang nabi yang diutuskan Allah SWT tetapi bukan berstatus Rasul maka perintah untuk menyampaikan (tabligh) tidak menjadi kewajipan keatasnya. Walaubagaimanapun kalam yang keluar dari lisannya adalah tetap kalam Allah SWT atau wahyu kerana mengambil dalil Al-Qur’an; firman Allah SWT bermaksud “ Tidaklah sesat kawanmu (Muhammad saw) dan tidaklah dia keliru. Dan tidaklah mengucapkannya menurut hawa nafsunya. Tidaklah ia itu melainkan wahyu yang diwahyukan” (An-Najm : 2-4).

Bermakna apa saja yang diucapkan atau diperbuat oleh setiap Nabi dan Rasul adalah mengikut apa yang telah ditetapkan Allah SWT. Pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini soal tauhid atau syirik bukanlah menjadi persoalan disini. Dapat kita buat kesimpulan disini bahawa yang diperintahkan untuk mentauhidkan Allah SWT hanyalah kita manusia biasa sahaja.

Para malaikat telahpun membuat pengakuan mereka kepada Allah SWT melalui firman Allah SWT bermaksud “Dan Diatelah mengajarkan (memberikan maklumat) kepada Adam nama-nama (pengenalan yang lengkap) sekaliannya; kemudian Diamengemukakan kepada malaikat, lalu Dia berfirman: “Terangkan kepada-Ku nama-nama itu semuanya, jika kamu golongan yang benar. Mereka (malaikat-malaikat) menjawab: “Maha Suci Engkau ! Tidak ada pengetahuan kami, kecuali yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah : 31-32).

Pengakuan para malaikat ini merupakan asas kepada dua cabang tauhid yang utama iaitu menafikan (nafi - Tidak ada pengetahuan kami) dan membenarkan (isbat - sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Mengetahui).

Berbanding dengan manusia biasa malaikat adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal tetapi ia tidak bernasfu, oleh yang demikian terkecualilah mereka dari hisab. Kerana itulah lelaki-lelaki yang datang berkunjung kerumah Nabi Ibrahim Khalilullah tidak menjamah makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Allah SWT seterusnya memberitahu manusia tentang hal keadaan Diri-Nya yang Maha Suci dari sebarang sifat kekurangan melalui firman-Nya bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhan mu engkau yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan engkau itu amat mulia. Yang mengajar dengan qalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-‘Alaq : 1-5).


Kemudian Allah SWT mengingatkan lagi kepada manusia tetang ilmu pengetahuan ini tetap menjadi milik-Nya yang mutlak dan melalui Kehendak-Nya yang Maha Berkuasa manusia boleh lupa meskipun perkara tersebut telah menjadi kelaziman padanya; firman Allah SWT bermaksud “Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, Yang telah menciptakan serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah mengatur serta memberikan hidayah petunjuk; Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, Kemudian Ia menjadikan itu kering kehitam-hitaman. Kami sentiasa menjadikan engkau dapat membaca, sehingga engkau tidak lupa, Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui yang nyata lagi yang tersembunyi” (Al-‘Ala : 1-7)

Dan, Rasul-rasul yang telah diutuskan sebelum Rasulullah SAW telah menyeru kaum-kaum mereka kejalan tauhid sebagaimana firman Allah SWT berikut :-

Nabi Nuh AS; Allah SWT berfirman maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu” (Hud : 25)

Nabi Hud, Allah SWT berfirman maksudnya : “ Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah). (Hud : 50)

Nabi Soleh; firman Allah SWT bermaksud : “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”. (Hud : 61)

Nabi Syuaib AS; Allah SWT berfirman maksudnya : “ Dan kepada penduduk “Madyan” Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah). (Hud : 84)

Dan kepada kita, Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh tentang keutamaan tauhid melalui sebuah hadis bermaksud : “Pernah aku berada di belakang Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di atas satu tunggangan. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi: Telah ke terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyeksa mereka”.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Today at 10:52 pm

Back to top Go down
 
ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» MENELISIK KEBOHONGAN hadis ttg JARAK BUMI - LANGIT -(???) ARSY
» Apa sih perbedaan antara Katolik vs Protestan itu?
» khusus buat muslim bahas tentang hadits matahari berada di antara 2 tanduk setan dan Ar Rahmaan 17
» Beda Hadits dengan Sunnah
» JEHOVAH WITNESSES...SAKSI YEHUWA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERUBATAN ISLAM :: Agama :: dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku-
Jump to: