PERUBATAN ISLAM JARAK JAUH
 
HomepijjCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Sep 28, 2010 2:50 am

Adakah rawatan jarak jauh kurang berkesan berbanding dengan rawatan secara berdepan ?
Satu persoalan yang sukar untuk dijawab apalagi apabila dikemukakan hujjah yang dikaitkan dengan Rasulullah SAW yang hidup lebih 1400 tahun dahulu. Lebih-lebih lagi bila dikaji dari sudut dalil-dalil seperti al-Qur’an dan al-hadis.

Sebagai permulaan dibawakan satu dalil yang saya dari kitab suci al-Qur’an, Allah SWT berfirman bermaksdu : ‘Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) ilmu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 31:27).

Apabila kita katakan ilmu Allah SWT, melalui firman Allah SWT tersebut kita tahu dan beriman bahawa keluasan ilmu Allah SWT itu tidak ada batasnya. Kemudian, sebagai umat Islam yang berakidah sudah tentu kita dapat menerima dengan penuh yakin bahawa beserta bersama ilmu, 6 lagi sifat kesempurnaan Allah SWT, dua daripadanya adalah sifat kesempurnaan Kehendak dan Kuasa. Bagaimanakah hendak kita kita gambarkan kedua-dua sifat ini ?

Sudah tentu kepada mereka yang faham tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT, mereka dengan penuh yakin mengatakan bahawa kuasa Allah SWT meliputi segala sesuatu. Dan kepada mereka yang ada asas akidah, pasti mereka memutuskan bahawa sifat kuasa Allah SWT tidak mungkin ada batasnya sama sekali.

Sebagai mukallaf yang beriman dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT, sudah mereka mengatakan bahawa mereka juga lemah, miskin, hina dan bodoh. Setelah mengetahui hal keadaan diri yang empat ini kemudiaan datanglah sifat makhluk sejati iaitu kehambaan. Dengan menyedari diri yang serba kekurangan ini berada setiap detik dalam genggaman mutlak Tuhan Rabbul Jalil, maka ia akan sentiasa berharap dan bermohon kepada Allah SWT supaya dimakbulkan hajatnya samada untuk tujuan dunia dan juga akhirat.

Justeru setelah manusia mukallaf itu benar-benar diberi kefahaman akan siapa dirinya dan siapa pula yang menciptakannya, maka dimanakah hendak diletakkan KEKUATAN ini. Pada dirinya sebagai perawat atau dikembalikan kepada pemilik yang Haq ? Tentulah dikembalikannya semula kepada pemilik yang mutlak, iaitu Allah SWT, dan kini sedarlah dia makna sebenara ‘tiada daya upaya itu’.

Maka berjalannya ia dalam keadaan berharap edan bermohon supaya dimakbulkan segala permintaannya kerana dia benar-benar yakin kepada janji Allah SWT sebagaimana firman-Nya, bermaksud : ‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul’ (Al-Baqarah 2:186)

Justeru, saya kembalikan kepada para pembaca yang dirahmati Allah SWT untuk memberikan peniliaan yang sepatutnya kepada perkara ini.

Bersambung .......

FaceBook PIJJ
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Sep 28, 2010 7:07 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Sebagai makhluk yang dicipta dan bersifat baharu yang pasti akan mengalami kebinasaan, sudah tentu kita mengakui bahawa kita lemah lagi tiada berdaya upaya dan kerana itulah kita sentiasa disarankan supaya berada dalam keadaan bermohon, berharap dan berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT..

Dia berharap apa yang dipohonnya supaya dimakbulkan oleh Penciptannya yakni Allah SWT. Justeru disini tidaklah timbul soal kuat atau lemah, sampai atau tidak sampai. Jauh atau dekat atau berhadapan - bukanlah lagi menjadi persoalannya kini.

Yang menjadi keutamaannya sejauh manakah permohonannya akan dimakbulkan Allah SWT.

Adakah permohonan perawat Islam jarak jauh tidak didengar Allah SWT ?. Tentu sekali satu pendapat sebegini tidak boleh diterima akal kerana tidak mungkin seorang perawat Islam samada jarak jauh atau berhadapan tidak terdidik dalam soal akidah Islam. Ilmu, pendengaran dan penglihatan Allah SWT tidak terbatas pada masa dan jarak. Allah SWT tetap mendengar, permohonan makhluk-makhluknya, Dia tetap melihat walau dimana sekalipun makhluk-Nya berada, kerana Dia Maha Mendengar lagi Melihat setiap perbuatan dan kelakuan makhluk-makhluk-Nya samada yang mereka nyatakan ataupun yang disembunyikan.

Justeru, apakah alasan yang benar-benar kukuh untuk dijadikan sebagai sandaran mengatakan rawatan Islam jarak jauh kurang berkesan berbanding rawatan Islam secara berhadapan apabila kita melihat pada makbul dan menerima hakikat hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa memabulkan atau menolak permohonan kita ?.
Seperkara lagi tentang ilmu Allah SWT yang perlu diperhatikan adalah peredaran masa. Melalui dalil yang telah disertakan sebelum ini, Ilmu Allah SWT sentiasa berkembang kerana kitab suci al-Qur’an dan Sunnah tidak lapuk ditelan masa.

Kita tak perlu pergi jauh, kita renung kembali tempuh masa 30-35 tahun kebelakang dan bandingkan dengan pengaliran maklumat sekarang ini. Bagi mereka yang ibubapanya tinggal dikawasan pendalaman, salah satu cara perhubungan yang ada hanyalah surat-surat menyurat. Tapi kini, kita lihatlah sendiri apa terjadi perniagaan kad raya. Jika dulu ia mendatangkan pulangan yang lumayan, tapi kini ia dipinggirkan .

Jika 30-35 tahun dahulu telegram memainkan peranan penting untuk komunikasi pantas tapi kini maklumat beralih tangan dan tersebar dalam sekelip mata sahaja. Kini bukan sahaja kita boleh menerima berita dengan begitu pantas malah kita juga dapat melihat peristiwa yag telah dan sedang terjadi. Begitulah pantas maklumat bergerak.

Sekiranya diceritakan kepada kita 35 tahun dahulu, mungkin ramai yang mermerolok-olokkan, akan ia telahpun berlaku beribu tahun dahulu seperti dinyatakan Allah SWT melalui firman-Nya dalam kitab suci al-Qur’an. Allah SWT berfirman maksudnya : ‘Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( an-Naml : 39-41)

Begitulah sifat Allah SWT sebagai pencipta yang memilki keluasan dan ketinggian ilmu yang tiada taranya. Allah SWT menegaskan melalaui firman-Nya yang bermaksud : ‘“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” ( as-Soffat : 96)

Diceritakan semasa peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW telah ditanya oleh sahabat Baginda Saidina Abu Bakar tentang gambaran Masjidil Aqsa bagi membenarkan peristiwa agung tersebut. Seperti yang kita tahu pada masa itu perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis mengambil masa berbulan lama dan kenderaan yang ada pada ketika itu hanya unta atau kuda atau keldai sahaja.

Akan tetapi dengan izin Allah SWT Rasulullah SAW dapat menceritakan dengan tepat akan keadaan Baitul Muqaddis dan juga Masjidil Aqsa kepada Saidina Abu Bakar yang telah beberapa kali pergi kesana atas urusan perniagaan pada hal Rasulullah SAW belum pernah menjejakkan kaki kesana.

Pada saya, dalam perbincangan rawatan Islam samada jarak jauh atau berhadapan, perkara-perkara yang berkaitan dengan akidatul iman perlu diberi keutamaan yang selayaknya kerana ia berkait amat rapat dengan perbuatan syirik yang tiada akan diampunkan terhadap para pelaku-pelakunya.

Bersambung, Insya Allah ……………..

FaceBook PIJJ
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Oct 01, 2010 1:48 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Selain dari belajar ilmu feqah, tauhid dan tasauf, kebanyakan cabang ilmu-ilmu yang lain menurut hukum syarak dikira sebagai fardhu kifayah. Apabila disandarkan dengan al-Qur’an dan sunnah Rasullullah SAW, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikandan untuk dibuat pertimbangan dengan sewajarnya dan sekiranya kita tidak berlapang dada, mungkin saja ia akan mendatangkan masaalah dikalangan umat-umat Islam.

Contoh paling mudah, wirid selepas sembahyang fardhu, berbagai jenis zikir ditanah perkuburan dan juga majlis tahlil memohon rahmat dan keampunan bagi simati. Saya sebutkan hanya sebilangan saja majlis-majlis yang menjadi semacam satu adat dikalangan umat Islam dinegara ini yang akhir-akhir ini sudah ada dari kalangan umat Islam sendiri yang mempertikaikannya.

Sekiranya hendak diukur dari sudut hukum feqah sudah tentu rawatan Islam jarak jauh memang boleh dipersoalkan, sebab pertama kerana ketiadaan ‘ain, yakni perawat menjalankan ikhtiar merawat pesakit. Selain dari ketiadaan ‘ain ia banyak menimbulkan keraguan. Itu sebabnya saya tekankan ia perlu dilihat dari sudut akidah. Jika dilihat dari sudut hukum feqah, masakan sampai doa orang yang masih hidup kepada orang yang telah mati kerana Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya : ‘apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah hubungan antara dia dengan dunia’.

Justeru, kedudukan pertama yang perlu ada dalam rawatan jarak jauh adalah doa kepada Allah SWT supaya dimakbulkan hajat perawat yang menanggung amanah yang diberikan oleh pesakit. Dan permohonan ini semestinya jenis permohonan terus kepada Allah SWT, bukannya melalui perantaraan. Firman Allah SWT bermaksud :’ “Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, Danan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku’ (Asy-Syuara :79-82)

Jelaslah kepada kita, melalui firman Allah SWT diatas semua pergharapan, penggantungan wajib sepenuhnya ditujukan hanya kepada Allah SWT semata-mata dan bukannya kepada selain daripada-Nya – bukan melalui bacaan atau perantaraan makhluk-makhluk yang pasti akan menerima binasa seperti , keris atau berbagai-bagai jenis batu atau guru atau murshid, wali-wali dan sebagainya kecuali Rasulullah SAW kerana Baginda dikurniakan Allah SWT keduduakan yang tinggi disisi-Nya. Salah satu daripada kedudukan terpuji yang dikurniakan Allah SWT kepada Baginda adalah syufaat sebagaimana sabdanya bermaksud : ‘barangsiapa membaca selawat ini, ia wajib mendapat syufaatku’.

Selawat yang dimaksudkan adalah bermaksud : ‘Ya Allah ! rahmatilah Penghulu kami Nabi Muhammad dan ahli keluarganya dengan rahmat yang menyebabkan Engkau redho dan sertakanlah perlaksanaan dan kurniakan keatasnya wasilah kedudukan yang Engkau telah janjikan kepadanya’. Selain itu Allah SWT sendiri telah menegaskan melalui firman-Nya, satu-satunya cara supaya dikurniakan rahmat adalah dengan mentaati Dia dan juga Rasul-Nya. Firman Allah SWT bermaksud : ‘dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat’ (Ali Imran: 132.

Selawat kepada Rasulullah SAW menempati satu makam yang begitu istimewa disisi Allah SWT, kerana itulah ditegaskan-Nya dalam kitab suci Al-Qur’an, firman Allah SWT bermaksud : ‘Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kepadanya. - Surah Al-Ahzab:Ayat 56.

Banyak lagi hadis Baginda menceritakan akan kepentingan selawat, antaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya “Sesungguhnya doa akan terhenti diantara langit dan bumi, tiada naik barang sedikit jua daripadanya sehinggalah kamu berselawat kepada nabimu’. Sabda Baginga lagi bermaksud “Barangsiapa berselawat disisi kuburku, aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu akan diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaannya dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembelanya’.

Oleh kerana itu umat Islam digalakkan oleh memperbanyakkan selawat antara duduk, berdiri dan berbaring keatas Rasulullah SAW dan terlebih baik sekiranya dipanjangkan selawat-selawat tersebut kepada nabi dan rasul yang telah diutuskan sebelum kedatangan Baginda untuk menyempurnakan syariat yang zahir dan batin yang terpakai sehingga datangnya hari Kiamat.


Bersambung … Insya Allah

FaceBook PIJJ

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Oct 01, 2010 10:37 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Nabi dan rasul dikurniakan dengan sifat terpuji antaranya adalah siddiq atau membenarkan dan setiap tingkah lakunya pada hakikatnya adalah gambaran pada wajah dan tingkah laku Allah SWT jua. Inilah maksud firman Allah SWT bermaksud ‘Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya’ ( An-Nmjm : 4-5).

Begitulah dengan ungkapan nabi dan rasul yang lain seperti kata-kata yang keluar dari Nabi Hidir AS sewaktu dia memberitahu Nabi Musa AS tiga perkara yang telah dilakukannya semasa mereka bertemu; firman Allah SWT bermaksud “Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya” ( Al-Kahfi : 79-83).

Justeru apabila kita memahami dan menerima kebenaran pada diri nabi dan rasul, maka dapatlah kita membezakan antara mereka dengan manusia biasa dan tidak ada satu sebab meskipun sebesar zarrah sekalipun atasnya membenarkan dia untuk mengangkat dirinya samada sebagai nabi ataupun rasul. Ini penting untuk difahami kerana tersembunyi satu pengertian yang begitu mendalam yang boleh merosakkan akidah umat Islam jika tidak berhati-hati.

Perkara ini telahpun ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui firman Allah SWT bermaksud “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” ( al-Ahzab :40. Lagi sabda Baginda bermaksud “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”.

Meskipun mereka (nabi dan rasul) bersifat dengan sifat manusia biasa (makan minum, berkeluarga dsb), namun apa yang mereka lakukan semata-mata untuk menunjukkan contoh tauladan yang perlu diperhatikan dan diikuti oleh umat-umat mereka sahaja, akan tetapi kepada diri Rasulullah SAW ia meliputi semua bangsa dan etnik serta tidak lupus sehingga datangnya hari kiamat. Oleh sebab itu para ulamak tidak menisbahkan perlakuan tidak baik nabi dan rasul sebagai buruk kerana mereka mehamami hakikat mengapa nabi dan rasul dengan mendalam.

Sebagai contoh firman Allah SWT bermaksud “Ia memasamkan muka dan berpaling, Kerana ia didatangi orang buta.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! - Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), - Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi)” (‘Abbas : 1-11).

Firman Allah SWT diatas jelas kepada kita bagaimana Allah SWT mengajar manusia melalui kekasih-nya supaya manusia menerima hakikat bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat pada hati setiap manusia walupun tidak dinyatakan secara terang-terangan.

Justeru sebagai mukallaf yang beriman kita seharusnya berpegang teguh dan bermohon kepada Allah SWT supaya setiap tingkah laku dan gerak geri kita sentiasa bertetapan dengan apa yang telah digariskan oleh Allah SWT melalui kalam-Nya – al-Qur’an dan Sunnah, kerana kita telahpun melafazkan ikrar taat setia kita melalui firman Allah SWT bermaksud “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. (al-Baqarah 285)

Bersambung … Insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sun Oct 03, 2010 10:14 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.
Kemudian setelah menerima dengan sepenuh hati bahawa kesemua nabi dan rasul adalah tempat Dia menyatakan fe’il dan kelakuan-Nya untuk dijadikan sebagi contoh dan tauladan bagi sekelian umat manusia sebagaimana firman-Nya bermaksud “Tidak Aku jadi engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam”.

Setelah keyakinan bahawa kesemua nabi dan rasul menyatakan fe’il dan kelakuan Allah SWT telah meresap dan sebati dalam diri kita, kini bergerak selangkah kehadapan untuk memahami apakah intipati risalah Tuhan yang disampaikan oleh mereka bermula dari bapa sekelian manusia iaitu nabi Adam AS sehinggalah kepada pemutus bagi sekelian nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad SAW.
Adapun lima perkara yang menjadi intipati risalah Tuhan itu adalah :

1. Perintah
2. Tegah
3. Janji baik yakni nikmat hidup berkelalan disyurga
4. Janji buruk yakni seksaan api neraka
5. Khabar atau cerita untuk dijadikan contoh dan taudan bagi umat-umat dizaman itu ataupun dikemudian hari

Adapun perintah sebagaimana diketahui umum berkisar pada tuntutan untuk melakukan amalan-amalan yang baik manakala tegah pula bersifat sebaliknya – tuntutan meninggalkan amalan-amalan yang buruk yakni yang dilarang keras oleh hukum syarak. Janji pula adalah natijah atau sebab atau hasil dari perintah dan tegah. Dan akhir sekali khabar,yakni perkara-perkara yang telah dilakukan oleh nabi-nabi dan juga para pengikut-pengikutnya sewaktu terjadi peristiwa besar,misalnya semasa Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS memukulkan tongkat pada permukaan air Laut Merah bagi melepaskan diri orang-orang yang beriman dari kekejaman Fir’aun yang amat durhaka.

Begitu juga dengan kecekalan dan keyakinan yang cukup dikagumi yang ada pada ibu nabi Musa AS sehingga Dia berani melepaskan anak kesayangannya kedalam Sungai Nil kerana dia yakin dengan janji Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”. ( Al-Qasas: 7)

Melalui peristiwa-peristiwa yang tercatit dalam al-Qur’an dan Hadis maka para-para ulamak yang arif dalam bidangnya mempersepakati beberapa istilah seperti mukjizat, keramah, maunah,istidraj dan sebagainya. Istilah-istilah ibi beserta dengan keterangannya menerangkan atau untuk dijadikan sebagai panduan kepada kita dalam membuat penilaian untuk membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Bersambung….insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Mon Oct 04, 2010 7:00 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Kemudian setelah menerima dengan sepenuh hati bahawa kesemua nabi dan rasul adalah tempat Dia menyatakan fe’il dan kelakuan-Nya untuk dijadikan sebagi contoh dan tauladan bagi sekelian umat manusia sebagaimana firman-Nya bermaksud “Tidak Aku jadi engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam”, maka kini kita bergerak setapak lagi kehadapan, kini cerita tentang Iblis dan syaitan.

Iblis menyamar sebagai orang alim Bani Najd secara rengkas
Berbagai cara telah mereka lakukan untuk memadamkan dakwah Islamiah namun sehingga kin kesan masih ditahap minum sekali. Islam terus berkembang pesat walaupun berbagai usaha telah dijalankan. Sehinggalah sampai kepada satu peringkat dimana hamper semua pemuka kafir mengadakan perjumpaan yang mana tujuannya hanya satu – memberhentikan dakwah Islamiah walau dengan apa cara sekalipun.

Pada satu hari yang telah ditetapkan maka berhimpunlah ketua-ketua orang kafir tersebut, menurut catitan sejarah disebutkan nama-nama berikut :

Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:

1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum.
2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi, dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.
3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf.
4. al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd al-Dar
5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd al-Uzza.
6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili bani Sahm.
7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.

Semasa mereka sampai ke Darul al-Nadwah seperti yang dijanjikan, mereka telah bertemu oleh Iblis yang menyamar dengan berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitupakaian ahli zuhud. Iblis berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya: “Siapa tuan syeikh ini?” Jawab Iblis: “Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu, pendapat atau pun nasihat”. Lantas mereka iapun dibenarkkan untuk menyertai majlis tersebut

Lalu dalam mesyuarat penting tersebut beberapa usul telah dicadangkan namum semuanya tidak dipersetujui oleh syiekh iblis ni, antara usul yang dicadangkan sehinggalah sampai kepada cadangan untuk membunuh Rasulullah SAW sebagai langkah terakhir untuk menghapuskan perkembangan agama Islam.

Bertitik tolak dari sinilah datang perintah Hijrah ke Madinah kerana tahap permusuhan orang-orang kafir terhadap Rasulullah SAW dan pengikut-pengikut Baginda sudah sampai kepada kemuncaknya.

Syaitan menyesatkan nabi Adam AS
Semasa nabi Adam AS dan isterinya Hawa berada didalam syurga, mereke telhpun diperingatkan Allah SWT supaya menjauhi pohon khuldi sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim” (al-Baqarah:35). Disamping melarang nabi Adam AS menghamipir pohon tersebut nabi Adam AS juga telah diperingatkan tentang permusushan Iblis dengannya, firman Allah SWT bermaksud “Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari”. (Taha 117:119)

Malangnya nabi Adam AS terlupa kepada larangan tersebut, maka menjadilah dia dan isterinya termasuk dalam golongan yang diperdaya oleh syaitan seperti firman Allah SWT bermaksud “Kemudian syaitan membisikan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata : "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa". Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhann dan sesatlah ia ". (Taha 120:121)

Bersambung….insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Mon Oct 04, 2010 7:55 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya “Dengan menyebut nama Allah, tidak akan memberi mudarat apa yang ada dilangit dan dibumi dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

Kedua-duanya dengan izin Allah SWT yang Maha Pencipta dan Pencipta Rupa Bentuk mendatangi nabi Adam AS dan juga pembesar-penbesar orang kafir Mekah menyerupai orang tua lagi ‘alim dengan satu tekad yakni untuk melaksanakan tipudaya terhadap nabi Adam AS dan anak-anak cucunya sebagaimana janji ketua segala syaitan dalam kitab suci al-Qur’an. Firman Allah SWT bermaksud “Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (al-Hijr :39).

Oleh kerana dihujung ayat ini menyebut semuanya, maka tahulah kita bahawa masih ada dikalangan anak-anak cucu Adam AS yang tidak dapat dipengaruhinya.

Justeru Iblis dan syaitan menyamar sebagai manusia dalam bentuk berbagai rupa dan ragam bukanlah menjadi satu perkara luar biasa dan tidak perlulah untuk dipertikaikan.

Bagaimana pula dengan jin dan malaikat ?.

Saya ambil contoh mudah iaitu penyakit angin ahmar, sejenis penyakit saraf yang sangat merbahaya. Sejarah kemunculan penyakit ini dicatit semasa pemerintahan nabi Sulaiman AS. Pada satu ketika Baginda memerintahkan sekelian rakyatnya mengadap. Setelah semuanya hadir, datanglah lintasan riak pada hatinya melihat betepa kebesaran kerajaanya dan juga kehebatan pada dirinya. Tanpa disangka-sangka muncul satu makhluk dari kalangan jin memandang kepadanya dengan pandangan yang tidak menyenangkan. Walaupun diperintahkan bala tenteranya menangkap jin tersebut namum masih tidak berhasil.

Setelah ditanya, maka dijawab oleh jin tersebut akan nama dan kerjanya sekali, kemudian dia pun menghilangkan diri. Jin tersebut muncul semula dizaman Rasulullah SAW dengan menyerang cucu Baginda. Bermula dari sinilah munculnya doa angin ahmar yang masyhur itu.

Manakala malaikat pula datang menyerupai manusia sewaktu menyampaikan kepada Rasulullah SAW perkara-perkara yang berkaitan dengan iman, islam, ehsan dan tanda-tanda akan berlakunya hari Kiamat. Jika ada yang bertanya bolehkah malaikat datang menyerupai manusia selepas wafatnya Rasulullah SAW, saya katakana boleh, berpandukan firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan mendapatnya”. (al-Fusilat : 30-31).

Akan tetapi perlu ditegaskan disini bahawa malaikat-malaikat ini hanya akan melakukan tugas-tugas membantu manusia setelah mendapat keizinan Allah SWT sahaja, bukan mengikut kehenda manusia.

Seperkara lagi, makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT ini dijadikan boleh sampai dari satu tempat kesatu tempat yang lain dengan begitu pantas, bukan macam kita. Perkara ini juga telah diterangkan Allah SWT melalui Kalam-Nya, Allah SAW berfirman maksudnya “Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (an-Naml : 39-40).

Kebanyakan ulamak ulamak berpendapat individu yang membawa singgahsana Puteri Balqis dalam tempuh sekelip mata ini adalah malaikat, manakala yang menyanggupi untuk membawa singgahsana tersebut dalam tempuh sekelip mata adalah seorang ahli ilmu bernama Asib Bakhiar.

Berpandukan dalil-dalil yang jelas lagi nyata yang telah disertakan, samada mahu atau tidak mahu, kita tidak ada alasan lain selain menerima tentang adanya makhluk ciptaan Tuhan seperti malaikat, iblis, syaitan yang boleh menyerupai manusia dan dapat pula pergi dari satu tempat kesatu tempat yang lain dalam jarak masa yang amat pantas.

Bersambung….insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Oct 05, 2010 2:21 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Manusia diciptakan Allah SWT sebagai khalifah dimuka bumi, bukan malaikat maupun jin. Sebagai pencipta yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, diciptakan untuk manusia dua unsur utama iaitu akal dan nafsu. Fungsi utama akal adalah membezakan. Disamping akal Allah SWT juga menciptakan pendengaran, penglihatan, Ilmu, kuasa dan kehendak yang mana semua unsur ini berjalan seiring lagi seimbang. Walaubagaimanapun ada juga segelintir manusia tidak mau menfaatkan kurnia Tuhan ini dengan sebaik-baiknya.

Sehubungan dengan itulah Allah SWT telah memberi peringatan supaya kita tidak termasuk dalam golongan mereke-mereka yang sentiasa berada dalam kerugian. Firman Allah SWT bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati amatlah sedikit kamu bersyukur” (al-Mulk : 23). Begitu juga dengan Iblis ketika dilaknat oleh Allah SWT dia telah berikrar dihadapan Tuhannya bahawa dia akan menyesatkan kebanyakan anak cucu Adam dan hanya sedikit sahaja yang terlepas dari tipudaynya. Firman Allah SWT bermaksud “Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh”. Iblis berkata: “Oleh kerana Engkaumenyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (al-A’raf : 14-17).

Mengapakah dikatakan kebanyakan manusia tidak bersyukur ?. Sebab utamanya adalah mereka tewas dalam perjuangan menentang nafsu yang sentiasa memujuk rayu supaya melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersalahan dengan syariat yang benar. Peranan utama nafsu telapun diterangkan Allah SWT melalui Kalam-Nya yang bermaksud “Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf :53).

Telah menjadi fitrah semula jadi manusia mahukan kepada hidup yang sempurna. Yang tua masih mahu kelihatan muda remaja, yang kaya tidak pernah merasakan cukup dengan kekayaan yang dimiliki manakala mereka yang memegang tampuk kuasa pula mahu berada dipuncak kuasa buat selama-lamnya – kalau boleh. Bermacam-macam cara mereka gunakan untuk memastikan apa yang ada pada mereka supaya ia dapat kekal. Inilah yang telah terjadi kepada nabi Adam AS sehingga mengakibatkan dia dan isteri dikeluarkan dari syurga.firman Allah SWT bermaksud “Kemudian syaitan membisikan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata : "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa". Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia”. (Taha: 120-121).

Firman Allah SWT bermaksud “Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita” (Taha : 117). Meskipun dia yakni nabi Adam AS telah diberi peringatan tentang permusuhan dengan iblis dan para pengikutnya yakni syaitan namun atas fitrah manusia sebagai pelupa maka berjalanlah juga apa-apa yang telah ditetapkan Allah SWT akan berlaku, pasti akan berlaku. Inilah fitrah sebagai manusia yang dicipta, diciptakan bersamanya sifat lupa supaya dapat kita membezakan antara Al-Kholiq dengan al-makhloq. Penetapan sifat ini telahpun disebut Allah SWT melalui firman-Nya bermaksud “Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh” (Taha : 115)

Sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT yang tidak pernah lalai apa lagi terlupa dapat kita lihat melalui firman-Nya bermaksud “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (al-Baqarah : 255)

Justeru setelah kita ketahui dan dapat pula menerima bahawa sifat lupa memang diciptakan dan menjadi pakaian kita sehari-hari ? Jalan terbaik adalah kembali kepada Allah SWT sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya bermaksud “Wahai Allah! Yang membalik-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ku di atas ugamaMu dan ketaatan kepadaMu."

Bersambung….insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Oct 05, 2010 8:41 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah SWT berfirman maksudnya “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (al-Baqarah : 286)

Apabila sesuatu yang ada dalam genggaman kita hilang, ada masanya kita akan berasa dukacita, takut atau kadang-kadang juga mungkin datang kemarahan yang membuak-buak. Sekiraanya yang datang itu rasa takut dan dukacita, ia akan jadi seorang yang suka meminta-minta dan berharap, ada masanya sanggup menggadai maruah diri sendiri. Sekiranya yang datang itu adalah rasa marah, maka hasilnya benci yang meluap-luap dan dendam. Kita akan berasa suka riang gembira apabila sesuatu yang kita hajatkan menjadi kenyataan, maka hasil darinya mungkin riak, sombong ataupun bakhil yang teramat sangat . Perasaan-perasaan ini datang silih berganti dalam kehidupan sesorang, bergantung roda-roda perjalanan hidupnya kerana pada setiap detik denyut nadi dan nafasnya berjalanlah ketetapan Yang Maha Esa keatasnya. Setiap manfaat yang dinakmati dan setiap mudarat yang ditimpakan tetap mempunyai hikmahnya tersendiri kerana Allah SWT Maha mengetahui akan setiap sesuatu.

Oleh itu ketahuilah setiap manfaat dan mudarat itu adalah ujian dari Yang Maha Kuasa bagi menguji tahap keimanan hamba-hamba-Nya. Kedua-duanya berjalan selari dengan firman Allah SWT bermaksud “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (al-Baqarah : 155).

Akan tetapi samada mahu atau tidak mahu terimalah dengan berlapang dada dan yakinlah bahawa setiap duka nestapa itu pasti ada puncanya dan puncanya itu datang dari diri kita kita sendiri kerana Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri, firman Allah SWT bermaksud “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”. (ar-R’ad : 11).

Setiap sesuatu yang diusahakan pasti akan membuahkan ada hasil kerana ini adalah sunnah yang pasti akan berlaku dan ia berlaku apabila masa yang ditetapkan Allah SWT tiba. Tiada siapa boleh menahan mahupun menolak ketibaannya kerana selain Allah SWT, kerana pada hakikatnya makhluk tidak memiliki apa-apa walau sebesar zarah sekalipun. Berjaya atau sebaliknya apa yang telah dikerjakan bukan lah penting disisi Allah SWT ia tetap bermakna apa kerana Allah SWT Maha Kaya dari segala yang kaya walau dihimpun semua kekayaan hamba-hamba-Nya.

Sekiranya usaha keranya beroleh kejayaan, maka pujilah Allah SWT kerana Allah SWT telah memakbulkan hajatnya, akan tetapi jika segala penat lelahnya tidak mendatang apa-apa malah makin bertambah deritanya maka tudinglah jari, bukan satu tapi kesemuanya kepada diri sendiri kerana yang salah itu adalah diri sendiri kerana ia lupa akan siapa dirinya dan siapa pula Tuhannya. Firman Allah SWT bermaksud “Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”. (al-A’raf :23).

Nabi Adam AS mengaku akan kesalahannya, begitu juga dengan nabi Yunus AS, lalu lontarkanlah pertanyaan ini kepada diri kita sendiri : ‘Aku pula bagaimana ?’

Kini tahulah kita apa itu lupa dan tahulah juga kita bermacam-macam akibat yang berpunca daripadanya.


Justeru setiap derita dan bahagia yang dilalui dalam kehidupan memerlukan satu perisai yang benar-benar kuat lagi teguh. Perisai yang kuat dan teguh inilah dinamakan sabar dan kembarnya adalah tenang. kedua-duanya hanya akan dicapai apabila ia memasuki pintu redho. Dari pintu redho inilah ada jalan menuju ke Syurga yang berkekalan. Firman Allah SWT bermaksud “(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia – “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ (al-Fajr : 27-30).

Orang-orang yang merasakan dirinya puas bertuhankan Allah SWT, kemudian ia berusaha memperbaiki dirinya melalui bimbingan Tuhannya juga sehinggalah ia menjadi seorang mukallaf yang benar-benar beriman dan ia beramal dengan amalan yang saleh secara istiqomah pastinya dia akan mendapat redho Tuhannya yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Setelah ia menjadi seorang mukallaf yang beriman lagi beramal dengan amalan yang saleh, lalu dia diangkat Allah SWT darjatnya, lalu dia akan mendapat apa yang ada disisi Tuhanya, seperti firman-Nya bermaksud “Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “. Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (Yusuf : 54-55).

Kini ia menjadi sebaik-baik makhluk disisi Tuhan seperti firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (al-Bayyinah : 7-Cool.

Bersambung….insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sun Oct 10, 2010 4:28 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Sifat-sifat Kesempurnaan Allah SWT dan Bagaimana Allah SWT Menilik hamba-hamba-Nya

Ungkapan seperti tidak sampai, tidak cukup kuat, ‘dosage’ tak kuat bukan lagi persoalannya dalam rawatan Islam samada jarak jauh ataupun berhadapan. Yang diutamakan adalah permohonan perawat itu dimakbulkan Allah SWT kerana hak memakbulkan atau tidak itu adalah hak mutlak Allah SWT dan Dia akan memperkenankan permohonan hamba-hamba-Nya apabila mereka dengan jazam bermohon kepada-Nya dan bertetapan dengan kehendak Allah SWT.

Justeru alasan-alasan seperti tidak sampai, tidak cukup kuat, ‘dosage’ tak kuat dan sebagainya bukanlah satu hujjah ilmu tapi lebih kepada pendapat peribadi semata-mata bagi menguatkan kaedah rawatan dia atau kumpulan dia atau yang sealiran dengan cara dan kaedah dia sahaja. Sebagai dalil, kita lihat firman Allah SWT bermaksud “Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya” (al-Baqarah:253)

Allah SWT memberi kurnia dan menimpakan mudharat kepada barangsiapa yang Dia kehendaki mengikut apa yang Dia telah tetapkan kerana itu Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya “bahawasanya ahli-ahli syurga, walaupun dia beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak diantara dia dengan neraka hanya sehasta akan tetapi telah terdahulu ketetapan baginya dalah syurga maka berubah takdirnya dan begitu dengan ahli neraka, walaupun dia beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak diantara dia dengan syurga hanya sehasta akan tetapi telah terdahulu ketetapan baginya adalah neraka maka berubah takdirnya”.

Ciri-ciri syirik itu kadang kala nyata manakala diwaktu-waktu yang lain pula ia menjadi begitu samar dan ada masanya ia langsung tidak kelihatan melainkan kepada mereka-mereka yang dikurniakan Allah SWT cahaya penglihatan hati yang terang benderang.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman ?” (al-Baqarah : 91).

Oleh kerana ketetapan Allah SWT yang terang bahawa tidak ada nabi dan rasul selepas kewafatan Rasulullah SAW, maka kita tidak dapat melihat perkara (pembunuhan nabi dan rasul) yang disebutkan dalam surah al-Baqarah diatas. Meskipin kita tahu bahawa tidak ada seorangpun daripada nabi dan rasul yang telah diutus melainkan mereka dikurniakan martabat istimewa yang disisi Allah SWT mereka dipelihara dari sebarang dosa atau dengan kata lain mereka adalah maksum.

Sifat maksum ini menjadi keutamaan disisi Allah SWT bukannya kelebihan duniawi kerana melalui sifat-sifat inilah kita diajar mengenal diri dan mengenal siapa Tuhan Pencipta sekelian alam supaya kita tidak sewenang-wenangnya meletakkan atau melabelkan benda-benda yang diciptakan atau perkara-perkara yang kita perbuat itu sia-sia belaka seperti firman Allah SWT bermaksud “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Al-i-Imran : 191).

Allah SWT tidaklah zalim sehingga Dia membiarkan nabi-nabi dan rasul pilihan-Nya mati dibunuh oleh puak-puak kafir kerana ada rahsia yang disembunyikan supaya perlu digali dan difahami oleh umat-umat dibelakang hari. Perkara tresebut telahpun diceritakan dalam peristiwa nabi Ayub AS, dimana yang menjadi keutamaannya adalah Allah SWT dan bukannya dirinya sehinggalah nyata pada suatu ketika perbedaan antara hamba dengan Tuhan-Nya serta nyata jugalah sifat Kasih Sayang Tuhan keatas hamba-Nya yang ikhlas meminta.

Ruhul Quddus

Firman Allah SWT bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus. Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? Al-Baqarah : 87

Dengan rahmat Allah SWT nabi Isa AS yang biasa disebut Ruhullah mampu melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaun akal manusia seperti yang disebutkan dibawah.

Firman Allah SWT bermaksud “(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata”Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!” Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)”. Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: “Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” Nabi Isa menjawab: “Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman”.Mereka berkata: “Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri” Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk”. (al-Maidah : 110-115).

Bersambung….insya Allah

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Oct 13, 2010 9:00 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Allah SWT mengurniakan manafaat dan Dia jugalah yang menimpakan mudarat kepada barangsiapa yang Dia Kehendaki mengikut apa yang telah ditetapkan. Dia Tuhan sekelian alam yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang Memulakan dan Mengkemudian, Yang Menghilangkan dan Mengembalikan kerana Dia memiliki apa yang ada dilangit dan dibumi yang zahir mahu yang tiada nyata.

Justeru apabila Dia menyatakan kekuasaan-Nya keatas siapa yang dikehendaki-Nya maka jadilah apa saja yang dikehendaki melalui siapa yang dipilih-Nya apa bila-bila masa yang telah ditetapkan-Nya, bukan kita yang yang menentukannya mengikut sesuka hati kita, bukan melalui amalan yang bercupa atau bergantang.

Ada masanya Dia menyatakan kekuasaan-Nya keatas seorang kanak-kanak yang masih bayi, contoh terbaik pada nabi dan rasul adalah nabi Isa AS dan seorang bayi pada zaman Juraij. Ada masanya pada seorang ahli ilmu dan tidak mustahil juga diperlihatkannya kekuasaan-Nya pada jin dan juga pada orang-orang kafir dan juga ahli maksiat. Terjadinya sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya, hanya Dia yang tahu kerana kesempurnaan ilmu zahir dan batin itu adalah mutlak menjadi miliknya. Pada kita ambillah iktibar kerana tiada ada sesuatupun yang diciptakan samada dilangit atau dibumi itu sia-sia. Firman-Nya bermaksud “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;” (ali- Imran : 191-192).

Ingatlah makhluk itu dicipta dan dari itu terimalah bahawa yang dicipta itu lemah lagi tiada berdaya dan seluruh kehidupannya dan setiap naik dan turun nafasnya sentiasa berada dalam genggaman Tuhannya Yang Maha Esa. Kerana menyedari hakikat inilah Rasulullah SAW dalam banyak munajatnya Baginda menyerahkan dirinya bulat-bulat dalam genggaman Allah SWT, Tuhan seru sekelian alam. Firman Allah SWT bermaksud ““Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” (as-Saffat : 96).

Justeru kembalikah kepada hakikat yang hak bahawasanya kita sebenar-sebenarnya tidak punya apa-apa untuk dibanggakan dan bukanlah hak kita untuk mengatakan sesuatu ataupun meminta-minata atau menetapkan sesuatu yang kita tidak mengetahui hakikat sebenarnya. Ambillah contoh nabi Nuh AS yang diangkat Allah SWT ketahap ulul azmi bersama lima lagi nabi dan rasul. Firman Allah SWT bermaksud “Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”.Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.Nabi Nuh berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”. (Hud : 45-47).

Kembalilah kita kepada asalnya kerana dalam asal itu tersembunyi seribu satu berakah dan rahmat dan pengampunan dan juga kasih saying Allah SWT yang Maha Mendengar ratapan penyaksian kehambaan oleh hamba-Nya dan pengakuan sifat-sifat kehambaannya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (al-Baqarah : 32).

Setelah putus lagi tidak berbelah tanpa sebarang rasa was-was atau syak wasangka penyaksian seorang hamba kepada Tuhannya maka segala-nya bukan lagi mustahil disisi Allah SWT untuk mengurniakan rahmat-Nya keatas hamba-Nya sebagaimana firman-Nya bermaksud “Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”. (Hud : 44)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Oct 21, 2010 9:17 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Secebis Pengalaman

Pada satu hari penulis bersama dengan seorang rakan pergi merawat seorang bapa kepada seorang anak kecil yang comel baru berusia 4 bulan. Apabila malam sianak asyik menangis meskpiun semua keperluannya telah dipenuhi. Sewaktu kami tiba, bapanya pula pengsan. Mengikut cerita ibunya bapa muda tersebut akan pengsan apabila angin mula menusuk ke sudut hatinya.

Beberapa ketika kemudian kami lihat pemuda tersebut menggerakkan kedua tangan seperti orang mula membuka langkah silat. Cantik bunga silatnya pada hal mengikut pengakuan anaknya sendiri, dia tidak tidak pernah belajar mana silat . Setelah beberap ketika kemudian dengan izin Allah SWT kamipun dapat berdailog dengan sianak tersebut. Setelah beberapa ketika kemudian, tahulah kami bahawa yang sedang berdailog dengan kami bukanlah pemuda tersebut, tetapi seorang yang datang dari tanah besar Jawa yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai ‘datuk’ yang sudah berumur lebih ratusan tahun.

Dalam dialog tersebut, tujuannya datuk ini datang adalah untuk menjaga cucunya kerana dia bimbang akan keselamatan cucunya yang bekerja dalam bidang keselamatan berisiko tinggi. Disamping menjaga keselamatan cucunya, datuk tersebut juga berhasrat untuk membimbing cucunya mendalami ilmu kerohanian meliputi ilmu dunia dan akhirat.

Setelah dipujuk maka datuk setuju untuk keluar dari tubuh badan cucunya tapi bukan melalui ikhtiar kami sebaliknya dia yang keluar sendiri. Atas dasar percaya kamipun bersetuju dengan syarat datuk tersebut. Dia pun duduk seperti seorang pendekar dan mula membaca beberapa ayat dari al-Qur’an dan hadis. Tidak lama kemudian, dari seorang tua yang lemah lagi letih, dia berubah menjadi seorang pendekar dan mula berubah menjadi sangat agresif.

Keadaan menjadi bertambah kelam kabut apabila ibunya pula dirasuk dan kedua ibu dan anak mula membuka langkah masing-masing seolah-olah mahu bertarung.

Dalam keadaan kelam kabut tersebut kami berusaha untuk mengunci langkah mereka kerana lagi banyak mereka bergerak akan bertambahlah mudarat kepada fizikal kedua anak beranak tersebut.

Melalui pengalaman sebelumnya, dengan izin Allah SWT kaedah mengunci yang kami gunakan berkesan tapi pada kali ini kaedah tersebut tidak mampu untuk mengunci pergerakan datuk tersebut. Setiap kali dikunci dengan mudah datuk tersebut dapat membukanya. Setelah beberapa lama kemudian terkeluarlah kalam dari datuk tersebut lebih kurang begini ‘kamu berdua tak usah kunci kerana tidak ada yang dapat mengunci akau selain dari Allah SWT lalu dibaca ayat kunci dan buka dengan jelas terang dan nyata. Biarkan datuk keluar dengan sendirinya setalah selesai urusan datuk !’.

Lalu datuk tersebut menunjuk tempat-tempa tertentu dalam rumah tersebut yang didiami oleh makhluk halus dan menyuruh rakan penulis memindahkannya. Setelah selesai, maka datuk tersebut duduk kembali dan membaca beberapa ayat suci al-Qur’an. Tidak lama kemudian, dia pun keluar dari badan pemuda tersebut.

Hampir sejam pemuda tersebut terbaring keletihan serta sakit dimerata anggota tubuh. Begitu juga dengan ibunya.

Bagi merungkai peristiwa diatas, penulis bawakan firman Allah SWT bermaksud ‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (az-Dzariat : 56).
Semasa perjalanan pulang, rakan penulis berkata hamper 10 tahun berada dalam bidang perubatan alternatif, inilah kali pertama dia bertemu dengan jin yang dianugerahkan ilmu kerohanian yang cukup tinggi.

Melalui ayat suci diatas satu kesimpulan dapat kita rumuskan bahawa selain manusia, jin juga dikurniakan akal kerana akal merupakan satu syarat penting dalam menetapkan sah atau batalnya sesuatu ibadah yang kita lakukan samada ibadah fardu ataupun sunat. Tidak seperti malaikat yang diciptak nafsu, jin dan manusia diciptakan nafsu kerana itulah kedua-dua makhluk ini makan minum dan beranak pinak.

Justeru dari dua perkara inilah datangnya kufur maksiat serta iman dan taat. Jika manusia boleh mencapai tahap keimanan yang tinggi maka perkara yang sama juga boleh berlaku pada makhluk jin.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Oct 23, 2010 11:06 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Dari cerita diatas penulis katakan bahawa ‘datuk’ ini sayang terhadap ‘cucu’-nya dan berhasrat untuk melindunginya dari ditimpa sebarang mudarat yang tidak diingininya. Kasih dan sayang ini bila diterjemahan pada perbuatan, tentu sekali ia akan membawa kita kepada satu maksud yang mendalam, seperti seorang ibu atau bapa yang sanggup berbuat apa saja demi kasih sayangnya terhadap anak-anak atau orang-orang yang merekas sayangi. Biasa kita dengar ungkapan ‘biar kita nasi dengan garam dan belacan saja asalkan anak-anak kita dapat meneruskan pelajarannya’.

Mungkin juga kita masih ingat kisah pengorbanan seorang ayah berjawatan menteri yang sanggup meninggalkan jawatannya semata untuk menjaga mengubati anaknya yang menghidapi penyakit kanser.

Firman Allah SWT bermaksud “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. (al-Baqarah : 31).

Justeru setiap benda yang diajarkan Allah SWT kepada nabi Adam AS pasti ada tujuannya dan sempurnalah tujuan ini apabila diperlihatkan dalam bentuk perbuatan, bukan hanya pada kalamnya sahaja. Kata orang tua-tua ‘kotakan apa yang dikata’ bukannya capak tapi tak serupa bikin’ !.
Sejak dahulu lagi rawatan secara menurun telah menjadi semacam satu amalan terutama kepada orang-orang Islam bukan sahaja dinegara ini malah ia juga terjadi ditempat-tempat lain. Ada perawat-perawat yang mendakwa mereka didampingi oleh berbagai-bagai syeikh atau wali yang hebat-hebat seperti Wali-Wali Songo atau Syeikh Abdul Kadir Jailani. Dan tak kurang juga mereka yang mendakwa mendapat bantuan dari guru-guru kerohanian masing-masing.

Ada masanya tok wali-wali atau syeikh ini memasuki badan perawat tanpa disedari oleh orang disekelilingnya. Keadaan fizikal, gerak geri dan tiingkah lakunya tidak kelihatan ada perubahan jika diperhatikan dengan mata kasar orang biasa.

Dan tidak kurang juga keadaan dimana tok syeikh dan wali-wali tidak memasuki badan perawat, sebaliknya mereka berada diluar. Tugasnya membisikkan kaedah-kaedah atau cara untuk membantu perawat mengubati pesakit yang datang mendapatkan bantuan.

Ada masanya perawat mengarahkan mereka (jin) untuk pergi dari satu tempat kesatu untuk tujuan tertentu, sebagai contoh mengadakan perundingan dengan golongan yang sebangsa dan seperjalanan dengan mereka berhubung perkara-perkara tertentu sabit dengan masaalah yang dihadapi oleh pesakit.

Telah diketahui umum bahawa Allah SWT ciptakan makhluk dengan satu ketetapan yang berbeza dengan manusia, salah satu daripadanya, mereka boleh pergi dari satu tempat kesatu tempat yang lain dengan kadar yang sangat pantas. Firman Allah SWT bermaksud “Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah” (an-Naml : 39).

Salah satu sifat Rasulullah SAW adalah adalah amanah dan ia akan menjadi satu ikatan kukuh yang wajib dipegang serta dilaksanakan. Adanya amanah kerana adanya perjanjian dan perkara ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah satu sunatullah yang telah ditetapkan oleh allah SWT. Melalui bapa sekelian manusia iaitu nabi Adam AS telah pun perkara ini telahpun diperincikan dengan sejelas-jelasnya melalui firman Allah SWT bermaksud “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. (al-Baqarah : 31).

Dalam keadaan tertentu, dari perjajnjian inilah datangnya sandaran dan hasil dari sandaran pula terbitnya manafaat atau mudarat. Sebagai contoh dikenakan pula syarat-syarat tertentu sewaktu menerima amalan-amalan tertentu seperti jangan tinggal sembahyang fardhu, jangan berjudi, jangan berzina dan sebagainyya pada halnya perintah dan tegah ini telah menjadi satu kewajipan yang diperdhukan kepada sekelian umat Islam lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Justeru apabila syarat-syarat seperti ini ditetapkan terjadilah sandaran yang tidak sepatutnya ada sama sekali kerana ia mungkin sahaja akan merosakkan akidah seseorang yang beramal tanpa ia sedari. Ini bukan riak tapi ia lebih kepada ketiadaan ikhlas dalam beramalan. Perkara ini susah untuk dibuktikan kerana tidak ramai yang mahu berlapang dada mengaku ada masanya ketiadaan ikhlas ini benar-benar terjadi keatas dirinya semasa melakukan amal ibadah.

Sebagai umat Islam yang mendukung Iman, Islam dan Ihsan adalah lebih mudah dan lebih selamat sekiranya amalan-amalan yang hendak diamalkan itu diambil terus dari sumber yang sah, iaitu dari al-Qur’an yang qati’e dan al-hadis yang sahih serta berserah bulat-buat kepada Allah SWT kerana Allah SWT sendiri menegaskan melalui firman-Nya bermaksud “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. (al-Baqarah : 186).

Secara peribadi penulis berpendapat apa saja amalan yang mahu diamalkan boleh diambil terus dari al-Qur’an dan hadis yang berbentuk perintah atau janji boleh diamalkan tanpa perlu sebarang ijazah. Yang perlu ada adalah keyakinan bahawa Allah SWT akan makbulkan permohonan kita kerana itu adalah janji-nya.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Nov 03, 2010 12:03 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Selain dari sifat amanah, setiap orang beragama Islam yang mukallaf wajib beriman bahawa Rasulullah SAW juga bersifat dengan sifat membenarkan ataupun siddiq. Ia bermakna setiap orang beragama Islam yang mukallaf wajib beriman bahawa semua perkataan, perbuatan Baginda ataupun perkara-perkara yang didiamkan apabila ditanya oleh sahabat sebenar-benarnya adalah dari Allah SWT.

Terhimpun tiga perkara ini dalam perintah, tegah, janji baik yakni balasan syurga, janji buruk iaitu seksaan dineraka serta perkhabaran yang disampaikan, bermula dari detik Baginda diangkat menjadi rasul sehinggalah datang saat kewafatannya. Firman Allah SWT bermaksud “Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. (An-Najm : 2-4).

Melalui firman Allah SWT diatas tersimpul satu hakikat penting yang perlu dipatuhi oleh setiap orang beragama Islam yang mukallaf laki-laki dan perempuan pada setiap masa. Antara hakikat tersebut adalah apa saja amalan-amalan yang diamalkan melalui bacaan berbentuk fadilat yang tidak bersumberkan dari al-Qur’an dan sunnah, sekiranya diamalkan dengan mengadakan syarat-syarat yang tidak dipersepakati hukum syarak, mungkin saja akan mendatangkan mudarat pada pengamalnya dan juga mereka-mereka yang dekat hubungan kekeluaragaan dengan si pengamal oleh sebab ia disandarkan kepada makhluk selain dari Allah SWT dan Rasul-Nya meskipun amalan-amalan tersebut diambil dari al-Qur’an dan hadis.

Amalan-amalan berbentuk fadilat yang bukan diambil dari al-Qur’an dan hadis senang untuk dikenal, contoh mudah, seperti ‘hai besi ………… !” atau ‘Wahai puteri, ……………..”, atau “wahai Panglima……” dan bermacam-macam lagi amalan berbentuk serapah dan mentera.

Seputar pengalaman


Penulis didatangi oleh seorang dari selatan tanah air menceritakan masaalah yang dihadapi oleh isterinya bertahun-tahun lamanya. Dari penerangan sisuami, nampak mudah kerana dari apa yang diceritakannya kepada penulis, keberangkalian dia diganggu makhluk halus yang berniat tidak baik terhadap isterinya jelas sekali.

Penulis katakan kepadanya, penulis kenakan beberapa syarat kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan dari penulis., antaranya tidak melalui orang perantaraan, semua azimat, tangkal, wafaq yang masih ada samada disimpan dirumah atau dibawa bersama hendaklah dibuang, dan penulis juga sarankan dibuang kedalam sungai yang mengalir. Seperkara lagi penulis juga tidak mahu dia meneruskan segala amalan-amalan khusus bagi tujuan merawat masaalah yang sedang dihadapinya – meskipun ayat tersebut diambil dari al-Qur’an atau hadis sahih sekalipun.

Dari perbualan kami, penulis dapat meneka bahawa dia juga ada mengikut perjalanan kerohanian dan dia mengatakan ada beberapa potong ayat dari al-Qur’an yang isterinya sama sekali tidak boleh membacanya, bahkan apabila teringat sekalipun boleh mendatangkan mudarat kepada isternya.

Selepas 2-3 jam kemudian penulis menerima satu panggilan dari suami wanita tersebut. Penulis terkejut apabila si suami memberitahu isterinya sekarang sedang dalam keadaan meracau-racau dan berkelakuan pelik sama seperti keadaan yang lepas.

Hasil dari perbualan dengan suami wanita tersebut, baru penulis diberi faham keadaan sebenarnya. Suaminya mengaku mereka berdua sedang dibimbing oleh seorang murshid salah satu perjalanan kerohanian, maka penulis katakan kepada suaminya, penulis tidak boleh meneruskan rawatan kerana tidak molek mengganggu urusan orang.

Yang menjadi persoalannya kepada kita mengapakah perkara seperti diatas terjadi, pada hal ayat-ayat yang dibacakan adalah ayat-ayat suci al-Qur’an pada hal Allah SWT sendiri menjanjikan bahawa Dia menurukan dan Dia juga akan menjaganya sebagai mana firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (al-Hijr : 9)

Pada pendapat penulis yang faqir ini, disinilah kita kena melihat dan memohon kefahaman dari Allah SWT apakah yang sebenar-benarnya dimaksudkan dengan beriman dengan rukun iman ke 4 iaitu beriman kepada nabi dan Rasul dan juga kefahaman rukun syahadah ke 4 yakni membenarkan kerasulan nabi Muhammad SAW.

Akan gembirakah kita sebagai seorang ibu dan bapa melihat anak-anak kita taat mengerjakan sembahyang atau melingkup tudungnya tapi apabila ditanya, terpacul keluar dari kalamnya kata-kata memalukan lagi menjengkelkan seperti ‘kalau aku tak sembahyang, nanti berbakul-bakul bebel emak bapak aku’ atau ‘kalau aku tak pakai tudung, nanti nak pekak telinga dengar pok pit emak bapak aku, kamu bukan depa tu !

Justeru apa yang wajib kita lakukan sebagai orang beragama Islam yang mukallaf supaya kalam-kalam seperti diatas atau seumpamanya tidak lagi meniti dari bibir ke bibir anak-anak kita dan seterusnya diwarisi pula oleh generasi akan datang ?.

Jawab mudahnya kita kembali semula pada sabda Rasulullah SAW bermaksud “Menuntut ilmu itu adalah fardhu ‘ain kepada semua muslim’ laki-laki dan wanita yang mukallaf. Disinilah kuncinya – ilmu kerana tanpa ilmu, semua amalan-amalan yang kita lakukan akan memungkinkan kita berada dalam keadaan ragu-ragu atau was-was.

Apabila kedua-duanya dapat meresap masuk kedalam hati, maka akan menjadi mudahlah kerja iblis dan pengikutnya setianya iaitu syaitan kerana itulah misi utama kedua makhluk ini. Firman Allah SWT bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (al-A’raaf : 11-17).

Padahal iblis juga telah berjanji dihadapan Tuhan-nya untuk menyepi diri terhadap hamba-hamba Allah SWT yang ikhlas dalam beramal dan beribadah seprti firman Allah SWT bermaksud “Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”.Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.“Hingga ke hari – masa yang termaklum”. Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. “Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)” (al-Hijr : 34-42).

Sama-samalah kita bermohon kepada Allah SWT supaya dengan rahmat-Nya kita termasuk dalam golongan yang sedikit ini.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Nov 12, 2010 10:36 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Wahyu adalah isyarat yang cepat lagi difahami. Itu terjadi melalui pembicaraan berupa keputusan, rupa hal keadaan dan terkadang melalui suara semata-mata, dan ada masanya pula melalui isyarat dengan anggota badan- kesemuanya dalam keadaan tersembunyi (tidak diketahui oleh orang lain) lagi cepat.

Pengertian wahyu dalam arti bahasa meliputi - Ilham, sebagai bawaan dasar manusia, seperti wahyu terhadap ibu Nabi Musa atau Ilham berupa naluri pada binatang, seperti wahyu kepada lebah atau seperti isyarat Zakaria yang diceritakan Al qur’an atau bisikan dan tipu daya syaitan untuk menjadikan yang buruk kelihatan indah dalam diri manusia atau kepada para malaikat berupa suatu perintah untuk dikerjakan.

Sedang wahyu Allah kepada para nabi-Nya adalah Kalam Allah yang diturunkan kedalam diri seorang nabi dan rasul dengan disertai keyakinan bahwa pengetahuan itu datang dari Allah SWT, melalui perantara ataupun tidak.

Adapun jumlah sebenar nabi yang telah diutuskan tidak diketahui dengan tepat bilangannya akan tetapi kebanyakan ulama mengatakan seramai 124,000 bermula dengan nabi Adam AS dan diakhiri dengan nabi Muhammad SAW.

Selepas itu tidak ada lagi Allah SWT utuskan samada nabi ataupun rasul, pemutusan pendapat ini berpandukan dalil dari kitab suci al-Qur’an dan juga hadis-hadis yang sahih seperti firman Allah SWT bermaksud “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Ahzab : 40).


Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”.

Dengan dua dalil diatas maka muktamad bahawa tidak akan ada lagi nabi dan rasul akan diutus Allah SWT selepas sebaik sahaja wafat Rasulullah SAW.

Berbalik kita pada pengertian ‘wahyu Allah kepada para nabi-Nya adalah kalam Allah yang diturunkan kedalam diri seorang nabi dan rasul dengan disertai keyakinan bahwa pengetahuan itu datang dari Allah SWT, melalui perantara ataupun tidak’.

Keyakinan yang dimaksudkan disini pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini tidak merujuk kepada diri nabi dan rasul itu sendiri akan tetapi ia lebih merujuk kepada keyakinan yang tertanam dalam diri seorang beragama Islam yang laki-laki dan perempuan mukallaf kerana ini adalah asas atau salah satu teras rukun iman.

Dan lagi wajib keatas seorang laki-laki dan perempuan mukallaf yang beragama Islam percaya dan berpegang teguh bahawa nabi dan rasul yang telah diutuskan Allah SWT semuanya dikurniakan dengan empat sifat yang wajib keatas mereka, iaitu Membenarkan, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana serta tidak mungkin sama sekali mereka bersifat sebaliknya tidak kira apa sekalipun tingkah laku mereka.

Firman Allah SWT bermaksud “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: “Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini”.Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan”.Nabi Musa berkata: “Itulah yang kita kehendaki “; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku? Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. Ia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”. (al-Kahfi : 60-71)

Dan diakhir pertemuan mereka Allah SWT rakamkan melalui firman-Nya bermaksud “Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”. (al-Kahfi : 78-82).

Dikatakan bahawa laki-laki yang dipertemukan dengan nabi Musa AS itu adalah nabi Hidir AS meskipun tidak dikatakan dalam Al-Qur’an nama dan gelarannya. Mengapakah kebanyakan ulama menetapkan bahawa dia adalah seorang nabi dan bukannya dari golongan manusia biasa ?

Pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini, mungkin penetapan mereka berpunca dari maksud firman Allah SWT bermaksud “……Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri.’ Kerana ayat tersebut merujuk kepada kalimah nafi dan isbat yang menjurus terus kepada tauhid yakni mengembalikan setiap sesuatu kepada Pemilik yang Mutlak iaitu Allah SWT.
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Nov 17, 2010 9:45 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Bagi membenarkan sesuatu teori pengamal perubatan moden melihat kepada bukti nyata dan bukti nyata ini terhasil melalui kajian-kajian yang menggunakan pelpagai bahan yang nyata juga. Sebagai contoh ubat-ubat yang beredar dipasaran akan diujikaji terlebih dahulu menggunakan kaedah-kaedah yang telah dikenalpasti sebagai selamat dan berbagai lapis saringan demi saringan akan dilakukan sebelum ia digunakan dan disahkan selamat keatas manusia.

Walaubagaimanapun kaedah ini (perubatan moden) biasanya tidak dapat dan tidak pula cukup untuk membenarkan atau tidaknya keberkesanan wahyu kerana ia (wahyu) adalah suatu perkara yang bersifat ghaib. Sebagai contoh Rasulullah SAW bersabda maksudnya ‘Barangsia meninggalkan rumah dengan membaca ayat Qursi dengan ikhlas dan berserah bulat-bulat kepada tuhannya maka Allah SWT akan mengutuskan 70,000 malaikat mengiringinya dan mereka sentiasa berdoa dan memohon ampun kehadrath Allah SWT’.

Disini kita melihat kekuatan wahyu dan kebenarannya yang tidak boleh disangkal sekiranya akal yang sihat sekalipun digunakan kerana wahyu pada hakikatnya adalah kalam Allah SWTyang bersifat ‘laitha kamislihi syaiun atau tidak menyerupai akan sesuatu’ dan hadis diatas khususnya adalah berbentuk janji dan janji Allah SWT pasti benar sebagaiimana firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman - dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat),(Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal.Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayah petunjuk dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna. maka bersabarlah; sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.” (Ghaffir : 51-55)

Dalam al-Qur’an banyak bukti-bukti ini boleh kita perolehi, justeru tidak perlulah penulis sertakan satu persatu, cukup rasanya sekadar penulis selitkan satu sahaja iaitu peristiwa bagaimana Allah SWT telah menjanjikan kepada ibu nabi Musa AS bahawa Dia akan mengembalikan nabi Musa AS kepangkuannya semula setelah memerintahkan dia (ibunya) supaya menghanyutkan bayi kesayangannya itu. Firman Allah SWT bermaksud “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". Lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?" Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui” (al-Qasas : 7-13)

Wahyu mengambil tempat atau peranan yang begitu penting dalam kehidupan setiap laki-laki dan perempuan mukallaf beragama Islam kerana ia merupakan satu tonggak atau benteng keimanan yang amat kuat dan keimanan terhadapnya bermakna menjurus kepada lemah selemah-lemahnya institusi akal untuk berhujjah kerana umumnya akal akan memberikan berbagai-bagai hujjah bagi membenarkan ada atau benarnya akan sesuatu bersunberkan bukti nyata. Inilah salah satu keistimewaan beragama yang diwarisi oleh setiap laki-laki dan perempuan mukallaf beragama Islam dan menjadi perbezaan yang ketara dalam membuat perbandingan antara agama Islam dengan agama-agama lain dimuka dunia ini.

Dan wahyu pula dipasangkan atau digabungkan terus dengan utusan-utusan berupa seorang laki-laki (yakni manusia biasa) yang dilantik Allah SWT bermula dengan penciptaan bapa sekelian manusia iaitu nabi Adam AS dan diakhiri dengan utusan agung yang juga dilantik sebagai Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul yang mana setiap pertuturan, perbuatan dan gerak diam mereka menjadi contoh dan tauladan kepada semua manusia sejak zaman berzaman.

Dalam hal ini Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.” (al-Ahzab : 21)

Sebagai tambahan penulis sertakan firman Allah SWT dalam surah al-Imran berhubung dengan zikir mengingati Allah SWT yang mana kita digalakkan untuk melakukankannya. Firman Allah SWT bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". (al-Imran : 187-195)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sun Nov 21, 2010 11:31 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal, Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hanbal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

Imam Ahamd Hambal dikenang dalam lipatan sejarah Islam sebagai salah seorang ulamak besar Islam yang sanggup menghadapi berbagai-bagai hukuman berat dari pemerintah disebabkan keutuhan akidahnya mempertahankan kedudukan kitab Suci Al-Qur’an sebagai Kalam Allah SWT yang bersifat Qadim, bukannya makhluk sebagaimana yang diimani oleh puak yang berfahaman dengan iktiqad Muktazilah.

Era pemerintahan Muktazilah bermula selepas kematian Sultan Al-Amin, salah seorang anak kepada Sultan Harun Al-Rashid. Adapun ulamak yang bertanggung jawab mencetuskan permasaalahan ini adalah Syeik Basyar yang lari menyelamatkan diri semasa dizaman pemerintahan sultan Harun al Rashid. Beliau bagaimanapun berjaya mempengaruhi pemerintah selepas Al Amin iaitu al-Makmum supaya berpegang kepada pendapat yang mengataan Al-Qur’an adalah makhluk.

Justeru, dari peristiwa disinilah terserlah sifat keberanian Imam Ahmad Hambal tampil kedepan beraninya mempertahan kesucian Kalam Allah SWT sehingga dia sanggup menerima hukuman yang berat dari pemerintah

Hanya pada masa pemerintahan al-Mutawwaklil barulah fahaman yang mengatakan bahawa al-Qur’an adalah Kalam Allah SWT yang bersifat Qadim dikuatkuasakan semula.

Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau menemui Tuhannya dalam usia 77 tahun dan dikatakan jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin.

Melalui coretan pendek mengenai kepercayaan Imam Ahmad Hambal diatas, dapatlah penulis yang faqir ilmu ini membuat satu kesimpulan bahawa Al-Qur’an dan apa-apa yang keluar dari lisan nabi dan rasul adalah juga Kalam Allah SWT yang dinamakan sebagai wahyu dengan mengambil dalil Al-Qur’an berikut :-

Allah SWT berfirman maksudnya “Demi bintang semasa ia menjunam, - Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng, dan ia pula tidak sesat. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” (al-Najm : 1-4).

Begitu juga dengan lisan yang didengar oleh nabi Musa AS semasa beliau dan nabi Yusyak AS berpisah dengan nabi Hidir AS seperti yang dirakamkan Allah SWT dalam surah Al-Kahfi; Allah SWT berfirman bermaksud “Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya". “. (al-Kahfi : 78-82)

Justeru dengan berdalilkan dua firman Allah SWT diatas maka pengertian As-Sunnah dapatlah difahami sebagai perkataan dan perbuatan pada diri nabi dan rasul adalah termasuk juga dalam category wahyu

Adapun penekanan utama penulis adalah sorotan pada peristiwa yang tidak sepatutnya terjadi tetapi telahpun berlaku keatas Imam Ahmad Hambal dan juga keatas beberapa orang pendukung sejati agama Allah SWT berkaitan dengan keimanan setiap umat Islam lak-laki dan perempuan yang mukallaf terhadap kitab-kitab suci (Suhuf, Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur’an) serta lisan-lisan yang keluar dari para nabi dan rasul bermula dari nabi Adam AS dengan disudahi oleh junjungan besar Nabi lagi Penghulu sekelian nabi dan juga rasul iaitu Nabi Muhammad AS yang telahpun disebut dalam kitab suci Injil sebagai Ahmad.

Itulah hakikat wahyu - mengembalikan setiap sesuatu kepada pemiliknya yang haq yang Wujud sejak Azali atau Qadim. Maka atas dasar kesedaran serta keinsafan dari bukti nyata yang utuh tersimpan dalam lipatan sejarah silam ini perlulah dijadikan sebagai satu azimat oleh semua umat Islam lak-laki dan perempuan yang mukallaf untuk bergerak maju berusaha membentuk diri sendiri sehingga diri zahir dan batin kita menjadi perisai yang kebal dari ditembusi ansir-anasir yang datang samada dari dalam mahupun dari luar yang tidak pernah jemu-jemu atau berasa letih berusaha untuk meruntuhkan akidah umat Islam laki-laki dan perempuan.

Banyak dalil dari al-qur’an dan juga hadis yang menunjukkan kepada kebenaran ini, antaranya firman Allah SWT bermaksud ‘Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah : 155-156).

Dan penulis yang faqir ilmu ini berpesan kepada diri sendiri dan juga kepada semua umat Islam laki-laki dan perempuan yang mukallaf agar sentiasa memerhatikan disekeliling kita dan berpesan-pesan diantara satu dengan yang lain dan mengerahkan setiap tenaga bermohon kepada Allah SWT supaya kita dipelihara dari termasuk dalam golongan yang berjaya diperdayakan oleh Iblis dan pengikutnya, syaitan yang terus-terusan berusaha kearah menyesatkan sekelian umat Islam.

Dan juga ingatlah firman Allah SWT bermaksud “Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya). Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”. (ar-Rad : 8-11)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Nov 23, 2010 10:18 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Kebetulan bicara penulis adalah berkaitan dengan Kalam Allah, maka ada manafaatnya dibawah disertakan beberapa maklumat yang berhubung rapat dengan Kalam Allah SWT ini. Maklumat yang penulis maksudkan adalah Luh Mahfuz. Adapun maklumat-maklumat yang penulis sertakan adalah secara rengkas sahaja. Para pembaca budiman disarankan untuk membuat penilaian yang lebih berbentuk menghalusi, mudah-mudahan Allah SWT akan tambahkan lagi kefahaman untuk kita semua. Insya Allah.

Luh Mahfuz (disebut juga dengan nama Kitab) ialah tempat catatan yang ditulis padanya semua ketetapan keatas sekalian makhluk baik dari sekecil zarah sekalipun sehingga yang sebesar-besarnya sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti samada yang bersifat nyata ataupun ghaib.

Riwayat athar mengenai Luh Mahfuz : Daripada Ibn ‘Abbas radhiyallahu anhuma: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata: Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis: Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin]. Dan ada lagi beberapa hadis yang menyebut mengenai Luh Mahfuz tetapi ia disebut sebagai ‘al-Zikr’”.

Al-Quran yang diturunkan di bumi sama dengan yang berada di Luh Mahfuz. Beberapa ayat menunjukkan bahawa sebelum al-Quran diturunkan kepada Nabi SAW - ia telah tertulis di Luh Mahfuz; antaranya :-

Allah SWT berfirman maksudnya “Yaa, Siin.Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, Yang tetap di atas jalan yang lurus.Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat. Dan sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman. Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. “ (Yasiin : 1-12)

‘Ketetapan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya’ bermakna samada yang nyata mahupun tersembunyi, kesemua telah ditetapkan Allah SWT sejak azali melalui Kalam-Nya yang tertulis diLuh Mahfuz. Diberitahu kepada manusia akan perkara ini supaya manusia tidak menilik pada usaha dan ikhtiar mereka yang menyebabkan atau yang menghasilkan sesuatu samada kejayaan atau kegagalan sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” “ (Al-Hadid : 22-24)

Peringatan ini disampaikan kepada kita kerana telah dikhabarkan melalui Al-Qur’an berita bagaimana Qarun yang pada mulanya seorang yang taat, tetapi tatkala ia beroleh kurnia dari Allah SWT berupa kekayaan yang melimpah ruah, maka dia mula berlagak sombong lagi takbur. Hasilnya dia menerima azab Allah SWT yang begitu pedih.

Peristiwa ini dirakamkan Allah SWT dalam kitab suci Al-Qur’an melalui surah berikut; Allah SWT berfirman maksud “Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). “. (Al-Qasas : 76-78)

Atas sebab kesombongannya terhadap Allah SWT dan Rasul-nya (Nabi Musa AS) maka Allah SWT timpakan keatasnya laknat yang amat dahsyat sehingga dia tidak lansung dia diberi peluang untuk merayu mengaku akan kesalahannya dan seterusnya memohon ampun kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud “Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar. Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!. “. Al-Qasas : 80-82)
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Dec 10, 2010 10:41 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Semasa Nabi Adam AS dipertemukan dengan Nabi Musa AS, berlakulah dialog antara keduanya berhubung dengan perjalanan hidup yang dilalui mereka. Nabi Musa As mengatakan sekiranya dia (Nabi Adam AS) dan isterinya (Hawa) tidak memakan/menghampiri buah khuldi pastilah dia (Nabi Musa AS) kini hidup bersenang lenang disyurga, tidak seperti apa yang dilaluinya berhadapan dengan Fira’un dan sekutu-sekutunya. Sanggahan Nabi Musa AS dijawab oleh Nabi Adam AS bahawa segala apa yang telah berlaku keatas dia serta Hawa sudahpun ditetapkan Allah SWT sebelum dia diciptakan lagi.

Inilah maksud ayat 22-23 dari surah al-Hadiid, ia sebagai peringatan kepada kita supaya sentiasa bermohon kepada Allah SWT agar pada setiap ketika kita berada didalam perlindungan dan rahmat-Nya yakni dipelihara daripada sifat-sifat yang tercela oleh syarak – dari sudut feqah dan juga akidah.

Allah SWT mengajar kita melalui kehidupan yang dilalui oleh para-para utusan-Nya, bermula dengan Nabi Adam AS sehingga kepada utusan terakhir iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW, antaranya :-

Nabi Adam AS, firman Allah SWT bermaksud “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).” (Taha : 120-121).

Nabi Musa AS dengan Nabi Hidir AS, firman Allah SWT bermaksud “Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".( Al-Kahfi : 65-70).

Nabi Nuh AS dengan anak kesayangannya, firman Allah SWT bermaksud “(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya". Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil". Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Hud : 42-47)

Nabi Ibrahim AS , firman Allah SWT bermaksud “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” (Al-An’aam : 75-81)

Dan akhir sekali Nabi Muhammad SAW, Allah SWT berfirman maksudnya “Ia memasamkan muka dan berpaling, Kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! - Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu,Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), - Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.” (Abasa : 1-12)

Apa yang dipaparkan pada ruangan ini hanyalah sebahagian daripada begitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari perjalanan kehidupan para-para nabi dan rasul yang telah diceritakan Allah SWT melalui Kalam-Nya dan kita sebagai orang-orang yang mengaku beriman dan beramal soleh perlu mengambil perhatian dengan harapan Allah SWT akan menambahkan kefahaman dan mempertingkatkan tahap keimanan kita sebelum datangnya maut menjemput kita.

Kerana selepas itu tidak ada maknanya lagi ucapan ‘sesungguhnya kami dating dari Allah dan kamu kembali kepada-Nya’.

Maka benarlah sekali firman Allah SWT bermaksud “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq : 3-5)

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Wed Dec 15, 2010 9:33 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Pembaca yang dirahmati Allah SWT, antara dua (2) perkara pokok yang mempunyai hubungkait yang rapat telah penulis nukilkan untuk tatapan dan renungan, mudah-mudahan kita semua dikurniakan Allah SWT kefahaman dari sisi-Nya. Dua (2) perkara pokokyang penulis maksudkan itu adalah ketetapan keatas sesuatu samada terlaksana atau sebaliknya adalah mutlak menjadi hak Allah SWT untuk menetapkan bukan mengikut kehendak makhluk kerana Ilmu Allah SWT sebelum nyata akan menjadi satu perkara ghaib yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya dengan pengetahuan yang meliputi.

Firman Allah SWTbermaksud “Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (al-hadiid : 2-3).

Ini kita perlu pegang dan percaya dengan pegangan dan kepercayaan yang benar-benar utuh, tidak mungkin dalam keadaan ada masanya berkurang dan ada masanya bertambah. Perhatikan sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW semasa ditanya oleh Jibril tentang ihsan. Sabda baginda bermaksud “adapun ihsan itu kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah, akan tetapi sekiranya kamu tidak dapat melihat Allah maka yakinlah Allah tetap melihat kamu”

Dalam firman Allah SWT yang lain perkara yang sama diulangi tapi dalam bentuk penyaksian pula. Ini bermakna kita sendiri membuat penyaksian kepada Allah SWT semasa kita membaca doa iftitah, firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).” (al-An’aam79). Justeru apa yang diperlukan adalah keyakinan dan ketahuilah bahawa keyakinan juga menjadi milik mutlak Allah SWT, maka bermohonlah supaya Dia kurniakan kepada kita keyakinan tahap yang tinggi yakni melepasi taklid, ilmu dan ‘ainul sehingga kita dapat merasakan kebenaran firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.)”. (al-Anfal : 2)

Peringkat seterusnya - kita kembalikan peristiwa-peristiwa yang disebutkan dalam al-Qur’an dan terjadi keatas diri nab-nabi dan rasul itu pada diri kita sendiri – ibarat cermin !. Maknanya buat pertimbangan samada perjalanan kehidupan kita juga mengikuti landasan yang sama seperti perjalanan kehidupan nabi-nabi dan rasul seperti mana yang diceritakan oleh al-Qur’an dan sunnah.

Sekiranya kita boleh menerimanya dengan hati yang tidak berbolak balik maka barulah kita boleh meneruskan perjalanan menuju destinasi seterunya.

Setelah selesai peringkat yang penulis sebutkan tadi, maka kini mudahlah kita untuk menerima perkara-perkara yang lebih berat seperti mana yang telah dilalui oleh nabi Musa AS semasa pertemuannya dengan nabi Hidir AS.

Dalam pertemuan kedua-dua kekasih Allah SWT ini kita telahpun ditunjukkan betapa Maha Luasnya kurnia Allah SWT kepada makhluknya, sehinggakan diperlihatkan-Nya perkara-perkara yang bakal akan terjadi sebagaimana firman-Nya bermaksud “Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat”. (al-Kahfi :79)

Apa saja - disisi Allah SWT mudah sahaja, cukup sekadar Dia berfirman “Kun’ maka jadilah kerana Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu kerana segala sesuatu itu berada dalam genggaman-Nya.

Perhatikan firman-Nya bermaksud “Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. “ (al-Fil : 1-5).

Dari peristiwa serangan tentera bergajah dan bagaimana Allah SWT telah mengagalkan usaha dan ikhtiar jahat manusia-manusia kafir tersebut, semestinya kita yang beragama Islam lagi mukallaf dapat mengambil pelajaran dan pada masa yang sama bermohon agar Dia pertingkatkan keimanan dan keyakinan kita mengambil tiada Tuhan lain selain Allah SWT yang sama sekali tidak kita sekutukan dengan apa jua makhluk yang ada dilangit dan juga dibumi.

Maka benarlah firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.” (at-Thoriq : 13-17)
Selain dari Allah SWT, semuanya lemah - lemah-selemahnya tidak berkuasa sama sekali hatta untuk menggerakkan walau sebesardan seberat zarrah sekalipun.

Perhatikan lagi Allah SWT berikut, Allah SWT berfirman bermaksud “Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya). Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.” (Saba’ : 20-21)

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Fri Dec 17, 2010 9:46 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Seterusnya, perhatikan pula maksud hadis Qudsi bersumber dari Abu Hurairah r.a dibawah : Nabi saw bersabda “Barangsiapa mendirikan sembahyang tanpa membaca padanya umm al-Qur’an (surah al-Fatihah), nescaya sembahyangnya itu rosak . (Baginda mengulanginya sebanyak) tiga kali, tidak sempurna sembahyangnya. Dikatakan kepada Abu Hurairah: “Sesungguhnya kami berada di belakang imam berjemaah (adakah kami membaca surah al-Fatihah atau tidak?). Dia berkata: “Bacalah surah al-Fatihah itu secara senyap (didengari oleh diri sendiri), sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta‘ala berfirman: “Aku bahagikan sembahyang (al-fatihah) antara Aku dan hambaKu separuh-separuh, dan bagi hambaKu meminta apa sahaja. Apabila seorang hamba berkata: (segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)”, Allah Ta‘ala berfirman: (hambaKu memujiKu)”; Apabila berkata: (yang amat pemurah lagi amat mengasihani)”, Allah Ta‘ala berfirman: (hambaKu menyebut kebaikanku)”; Apabila berkata: (yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat)”, Allah Ta‘ala berfirman: (hambaKu mengagungkan Aku) dan sesekali (Allah) berfirman: “ (hambaKu pasrah padaKu)”; Apabila berkata: (engkau sajalah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan)”. Allah Ta‘ala berfirman: (Ini antaraKu dengan hambaKu dan bagi hambaKu meminta apa sahaja)”; Apabila berkata: (Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat)”, Allah Ta‘ala berfirman: “ (Ini bagi hambaKu dan bagi hambaKu meminta apa sahaja.”

Hadis Qudsi diatas penulis katakan adalah penyataan Kalam Allah SWT – bermakna apa sahaja yang kita ucapkan samada perintah, tegah, janji yang baik atau sebaliknya atau perkhabaran yang keluar dari lisan kita samada yang dizahirkan atau disembunyikan pasti didengar dan seterusnya dijawab oleh SWT. Cuma kita sahaja yang tidak mendengarnya !.

Akan tetapi kita dituntut untuk meyakininya sama seperti maksud ihsan sebagaimana yang dituturkan oleh Rasulullah SAW bermaksud “Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”.

Kebanyakan umat Islam dinegara ini diajar asas-asas sifat kesempurnaan Allah SWT melalui pengajian umum sifat 20 dan sifat ‘melihat’ yang dimaksudkan oleh hadis diatas akan merangkumi enam (6) lagi sifat kesempurnaan Allah SWT. Enam (6) sifat kesempurnaan yang penulis maksudkan ini adalah sifat Kudrat, Kehendak, Ilmu, Hayat, Basyar serta Kalam, dan tidak pula satu sifat kesempurnaan itu akan mendahului satu sifat kesempurnaan yang lain.

Terdapat beberapa pendapat terhadap pengajian ilmu sifat dua puluh (20) ini – seperti biasa lazimnya ada yang membenarkan, tidak kurang pula yang membantahnya. Mana mungkin kita menghadkan atau mensuku-sukukan sifat kesempurnaan Allah SWT. Yang benar adalah sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT adalah tidak terkira banyaknya, tetapi mengapa dihadkan hanya kepada dua puluh sifat sahaja dalam pengajian Ilmu Sifat 20 atau Ilmu Kalam ?.

Pada peringkat ini penulis tidak pula berhasrat untuk memanjangkan perkara ini – sekadar mahu berkongsi sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan para pembaca yang dikasihi.

Justeru keyakinan pada diri kita mesti ada untuk menerima perkara-perkara yang bersumberkan dari wahyu yang tidak dapat dijangkau oleh perkiraaan akal kerana beriman kepada wahyu merupakan salah satu cabang rukun iman yang tidak dapat tidak perlu ada pada setiap manusia sekiranya dia mengatakan ‘saya seorang muslim lagi mukmin’.

Pada pendapat penulis yang faqir ilmu ini, tidak sempurna Islam jika tidak diserta denagn kalam mukmin kerana kedua-duanya mempunyai pengertian yang berbeza seperti yang diturkan oleh Rasulullah SAW melalui firman Allah SWT berikut :

Allah SWT berfirman maksudnya “Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (al-Hujuraat : 14)

Kerana inilah dikatakan iman itu tempatnya dihati – bukan hati yang seperti umum ketahui berbentuk dan digambarkan dalam berbagai warna. Hati yang dimaksudkan disini adalah hati yang bersifat halus atau latiif – tersangat halus untuk dicapai oleh penglihatan mata batin sekelipun sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW bermaksud “Yang bermaksud : didalam tubuh jasad anak adam ini ada seketul daging bila baik ia maka baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya ketahuilah iaitulah qalbu (hati)”.

Satu peristiwa diceritakan pertemuan antara Saidina Umar RA dengan seorang kanak-kanak gembala kambing. Berkata Saidina Umar kepada kanak-kanak tersebut lebih kurang begini :

SU : banyak sekali kambing-kambing belaan mu
KK : Ini bukan milikku, aku hanya menajginya bagi pihak tuanku saja
SU : bolek kah kamu menjualnya kepada aku seekor ?
KK : Aku kena mendapatkan kebenaran dari pemilik kambing-kambing ini terlebih dahulu
SU : Kambing ini banyak, masakan tuan kamu tahu sekiranya hanya seekor sahaja yang kekukarangan !.
KK : Kalau begitu Tuan, dimanakah Allah ?!

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Sat Dec 18, 2010 1:25 am

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Dua (2) perkara yang dikira penting dalam membentuk diri sebagai muslim lagi beriman telah penulis titipkan pada ruangan yang telah lepas secara rengkas berdalilkan sumber qathie iaitu kitab suci al-Qur’an dan juga dari hadis-hadis yang diperakui kebenarannya. Dan pada perkiraan penulis juga telah diperjelaskan dengan menggunakan pendekatan bahasa yang mudah. Dua (2) perkara yang penulis maksudkan adalah :-

Pertama : Perbandingan perjalanan yang dilalui oleh para nabi dan nabi lagi rasul bermula dari nabi Adam AS dan diakhiri dengan nabi Muhammad SAW dengan perjalanan hidup seharian kita kesemuanya sudahpun ditetapkan Allah SWT sejak dari azali lagi.

Kedua : Allah SWT jualah Tuhan yang memiliki sega sifat-sifat kesempurnaan yang tidak terhingga banyaknya dan salah satu daripada sifat-sifat ini adalah Kalam ataupun berkata-kata. Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat dan Dia pasti akan menjawab setiap apa yang kita perkatakan samada dalam bentuk perintah, tegah, janji ataupun perkhabaran.

Perkongsian ilmu seterusnya, Allah SWT berfirman maksudnya “Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)". (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya), (Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil, "Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;. "Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga". Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair, Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka. Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku". Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.” (Asy-Syuara : 52-64)

Bagaimanakah caranya Nabi Musa AS membawa pengikut-pengikutnya dari kalangan orang-orang yang beriman keluar dari negeri yang dikuasi Fir’aun dan sekutu-sekutunya ? Pastinya dengan wahyu dari Tuhannya dan pemberitahuan tersebut telah datang lebih awal sebelum perkara sebenar terjadi.

Inilah maksud firman Allah SWT bermakna “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu y ang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq : 1-5).

Demikian juga hal keadaan yang berlaku keatas para-para malaikat tatkala ditanya Allah SWT tentang nama-nama segala benda dan kegunaannya yang telah diajarkan kepada nabi Adam AS sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: T erangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah : 31-32)

Justeru ketahuilah bahawa hakikat ilmu itu adalah menjadi milik mutlak Allah SWT dan menjadi haknya jua untuk diajarkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sebagai makhluk yang diciptakan-nya dengan fitrah yang resah dan gelisah, kita boleh mengatakan apa saja bagi membuatkan/menjadikan hujjah kita dengan tujuan membenarkan atau sebaliknya apabila berlakunya sesuatu perkara.

Adapun disisi Allah SWT mudah sahaja malah teramat mudah pula, seperti firman-Nya bermaksud “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua dan juga akan menahan diri dari berkahwin dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh. Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.” (al-Imran : 38-40)

Segala-galanya disisi Allah SWT memang terlalu mudah kerana Dia Berkuasa atas segala sesuatu dan Dia juga Berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia Kehendaki kerana Dia adalah Yang Berkuasa untuk Berbuat apa sahaja ,dalilnya, Allah SWT berfirman maksudnya “Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.” (al-Buruuj : 13-16)

Maka benarlah bahawasanya yang memiliki segala ilmu pengetahuan samada yang nyata mahu ghaib hanya Allah SWT

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Mon Dec 20, 2010 8:41 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Perjalanan seterusnya, penulis bawakan firman Allah SWT bermaksud “Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?) Nabi Musa menjawab: Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu. Allah Taala berfirman: Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa! Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. Allah berfirman: Tangkaplah akan dia dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.” (Thaha : 17-21).

Dan semangnya janji Allah SWT itu benar – tidak ada satupun nama-nama dan kegunaannya yang diajarkan kepada bapa sekelian manusia merupakan perkara-perkara sia-sia.

Maka semasa berdepan dengan Fir’aun dan sekutu-sekutunya tongkat tersebut telah berubah menjadi seekor ular yang besar lalu menelan semua ular-ular tukang sihir yang diperintahkan Fir’aun untuk menggagalkan usaha dakwah Nabi Musa AS dan adiknya Nabi Harun AS. Peristiwa ini dirakankan dalam kitab suci al-Qur’an; Allah SWT berfirman maksudnya “Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan. Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang. Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: Sujud, Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,” (asy-Syu’ara : 43-47).


Selain dari peristiwa mukjizat Nabi Musa AS diatas banyak lagi mukjizat-mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada para nabi dan rasul sebagai bukti bahawa mereka sebenar-benarnya adalah utusan Allah SWT, bukanlah mereka ini terdiri dari ahli sihir seperti yang didakwa oleh orang-orang kafir.

Semestinya tidak ada keraguan lagi kepada kita umat Islam yang mukallaf bahawa apa-apa yang telah terjadi pada nabi dan rasul adalah benar dan perkara-perkara tersebut adalah datang dari Allah SWT kerana terdapat dalil yang terang lagi nyata dari kitab suci al-Qur’an mengatakan bahawa semua gerak geri dan tingkah laku mereka bersumberkan dari wahyu Allah SWT dan bukan dari nafsu mereka semata-mata.

Justeru apa yang ingin penulis yang faqir ilmu ini bawakan sebagai renungan kepada kita adalah beberapa peristiwa penting yang sering kali dimuatkan didada akhbar atau dimedia-media elektronik menceritakan kepada kita tentang adanya golongan-golongan yang begitu teruja mencari harta-harta karun dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah seperti keris, batu delima atau berbagai jenis barang-barang lama.

Boleh dikatakan pula rata-rata ahli-ahli yang arif dalam bidang ugama akan melabel mereka yang begitu taksub dengan cara mudah mendapatkan kekayaan ini dikaitkan dengan perbuatan khurafat yang dihujungnya termasuklah mereka-mereka ini dalam golongan kufur kepada Allah SWT kerana bergantung kepada khidmat jin dan syaitan kerana terdapat dalil dalam kitab suci al-Qur’an mengatakan mereka dari kaum ini termasuk dalam golongan yang dikuasai oleh syaitan sebagaimana Firman Allah SWT bermaksud “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah” (an-Nahl : 98-100).

Persoalannya : Adakah hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang berada diluar kotak fikiran ini hanya ditetapkan oleh Allah SWT benar apabila ia hanya terjadi keatas para nabi dan rasul sahaja dan Allah SWT tetapkan ia menjadi batil pula apabila ia terjadi keatas golongan manusia biasa yang bukan dari kalangan mereka-mereka yang bukan nabi dan rasul ?.

Seperkara yang perlu dipegang dan diimani oleh setiap mukallaf yang beragama Islam dengan keimanan yang sempurna - adalah secara zahirnya tidak akan nada lagi walau seorangpun nabi dan rasul selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya benar (para yang ditebalkan) maka selesailah perbahasan mengenainya dan tetaplah mereka (pencinta harta karun) ini dari golongan-golongan yang dilabelkan sebagai sesat lagi menyesatkan diatas termasuk dalam golongan sepertimana firman Allah SWT (surah an-Nahl : 98-100) diatas. Akan tetapi sekiranya ia menjadi harus sahaja disisi Allah SWT, maka apakah pula kedudukan mereka-mereka yang senang-senang menjatuhkan hukuman keatas pencinta-pencinta kekayaan dengan cara mudah ini ?.

Biasanya golongan-golongan yang dikaitkan dengan aktiviti seperti ‘tarik duit’ menggunakan berbagai barang yang dikira ‘istimewa’ seperti keris berdiri, delima atau bejana-bejana tua ini terdiri dari kalangan bomoh, pawang atau dukun yang memperaktikkan berbagai jenis rawatan alternatif dan keupayaan mereka ini memang dikagumi. Ada diantara mereka yang boleh melakukan perkara-perkara yang aneh-aneh sepert bedah batin, dapat memasuki alam-alam ghaib dan juga dapat berkomunikasi dengan mereka-mereka yang telah meninggal dunia.

Sehingga kini penulis masih lagi mencari orang-orang arif yang dapat merungkaikan kekusutan firkiran yang sentiasa berserabut memikirkannya.

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Tue Dec 21, 2010 9:36 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Firman Allah SWT bermaksud “Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); ” (al-Qadr : 4)

Pada malam tersebut akan bermulalah catitan perjalanan hidup setiap seorang manusia (beberapa malam dalam bulan Ramadan, tetapi satu malam sahaja bagi setiap individu) sehingga datangnya malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadan tahun akan dating. Ini bermaksud setiap apa yang terjadi keatas kita dalam tempuh 12 belas bulan berikutnya akan ditetapkan Allah SWT melalui para utusannya dengan selengkap-lengkapnya. Tidak ada walau sebesar zarah sekalipun yang akan tertinggal kerana Allah SWT itu Maha teliti kerana Dialah Al-Latiif lagi Al-Khabiir.

Firman Allah SWT bermaksud “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)……………” (al-Baqarah : 255).

Dalam kitab hadis 40 susunan Imam Nawawi telah diperjelaskan akan perkara ini secara umum sahaja oleh Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Perbandingan hadis ke-4 dengan ayat ke-4 surah al-Qadr diatas terletak pada dua perkara – perjalanan hidup dalam tempuh 12 bulan dan perjalanan hidup setiap seorang daripada kita bermula dari usia 120 hari sehinggalah dating firman Allah SWT bermaksud “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” (al-Anbiya’ : 35).

Dan setiap yang dihidupkan diatas dunia ini pasti akan menjalani kehidupan dengan berhadapan dengan berbaga-berbagai cubaan dan dugaan kerana inilah yang dikatakan sunatullah yang tidak siapa akan mampu merubahnya. Mahu tidak mahu kita pasti akan melaluinya kerana daripada sinilah nyatalah ilmu pengetahuan Allah SWT yang akan membezakan antara iman dan taat atau kufur lagi maksiat dan barangsiapa yang mendapat petunjuk-Nya maka akan berbahagialah dia dalam kehidupannya dialam dunia ini.

Setelah dia diberi faham dan petunjuk dari Tuhannya maka akan dikurniakan kepada dia pengertian zahir dan bathin akan maksud tersurat dan tersirat firman Allah SWT bermaksud “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.” (al-Baqarah : 155-157).

Setelah kita ketahui dua peringkat atau tahap ketetapan Allah SWT keatas setiap makhluknya terutamanya jin dan juga manusia, adalah lebih baik sekiranya ditambahkan ilmu berhubung ketetapan Allah SWT supaya hidup kita menjadi lebih mudah, aman dan tenterm kerana semua kita berhajat kepada syurga Allah SWT dan amat berharap untuk mendengar pelawaan peribadi dari-Nya untuk memasuki syurga milik-Nya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “. (al-Fajr 27-30)

Perhatikan semula maksud hadis ke 4 diatas “Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga”.

Apabila diperhatikan maksud hadis ini, kita boleh saja jadi runsing apabila memikirkannya, malah para sahabat yang hidup sezaman dengan Baginda juga mengalami perkara yang sama sehingga ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW apakah mereka harus berdiam diri sahaja kerana semua yang bakal akan terjadi dalam kehidupan mereka seterusnya telah ditetapkan Allah SWT. Justeru mengapa perlu kepada usaha dan ikhtiar lagi.

Wassalam
Back to top Go down
View user profile
ibrahimmtnor
Admin


Posts : 59
Join date : 2009-11-19

PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Thu Dec 23, 2010 7:26 pm

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera

Segala Puji dan Puja hanya tertentu kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi beserta dengan segala isi-isinya. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu bagi sekelian nabi dan rasul, kepada sekelian para nabi dan rasul, kepada semua para sahabat, kepada ahli rumah Baginda, kepada semua ahlul-ahlul bait dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Dikatakan ibu kitab yakni al-Fatihah mengandungi berbagai fadilat keatas siapa yang beramal dengannya. Maka ada pula yang bertanya mana dalilnya, siapa pula yang merawikan dan seterusnya timbulah berbagai perbahasan dalam bentuk menyokong dan membantah sabit dari pernyataan ini.

Begitu juga dengan beberapa perkara yang dilakukan oleh jemaah masjid, surau atau madrasah selepas selesai sembahyang fardhu atau beberapa perbuatan lain yang sering menjadi amalan umat Islam khususnya dinegara kita Malaysia ini seperti tahlil.

Semua perbahasan akan dikaitkan terus dengan percakapan atau perbuatan Rasulullah SAW semasa hidupnya, jika ada Baginda melakukannya maka benarlah itu, akan tetapi sekiranya tidak maka akan dikatakan batillah perlakuan tersebut.

Walaubagaimanapun penulis yang teramat faqir ilmu ini tidak berhasrat untuk membicarakan tentang isu ini, sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan berhubung dengan surah yang mulia ini iaitu surah Al-Fatihah sahaja, mudah-mudahan ianya dapat mendatangkan sedikit manafaat kepada kita, selebihnya penulis serahkan bulat-bulat kepada Allah SWT untuk membuat ketetapan samada benar atau sebaliknya kerana Dia Maha Benar lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Bermula manusia dan jin itu diciptakan Allah SWT dengan misi utamanya untuk beribadat kepada Allah SWT dengan tidak menyekutukan-Nya sesuatu sebagaimana firman Allah SWT bermaksud “……..janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” (al-Kahfi : 110).

Setiap umat Islam mukallaf yang mendokong sepenuhnya iman, islam dan ihsan dituntut supaya jangan sekali-kali menyekutukan Allah SWT dengan sesiapa sahaja semasa mereka melakukan ibadah samada ibadah yang fardhu ataupun ibadah yang sunat. Sekiranya peringatan tersebut diabaikan atau dilanggar maka semua ibadah yang dikerjakan pastinya tidak akan bermakna apa-apa disisi Allah SWT, tapi ia tetap tidak menjadi sia-sia kerana Allah SWT tidak mungkin dan tidak akan menciptakan akan mensia-siakan usaha dan iktiar hamba-Nya. Misalnya akan bertambah kesihatan keatas orang laki-laki dan perempuan yang mengerjakan sembahyang ( rujakan : solat sains). Allah SWT berfirman maksudnya “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi” (az-Zumar :65)

Malah inilah tuntutan penting yang telah berulangkali diperingatkan Allah SWT melalui nabi-nabi dan rasul-Nya sepertimana firman-Nya bermaksud “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar” (al-Bayyinah :5).

Ikhlas yang dimaksudkan pada ayat diatas merujuk kepada tuntutan supaya setiap umat Islam mukallaf laki-laki dan perempuan berada dalam keadaan mentauhidkan Allah SWT dengan sebenar-benar tauhid dan kenyataan ini menjadi lebih jelas melalui firman Allah SWT yang bermaksud “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik” (al-Hijr : 39-40).

Dari kutub utara hingga kutub selatan, bumi ini didiami oleh berbilion manusia dari berbagai etnik, bahasa, budaya dan menganut berbagai-bagai pegangan, dan tidak kurang pula yang berada dalam kebebalan tahap tinggi. Mereka yang penulis maksudkan adalah puak yang tidak berpegang pada apa-apa kepercayaan.

Apabila ramai, maka bermacam-macamlah ragam dan berbagai-bagailah pula jenis permintaan mereka. Umpamanya bagi penduduk yang sentiasa dilanda musim kemarau mereka akan bermohon supaya didatangkan hujan bagi membolehkan tanaman-tanaman mereka hidup subur. Bagi negara-negara yang tidak henti-henti dilanda musibah seperti peperangan, banjir besar dan sebagainya mereka akan menadah tangan bermohon kepaa Allah SWT supaya dibebaskan mereka dari bala bencana yang tak ada kesudahannya itu dari sejak turun temurun.

Justeru kita memahami bahawa permintaan manusia ini ada berbagai-berbagai meskipun mereka yang hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah atau dikurniakan kuasa untuk mencorakkan kehidupan orang disekelingnya samada dalam satu daerah hatta negara sekalipun.

Sekiranya hendak diperincikan satu persatu permintaan setiap individu yang hidup dimuka bumi ini, pada pendapat penulis mungkin tiada siapa yang sanggup. Justeru pada pandapat penulis cukuplah jika Allah SWT yang Maha Mengetahui hal keadaan makhluknya yang lemah, hina, miskin lagi bodoh ini berfirman maksudnya “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” (al-Baqarah : 186).

Dan cukuplah juga sabda Rasulllah SAW mengenai kelebihan surah al-Fatihah bermaksud “Apabila berkata: (engkau sajalah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan)”. Allah Ta‘ala berfirman: (Ini antaraKu dengan hambaKu dan bagi hambaKu meminta apa sahaja)”; Apabila berkata: (Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat)”, Allah Ta‘ala berfirman: “ (Ini bagi hambaKu dan bagi hambaKu meminta apa sahaja.”.
Ikutilah nasihat para ulamak yang diperakui ilmunya dan bermohonlah kehadrath Allah SWT supaya dikurangkan rasa resah serta gelisah lalu digantikan dengan sifat ketenangan lagi berlapang dada. Mereka bercerita dan jika perlu disampaikan kepada kita melalui apa yang telah mereka lalui dan mereka sendiri rasai.

Akan tetapi, ketahuilah hak untuk memakbulkan atau sebaliknya adalah menjadi milik mutlak Allah SWT kerana Dialah Ar-Rahman dan sebagai Ar-Rahman Dia tidak mempedulikan status keimanan atau taqwa makhluknya dari kalangan jin atau manusia. Justeru tidak berapa wajar bagi kita untuk mempersoalkan tahap iman dan taqwa seseorang sekiranya dia dikurniakan hidup selesa dan beroleh kemewahan hidup berbanding dengan yang lain-lain.

Wasalam
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN   Today at 2:38 am

Back to top Go down
 
ANTARA JARAK JAUH DAN BERHADAPAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» Pendidikan Jarak Jauh mana yang bagus?
» Soalan utk Paranormal Master
» Antara lelaki dan perempuan, siapa yg paling setia?
» DSAI: Antara 100 Pemimpin Yg. Paling Berpengaruh Di Dunia - Majalah Time.
» antara lelaki dan perempuan ..jumlah siapakah lebih ramai di Malaysia ?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PERUBATAN ISLAM :: Agama :: dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku-
Jump to: